TAK CUKUP. Tu yang dapat aku katakan tentang penjelajahan aku di Pesta Buku Antarabangsa kat PWTC Ahad lepas. TAK CUKUP MASA, TAK CUKUP STAMINA dan yang paling penting TAK CUKUP DUIT. Dalam keadaan aku hanya nak berjalan2 tu pun dah 5 buku disambar dalam keadaan TAK CUKUP tu.
Masih ada masa. Moh Kitey!!!
Hari ahad tu aku bergerak bersama kawan KIZ aku Zaki dan Mat Anip. Dalam pukul 11.30 kami gerak dari Kolej Ibu Zain. Bertemankan WUH 9438 kami merentasi lebuhraya KL Seremban lantas memasuki ke Pusat Bandaraya dengan di bantu GPS berjenama MAT ANIP. Akhirnya kami sampai sekitar jam 12 lebih. Bermula lah penjelajahan kami di pesta Buku Antarabangsa ni. Sepanjang aku menjelajah terdapat beberapa perkara yang aku lihat sebagai perkembangan positif dalam arena dakwah islam ni.
Pertamanya. Kehadiran orang yang sangat menggalakkan. Hal ini menunjukkan bahawa semakin ramai rakyat Malaysia yang merasakan pentingnya pembacaan buku untuk menambah ilmu. Aku antara orangnya yang baru tak sampai setahun menghargai buku2 di pasaran. Kalau kita perhatikan genre yang bebentuk dakwah menguasai pasaran di Pesta Buku tersebut. Tak dinafikan terdapatnya novel2 cinta komik dll tapi masih tidak dapat mengatasi buku2 yang bercorak islamik. Ini bermaksud kehadiran yang ramai itu kebanyakannya mencari buku2 yang bercorak islamik.
Kedua. Orang yang hadir. Dari segi orang yang hadir itu tak semuanya berpenampilan islamik. Memang ada geng2 berkopiah dan bertudung labuh yang hadir. Tapi masih ramai yang penampilan yang biasa tetapi mencari mutiara berharga sebagai pedoman hidup. Ada satu ketika aku berdiri di sebelah 2 orang awek yang agak seksi dan sedang membelek buku islamik. Mereka bukan sahaja membelek tetapi siap berbincang lagi tentang perkara dalam tu. Tak silap aku tentang Iskandar Zulkarnain kut. Mungkin mereka tidak tahu bahawa Zulqurnain ada di sebalah diorang.haha. Papepun semoga Allah melemparkan hidayah kepada golongan2 begini agar terus istiqamah mencari ilmu agama lantas mengislahkan diri.
Ketiga. Pendidikan kanak2. Sangat banyak bahan bacaan untuk adik2 di bangku sekolah rendah yang mampu membantu mereka mengenal agama dengan lebih mudah. Banyak buku2 cerita berbentuk pengajaran yang boleh kita dapati. Kisah para rasul dan sahabat. Novel kanak2 yang b ercorak dakwah dan islamik. Begitu banyak ruang yang boleh dimanfaatkan oleh ibu bapa untuk mencari bahan bacaan yang BERMANFAAT kepada anak masing2. Terdetik di hati aku. Harap2 perkembangan macam ni terus berkembang agar mudah untuk aku membeli bahan bacaan untuk anak2 aku pulak nanti.haha.
Keempat. Hiburan alternatif. Ada dua yang aku lihat disini. Pertamnya Raihan Rangers. Cerita ala2 Power Rangers ini dipelopori oleh kumpulan nasyid Raihan. Sangat tertarik dengan soalan yang diajukan kepada adik yang naik ke pentas ketika sesi Raihan membuat persembahan hari tu. Siapa lagi kuat? Raihan Rangers ke Power rangers? Adik tu menjawap Raihan Rangers. Aku tak tahu apa kisah di dalam Raihan Rangers tu. Tapi aku yakin ianya lebih bermanfaat dari Power Rangers yang aku juga menonton satu ketika dahulu.haha. Keduanya tentang Kumpulan Al Mawlid. Amer selaku exruffedge dan Lah Ahmad VE antara orang yang aku kenal. Ada lagi yang dari kumpulan ruffedge. Aku tak tahu namanya. Alternatif. Itu yang aku nampak. Air muka setiap sorang pun bersih. Mungkin korang boleh google sendiri tentang kisah diorang ni. Mungkin Lah VE masih baru. Tapi Amer telah lama membawa islam di arena muzik. Siap dah buat lagu “seluruh mahabbah” dah pun.
Kelima. Harga yang sedikit murah. Kalau nak dibandingkan dengan harga diluar sememangnya ada sedikit perbezaan. Kebanyakan memberi diskaun 10%. Tapi 4 daripada 5 buku yang aku beli berdiskaun 20%. Terdapat juga bahan bacaan yang berdiskaun 40% terutamanya kitab daripada indonesia. Tapi aku tak beli pun. Mungkin sebab bahan bacaan yang sedikit berat kut (pemalas)hehe. Tapi overall ok la juga berbanding dengan harga kat luar. Kalau nak rasa kemurahannya beli banyak2 sekaligus.hehe.
Keenam. Majalah Solusi. Kepada semua penggemar Majalah Solusi yang kita sudah tahu sangat pantas mengambil tempat dihati peminat dek kerana artikel yang berkualiti dan mudah difahami korang boleh dapatkan banyak isu2 yang dah lepas kat sana. Mungkin tak semua tapi tetap ada yang menarik perhatian aku. Korang boleh jalan sendiri kat sana dan cari kat booth Telaga Biru. Untung2 boleh jumpa Ustaz Zahazan ke. Mana tahu. Selain tu ada juga borang langganan diskaun 20% kat sana. Siapa yang nak melanggan tu inilah peluang anda.
Ketujuh. Medan bertemu rakan2 lama. Sememangnya di dalam hati aku mengharapkan untuk bertemu rakan2 yang dah lama tak ditemui. Alhamdulillah ada yang aku jumpa. Orang2 hebat UKM antaranya. Sempat bertemu dengan saudara Muhamad MPPUKM yang baru. Sembang punya sembang rupanya diorang ada sediakan bas untuk ke Pesta Buku tu. Memang terbaik. Menjana Mahasiswa berilmu. Suka aku melihat MPPUKM yang benar2 bekerja macam ni. Tahniah untuk korang!! Rugi la kalau budak2 UKM tak manfaatkan bas PERCUMA ni. Lagi satu aku sempat bersalam dengan seorang ayng aku cam muka dia tapi aku tak pasti siapa. Rupanya dia datang dengan isteri dia yang aku juga cam muka dia. Adeh. Sape la pulak kan. Lepas kami berpisah aku duk fikir siapa la dia ni. Kami saling mengenali tapi tak tahu siapa. Akhirnya aku dapat jawapannya. Rupanya kami selalu terjumpa kat Surau FST. Mungkin tak bertegur sapa. Tapi mungkin keberkatan solat jemaah bersama tu membuatkan kami amat mudah untuk berbual. Isterinya pulak rupanya akak yang selalu duk dalam lab sains laut kat sebelah surau FST tu. Master student. Patut la macam kenal. Oleh itu. Kome2 sekalian jangan lupe solat jemaah Yob!!!
Bebudak UKM. Kome jangan lepaskan peluang ni..
Ini antara yang sempat aku coretkan. Secara keseluruhannya aku sangat berpuas hati dengan penjelajahan kali ini. Insyaallah aku merancang untuk pergi sekali lagi bersama lebih ramai kawan2 KIZ jumaat ni. Terpaksa la aku ambik cuti atas alasan ini. Harap2 diluluskan dan ada orang yang nak ganti site MRT aku ni untuk sehari. Doa2kan Allah memberi aku peluang untuk terus menjelajah lagi ye. TQ!! Untuk pembaca2 aku pulak. jangan lepaskan peluang setahun sekali ini. Moh Kitey ramai2 ronda2 kat PWTC ni. bersama kita menhidupkan budaya keilmuan melalui pembacaan. Ingatlah firman Allah swt yang pertama diturunkan.
Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan
(Al ‘Alaq : 1)
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment