PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Monday, July 18, 2011

Belanja


Bismillahirrahmanirrahim..

Belanja. Satu istilah yang amat seronok untuk kita dengar. Terutama time hujung2 bulan macam ni kan. Duit dah semakin berkurang la katakan.hehe. Tapi harus kita persoalkan kenapa dia ni belanja aku. Ataupun bagi si pembelanja kenapa aku belanja diorang ni?

Kehidupan di tapak projek ni pun tak lepas dari istilah belanja ni. Di tapak projek ada 3 pihak yang utama. Client iaitu pemilik projek tersebut, Consultant iaitu orang yang memantau pekerjaan yang dilakukan oleh Contraktor selaku pihak yang ketiga. Aku adalah orang yang berada di pihak yang kedua iaitu consultant. Sudah menjadi kebiasaan andai 3 pihak ni makan bersama maka yang akan membayarnya adalah contractor. Malah kebiasaannya si contractor telah di bekalkan dengan wang yang di gelar entertainment money kut. Lupa pulak aku. Duit ni memang disalur khas oleh bos diorang untuk entertain client dan consultant.

Kembali kepada persoalan asal tadi. Mengapa perlu contaractor belanja client dan consultant? Adakah mereka mengharapkan pekerjaan mereka selepas ini akan lebih mudah dinilai. Boleh dilepaskan apa yang sepatutnya tak lepas? Jawapannya mungkin ya dan mungkin tidak. Sebenarnya ianya dah menjadi seperti habit di Malaysia ni. Lu mau kontarak lagi lu perlu hulur sikit. Ini cerita bos besar kami la kut. Kami yang orang kat tapak projek ni  takde kaitan. Tapi keberhatian itu tetap perlu. Memang ada saat dan ketikanya kerja kontarktor perlu direject oleh consultant. Andai di sebabkan makanan percuma tadi yang menyebabkan si consultant meluluskan maka harus dijawab di sana kelak.

Aku kata habit tadi kan? Terbukti sebenarnya. Tak semua contractor dibekalkan dengan wang khas untuk belanja consultant. Pernah satu ketika kat johor aku pergi makan bersama dengan contractor. Sudah semestinya supervisor belanja untuk hari pertama. Hari kedua dibelanja lagi. Tapi oleh dia anak buah supervisor tu. Jadi Nampak sangat yang duit tu dari poket diorang sendiri. Kesan dia, next punya lunch aku memilih untuk makan sorang2 untuk mengelakkan diorang belanja aku.  Kerana habit yang macam ni kat Malaysia ni lah aku banyak makan sorang2 kalau pergi ke site. Sedih2. Macam kera sumbang je. Hehe. Kalau di ikutkan memang la seronok dapat makan free. Tapi perlu dipersoalkan kenapa diorang ni belanja aku? So untuk meneutralkan keadaan aku pun belanja la diorang jugak walaupun tak berapa nak ikhlas.haha

Lihat pula situasi di Singapura. Senior aku juga geologist sekarang bekerja di Singapura sebagai contarctor. Ternyata sangat berbeza dengan situasi di Malaysia. Takkan ada istilah belanja consultant mahupun client. Malah client sendiri yang tolong support air minuman untuk consultant. Perkara seperti ini yang tiada di Malaysia ni selaku negara yang “rendah” dengan rasuahnya.

Entahlah. Kadang2 benda ni sukar nak dikawal. Kadang2 aku pun makan je kalau diorang belanja. Tapi bab kerja aku takkan lepaskan just disebabkan makanan yang diorang belanja. Bajet tegas sikit. Haha.  Dan aku tahu gak diorang pun takde la semua mengharap dari duit belanja kerja diorang akan senang. Tapi sebenarnya ianya kembali kepada habit kat Malaysia ni. So ikutkan je la. Sukar nak lawan. Tapi bila fikir2 balik yang dekat site pun dah macam ni. Cuba korang fikir bila bos2 besar kat atas tu berjumpa bincang tentang projek??

Cukuplah sekadar ini luahan rasa aku selaku rakyat Malaysia yang bekerja sebagai consultant ni. Hehe. Semoga aku terlepas dari perkara makan suap ni. Kepada yang menjadi consultant dan client sekalian. Hati2 dengan pekerjaan anda. Yang rakan2 aku sebagai contractor. Aku tahu korang tak rela. Tapi terima kasih jugak lah sebab belanja kami. Semoga korang ikhlas belanja kami. Hehe . Kepada seluruh rakyat Malaysia. Boleh bagitahu aku macam mana nak perbetulkan habit “pelik” ni kat begara kita?

Wallahualam..

p/s : bersama memBERSIHkan Negara dari rasuah.hehe.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang