Sebentar tadi aku bersolat di sebuah masjid di sekitar sini. Tajuk khutbah yang amat menarik di sampaikan oleh khatib pada hari ini. Ianya adalah bertajuk "Penjara Nafsu". ketika aku melihat tajuk di paparan putih tu pun aku dah dapat menyangka pengisiannya adalah pasti menarik.
Sangat tepat dengan apa yang aku sangkakan. Sememangnya pengisian sangat menarik dan TEPAT menembak aku sebagai manusia yang juga sangan mudah diulik nafsu yang melemaskan diri ini. Buat entry kali ini aku tak berniat untuk berkongsi isi khutbah itu tapi insyaallah aku akan tetap kongsikan pada korang semua di entry yang akan datang.
Apa yang aku nak kongsikan adalah apa yang aku alami selepas solat jumaat tadi. Selesai sahaja bersolat sunat dan pusing2 melihat carta organisasi masjid tersebut aku terus mencari sesiapa yang boleh aku temui untuk mendapatkan softcopy powerpoint khutbah sebelum itu. Niat dihati kalau boleh aku nak dapatkan semua siri khutbah sebelum2 ini. terlihat seorang pakcik yang sedang menutup tirai muslimat yang dibuka di bahgian muslimat. Aku terus menyapa dan menyatakan hasrat aku. terkejut aku apabila sapaan mesra aku(mesra ke??) di sambut endah tak endah oleh pakcik tersebut. Takpe bukan respon dia yang aku kisahkan. Asalkan aku dapat apa yang dihajati pun dah memadai. Dalam intonasi tak endahnye itu dia suruh pergi tanya pejabat.(gaya macam marah je.sob3x).
Aim to get this powerpoint
Setelah tu aku pun pergi lah ke pejabat masjid. Terlupa pulak pejabat belum buka lagi. Patut la tutup. So diwaktu yang lapang tu aku pergi ke kereta untuk ambil pendrive sambil singgah minum di kedai berdekatan.haha. Aku pun pergi lah ke pejabat dan alhamdulillah ada seorang Encik dah kat dalam tu walaupun agak awal lagi tu. Mungkin dia sibuk kut menghadap komputer maka dia pun dalam keadaan tergesa2 menjawab supaya aku berjumpa imam di mimbar yang sedang mengurusan urusan duit jumaat.
Bila aku naik ke atas kelihatan seorang berjubah hitam sedang membuka kunci tabung masjid lantas aku terus menyapa beliau. Aku pun bertanya tentang perkara yang aku hajatkan. Dia ada bertanya kat aku kenapa nak powerpoint tu?. So aku pun cakap la sebab pengisiannya menarik dan tajuk tu pun dah cukup menarik. Dia cakap suruh aku download kat web JAWI. Aku sedikit kecewa dengan jawapan tu sebab dah ada sumber yang mudah kenapa tidak dipermudahkan je. Aku terus berusaha untuk dapatkan juga. Aku buat la gaya macam takde internet.hehe. Dia pun cakap entah lah ada ke tak laptop kat situ lagi. So aku pun ikut je rentak dia dan alhamdulillah dia menuju ke bilik persediaan khatib.
Dalam perjalanan ke bilik tu dia bertanya kat aku nak buat assignment ke? (Assignment?? pliz..i'm not student anymore.haha) Aku mulanya nak ikut masuk tapi dalam tu diorang tengah sibuk kira duit. takut menganggu lak. So aku tunggu je kat luar. Aku pun bagi la pendrive aku kat dia. Alhamdulillah beberapa minit selepas tu dia keluar dengan membawa pendrive aku berisi dengan benda yang aku inginkan. terima kasih sangat2 aku ucapkan pada dia. Tapi aku terpaksa melupakan hajat dihati untuk mendapatkan semua koleksi khutbah sebelum2 ni. tak pelah. tak dapat betis dapat ibu jari pun jadi lah.hehe
Inilah sedikit cerita yang aku nak kongsikan. Betapa payahnya untuk mendapatkan khutbah multimedia yang sepatutnya lebih mudah untuk dapatkannya. Ditambah lagi dengan sikap orang Islam sendiri yang kita sendiri patut salahkan diri sendiri. Seharusnya kita sama2 mempermudahkan untuk membuat sesuatu perkara yang baik. Aku bukan ingin menyalahkan pakcik, Encik dan Dia di dalam kisah diatas. Mungkin masing2 ada masalah dan andaian sendiri. Atas ni mungkin sedikit cerita sahaja yang melibatkan birokrasi yang perlu dilalui untuk mendapatkan sesuatu yang bermakna di Malaysia ni. Semuanya terikat dengan peraturan.
Alamak. Tiba2 teringat tentang pekeliling yang dikeluarkan oleh MAWIP (kot) tentang tak membenarkan ustaz yang tak bertauliah memberi ceramah. Ianya juga dilekatkan di papan kenyataan masjid berkenaan tadi. Mungkin ada alasan tersendiri tapi hakikatnya aku tak setuju dengan kerenah birokrasi ni. Semuanya perlu ikut peraturan tetapi peraturan islam berapa kerat je yang diimplimentasikan.hoho
Dah banyak aku mengarut ni. hujan pun dah turun so site terpaksa diberhentikan segala kerja maka bermakna aku kena pegi ke office G&P. Lagipun petang ni ada game final Pingpong sempena G&P Olympic. Says goodluck to me n my partner Abg Mat.hoho.
Sekian...
2 comments:
lor..pandai main pingpong ghupenyee...tapi pandai belum tentu terer.. :p
lamanyaa x main pingpong..rindu..huhu
takde la pandai sangat. Setakat menang je final semalam.hehe..
kalau lawan ngan inah a.zul bg can je inah menang.sbb lame x men kan..haha :p
Post a Comment