PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Friday, July 15, 2011

MemBERSIHkan isu selepas BERSIH

Mood BERSIH masih berterusan lagi. Andai sebelum ini aku lebih menumpu kepada pengalaman semasa Himpunan di adakan tapi kali ini aku teringin untuk mengulas sedikit tentang perkara yang aku lihat sebagai respon dari pihak pemerintah mahupun media tunggangan BN.

Perkara pertama adalah mengenai sambutan crowd yang hadir pada hari itu. Aku tahu sesiapa yang mampu mendapat capaian internet mereka akan tahu akan kebenaran jumlah yang hadir. Tidak kira penyokong BN PR mahupun golongan atas pagar. Andai dibaca pada media arus perdana paling tinggi yang akan kita dengar adalah tidak sampai pun 20 ribu orang. Paling aku tak boleh tahan nak gelak adalah ada berita yang mengatakan himpunan di hadapan banggunan Maybank (aku ada di situ) adalah hanya 1 ribu orang. Dan crowd dari DAP yang bergabung kemudiannya adalah 500 orang. Aduh.. Kenapa la takut sangat diorang ini untuk menyatakan kebenaran? Ingat ni buat perhimpunan rasmi sekolah ke? Persoalan yang ingin aku lontarkan kenapa media luar negara seperti Al Jazeera boleh menganggar sebanyak lebih 100 000 orang yang hadir? Kasihan aku mengenangkan golongan yang tinggal di kampung2 yang termakan dengan tipu daya media arus Perdana ni.

Masuk pula isu keganasan polis yang mendapat pujian menggunung dari pemimpin Negara yang memegang tongkat kekuasaan. Mereka mengatakan polis berjaya menyuraikan himpunan dengan keadaan yang begitu lemah lembut tanpa sekelumit kekerasan. Hakikatnya yang kita selaku pegguna streamyx, unifi, broadband mahupun internet office tahu adalah berlawanan secara total. Kematian En Baharudin telah disenyapkan seperti senyapnya si murid perokok yang dimarahi gurunya. Bagaimana pula anak muda yang dipijak kakinya sehingga patah? Apa pula khabar makcik yang di tumbuk di kepala? Nasib si pakcik tua yang di di cop but polis didada pun senyap tanpa berita.

Kita teruskan lagi dengan tindakan luar batasan polis yang menembak Hospital Tung Shin. Perkara ini telah aku ceritakan dalam penulisan sebelum ini. Namun suka aku ingin bangkitkan lagi apabila melihat keletah si seragam biru yang berterusan menafikan hakikat yang berlaku. Apa berat sangatkah kalimat “Maaf kami tak perasan itu adalah hospital’ untuk terpacul dari mulut mereka? Aku mengikuti perkembangan isu ini dan menanti bilakah masanya mereka akan mengakui kesilapan mereka. Kini 11 Dr dari Hospital berkenaan telah tampil untuk mengesahkan kesilapan pihak polis tersebut. Kita nantikan pengakhiran ceritanya. Adakah mereka masih berselindung?? Tungguu….

Tambah info di sini

Kita selongkar pula tentang geng patriot. Bagaimana dengan jumlah mereka yang hadir? Tersangat sedikit bukan? Itu pun setelah ditambah dengan mat bangla yang bergaya sakan dengan baju percuma yang dibekalkan. Terpana aku melihat video mereka yang melawan polis secara berdepan. Seperti melihat filem melayu bertaraf KONGSI apabila melihat gelagat mereka. Atau mungkinkah KL Gangster? Ditambah lagi dengan aksi si adiputra UMNO Khairi jamaludin yang ditangkap polis seperti menatang minyak yang penuh lagi menambah kegelian di hati. Geli di hati semakin menjadi2i apabila mendengar celoteh Uncle Najib di PWTC tempoh hari tentang kehebatan PATRIOT mereka. Katanya dia mampu mengerah 3 juta ahli UMNO untuk turun jika dia mahu. Kata aku pula. Nak ke mereka turun kalau ko tak bagi duit??

sakan sungguh mereka bergaya.

Menyelami pula hati si peniaga yang katanya kerugian berjuta ringgit. Pengalaman aku sendiri apabila singgah minum di kedai mamak yang BERANI untuk membuka kedainya. “Mak ai. Ramai giler orang. Besar la untung BERSIH mamak ni hari ni” kata2 yang terpacul dari mulut aku tatkala masuk ke kedai tersebut. Nak kata ramainya sampai nak pergi tandas pun kena beratur la. Kedai mamak yang kedua pun menerima nasib yang sama. Teh tarik dah tak ditarik dah satu2. Dia letak dalam bekas air kenduri tu pastu dia tarik kat situ je. Tahniah pakcik mamak yang dapat untung BERSIH. Seterusnya pam minyak yang dibuka dalam perjalanan ke KLCC. Aku sampai je dalam tu aku dah cakap kat kawan sebelah. “Ni silap2 ni peti sejuk dia ni boleh kosong ni” ternyata sangkaan aku benar. Lebih dari separuh sudah diborong oleh peserta bersih. Niat di hati ingin mencari air 100plus. Apa kan daya. “Mike tu udoh sampa lambat yob. Atey ayor tak sedap je le mike dapat”. Haha. Ternyata pam minyak tu untung BERSIH kali ni. Nampak gayanya kalau ada BERSIH 3.0 nanti pihak penganjur kena buka tender tapak gerai jualan la. Dah peniaga lain taknak buka kedai. Tapi aku terfikir juga mereka taknak buka atau diarahkan tutup??

Bergerak pula situasi di jalan raya menghala ke K.Lumpur. sambil menyelam minum air longkang. Ini lah pepatah yang sesuai untuk situasi ini. 2 tujuan dalam satu masa. Pihak kerajaan melakukan sekatan jalan raya. Konsikuansi jelasnya adalah jalan sesak yang kita dapat lihat. Apabila jalan sesak mereka akan menyalahkan BERSIH. Persoalannya kenapa mereka buat sekatan jalnraya sedangkan akan tahu ianya akan sesak? Pertama kerana mereka memang ingin melihat kesesakan berlaku agar boleh mencapai matlamat tujuan pertama. Tujuan keduanya adalah untuk menghalang peserta Himpunan BERSIH dari mendapat acces masuk ke Pusat Bandar. Ribuan lagi peserta yang terkandas di perjalanan dek kerana taktik polis ini. Cuba bayangkan jika tiada roadblock tersebut. Adakah jalanraya akan sesak? So siapa yang menjadi punca kesesakan lalulintas sekarang?

Aku rasa tertinggal satu perkara Besar jika tidak diulas tentang Muka depan Berita Minggu tempoh hari. Gambar anak muda yang dikatakan memegang pisau. Padahal dia sedang memegang bendera Malaysia. Mana editor dan pengarang Berita Hairan tu yang menhairankan seluruh Malaysia tu. Mereka perlu memohon maaf kepada pemuda itu. Dengar kata saman akan menyusul dari pemuda tu. Tu la. Lain kali kalau nak menipu tu agak2 la. Kini tidak lama lagi aku yakin mereka perlu menjilat kembali ludah yang telah mereka ludahkan ahad lalu. “Tahniah!!”

Ludah yang seharusnya di jilat

Aku rasa setakat ini dulu sedikit pandangan aku tentang isu2 selepas BERSIH 2.0. semoga perkongsian ini mendapat manfaat bersama dan lagi penting ianya dikira sebagai ibadah di hadapan Allah kelak. Andai ada tersalah pandangan mohon dikritik dibawah ni. Andai sesuai untuk dikongsikan di jemput untuk berkongsi dengan rakan.

Wallahualam…

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang