PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Sunday, July 10, 2011

BERSIH : Pengalaman yang akan ku kenang


Alhamdulillah semalam aku menjadi sebahagian dari sejarah Malaysia apabila berjaya turun bersama teman seperjuangan yang tidak kenal warna kulit dan pegangan aqidah. Semalam juga merupakan hari pembuktian betapa kejamnya pemerintah yang sudah lama di tampuk kuasa. Terasa nak kongsikan apa yang aku dapati dari Himpunan BERSIH 2.0 kali ini.

Sebelum pergi jauh. Kita tengok persoalan yang sering berlegar. Mengapa perlu di BERSIHkan. SPR tak adil ke?. Tertarik dengan statement kalau SPR ni tak adil macam mana PR boleh menang kat 5 negeri? Persoalan kanak2 je.haha. Analogi mudah yang aku bawak. Andai ada game bola antara Malaysia lawan Barcelona dan sebelum game tu Malaysia dah dihadiahkan jaringan sebayak 3 berbalas 0. Agak2 Barcelona boleh menang tak??

Ok. Let’s start talk about BERSIH 2.0. Bermula dengan kisah sebelum aku pergi. Pada mulanya aku sememangnya tidak perlu bekerja kerana masih belum dapat site sendriri lagi. So sabtu memang cuti. Niat di hati memang nak pergi sangat! Tapi sudah ditakdirkan Allah bahawa aku perlu mengganti site rakan sekerja aku dalam 2 minggu ni. Aku terus menerus berdoa kepada Allah andai benar aku ditakdirkan untuk turun ke BERSIH kali ini maka permudahkan lah. Perancangan Allah adalah yang terbaik. Itu sahaja yang aku dapat katakan pabila engineer aku menelefon dan menyatakan sabtu ni tak perlu datang site pun takpe kerana jalan nak pergi akan sesak ditambah dengan hanya kerja minor yang dilakukan oleh kontraktor.

Sebelum keluar dari rumah aku bersama 4 orang rakan aku yang tumpang menginap di rumah aku sempat berdoa bersama2 agar himpunan kami pada hari ini di rahmati dan Allah mengekalkan kaki di jalan yang telah ditakdirkan ini. Sesampai sahaja di stesen Masjid Jamek memperlihatkan sudah ramai Polis yang sudah menyekat laluan. Aku agak terkilan bila ingin masuk ke Masjid pun gagal walaupun niat di hati ingin melaksanakan solat sunat dhuha.

Terus kepada orang2 yang aku jumpai. Pertamanya satu keluarga ni yang datang dari Melaka. Memang aku salute habis. Satu family datang dari jauh untuk menzahirkan citra untuk melihat Pilihanraya yang BERSIH di Malaysia. Pakcik tu cakap BERSIH 1 dulu pun dia datang bawak semua family. Time tu anak yang paling kecil masih berdukung. PUN DI SEMBUR oleh FRU!

Pasangan kedua yang aku temui adalah pasangan bahagia pakcik dan makcik  yang datang dari Perak. Sekali orang Bote daaa… Atey.. keluo le loghat bote teman ni.hehe. Hebat. Tu yang boleh menggambarkan mereka setelah aku berbual dengan diorang. Anak2 tak turun pun. Tapi diorang yang turun. Sudah berusia tapi masih tegar untuk datang TANPA BAYARAN apa2.

Seterusnya orang yang berlain akidah dengan aku. Allahuakbar!! Meremang bulu roma aku bila melihat amoi cina yang berselubungkan bendera PAS di badan. Apabila kita bertakbir diorang sudah pandai untuk turut serta. Semoga Dakwah Islam sampai ke hati mereka. Penuh pengharapan agar tiada lagi sentiment islamaphobia yang tak putus2 di tiup oleh orang melayu islam UMNO sendiri.

Tentang pengalaman berdemo. Sejujurnya ini adalah demo pertama yang aku sertai yang membabitkan pertentangan dengan golongan pemerintah. Sebelum ni demo palestin je yang pernah aku join. Berbeza apabila polis mengambil tempat menghuruharakan keadaan. Jika demo palestin dulu polis hanya melihat dan berdiri menghalang jalan maka ianya kekal aman. Tapi kali ini? Ianya hanya aman sehingga lah FRU mulu bertindak menghuruharakan keadaan. Maka siapakah yang mencetuskan ketidakamanan?

Isu provokator pula mari kita ketengahkan. Petang semalam kawan aku telefon menanyakan tentang hal kerja. Topik berubah apabila dia Tanya aku kat mana. Perkara baru yang aku dapat tahu dari dia. Kawan dia sendiri menjadi polis di Sabah or Swak. Lupa pulak dah aku ni.hehe. Dia cakap memang polis sana mendapat baju BERSIH percuma dan terus di terbangkan ke semenanjung untuk semata2 menjadi dalang provoksi dilakukan. Lantas aku terkenang akan seorang mamat yang ingin bertindak melulu ingin membaling FRU dengan batu. Mungkinkakah dia adalah salah seorang dari provokator upahan?? Tapi Alhamdulillah masih ramai yang waras yang berjaya menghalang dia dari melakukan tindakan bodoh tu.

“Polis kali ini akan lain macam sikit. Hati2” Mesej yang aku terima dari sahabat seperjuangan aku sebelum demo. Akhirnya terbukti apa yang dikatakan. Bukan sikit malah banyak! Seorang pakcik tua meninggal bahana kezaliman mereka. Seorang pemuda patah kaki kerana di pijak dan di henyak oleh FRU. Tu belum kira orang ramai termasuk makcik2 yang di sepak dan di heret seperti binatang oleh mereka. Di tambah lagi dengan menembak gas pemedih mata ke arah hospital. Bila di Tanya kepada Ketua Polis K.Lumpur dia cakap polis tak buat kerana ia bertentang dengan etika polis. Kepala hotak korang!! Depan mata aku la korang tembak benda tu. Kalau tak percaya boleh tengok kat video ni. http://www.youtube.com/watch?v=hBN8blQF4Hs

Bab solat fardhu pulak. Demo tu demo jugak. Solat jangan lupa. Alhamdulillah jemaah yang petama solat tu aku kira telah berjaya dari sudut pelaksanaan dan juga dakwah nya. Tak ku sangka video mereka bersolat  diselitkan dalam berita di Singapura. Terbaek!! Pengalaman sendiri aku bersolat di tepi jalan. Sedang bersolat tiba2 fru datang dan menembak gas pemedih mata dan water canon. Terima kasih abang Polis. Ramai lagi yang bersolat di sekitar tempat himpunan. Alhamdulillah. Islam itu mudah. Anda tetap mampu bersolat walaupun apa jua keadaannya. Walaupun anda sedang bertugas sebagai FRU pun masih ada ruang untuk solat andai anda masih merasakan anda muslim dan wajib untuk bersolat.

Cukup tentang pengalaman aku. Kita tengok pula berita di Buletin Utama semalam. Boleh dikatakan takde otak la andai ada lagi orang kat Malaysia ni yang akan cakap media arus perdana adalah media yang adil. Ada ke mereka laporkan tentang pakcik yang meninggal tadi? Adak ke cakap tentang diorang mengaku salah TERTEMBAK hospital? Paling tak boleh blah boleh cakap himpunan hanya mendapat 5-6k sambutan orang. Haha. Yang korang tangkap pun dah dekat 2k la bro…


Sekian dari aku, Semoga apa yang aku kongsikan ini mendapat manfaat bersama…Btw. BERSIH kali ni memang BEST!!! TERBAEK!!!

“Ya Muqallibalqulub..Thabbit Qalbi ‘Ala Dinik Wa ‘Ala Thoa’tik”
Wahai yang membolak balikkan hati. Tetapkan lah hatiku pada agamamu dan pada mentaati mu

Wallhaualam..

p/s : Tak sabar nak cerita kat cucu aku nanti.haha




10 comments:

Anonymous said...

cerita kat anak2 dlu la bro sblm cerita kat cucu2. opps, sebelum tu kena cari ibu kpd anak2 tu. haha..

Zulgeologist said...

anon : anak2 biar atok die je cite.. x thrill la cite kt anak..xde scene batuk2..haha

Anonymous said...

syahdu membaca dan respek dengan semangat korang, tapi aku masih percaya ada jalan lain yang lebih baik.

::samada kita dicatur atau kita yang mengatur::

Zulgeologist said...

Anon : tq. respek juga dengan org yg berlain pandangan. Jalan lain spt rundingan pun ada di buat sblum ni. Moga2 kita yang mengatur :-)

Bint Mohammad said...

terbaeklah!!!

Ajeyy Rawk said...

salam ziarah :)
jemput laa datang jenguk entry terbaru saya yer .. :D

http://ajeyyrawk.blogspot.com/2011/08/hasil-edite-gambar-dengan-picnikcom.html

Anonymous said...

masih tertanya2 sampai arini..apa motif sebenar bersih???cz dlm list sume yang dibaca semua lebih kepada motif politik..

Zulgeologist said...

sememangnya motif politik. Agar sistem pilihanraya dalam politik malaysia ni bersih :-)

Anonymous said...

Ambiga rasmikan seksualiti merdeka. tak nak bersihkan ke?

honey_my boo said...

nt leh join bersih 3.0 hehe.. nk join gak.. sbb 2.0 waktu itu blom knvo lg.. bahaya.. tp skunk da oke. leh join sbb kje dgn swasta.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang