Bismillahirrahmanirrahim..
Ke mana perginya pagi aku?
Hmm.. Sengaja aku menulis entry ini atas niat untuk mencabar diri sendiri memperbaiki adegan aku di pagi hari. Aduh. Jemaah subuh entah kemana. Al Mathurat semakin tenggelam. segalanya tewas kerana nafsu tidur yang membelenggu. Lepas subuh tidur balik dan bahananya bila pergi kerja pun dalam keadaan tak ceria. Malah kadang2 terlajak subuh!!!!
Teringat untuk memanggil kembali ingatan tika membaca entry Ustaz hasrizal semasa menggunakan khidmat Jaring UKM 2 tahun lepas. nak mencari entrynya pun aku dah tak tahu macam mana. Yang pasti ianya berkisar tentang dengan apa kita mulakan hari kita.
Sangat aku akui dan korang pun sama kut. bagaimana perjalanan harian kita jika paginya kita isi dengan tidur selepas subuh. malah lebih teruk apabila terlajak subuh!!. Keceriaannya semestinya agak kurang terutama sebelum menjelang tengah hari. Pagi akan menjadi sugul. Akan menjadi lesu. Akan mejadi lemah. mengantuk pula sewajibnya mengambil bahagian.
Lihat pula dari sudut kekuatan rohaninya. Memulakan pagi dengan subuh berjemaah di hiasi lagi dengan Al Mathurat ternyata membuatkan hari kita akan lebih kuat dari sudut rohaninya. Lebih hebat lagi jika di awal pagi dimulakan dengan Qiamullail menghadap ilahi. Aduh. Aku amat terkesan sekarang ni. Apabila perkara biasa yang diamalkan semakin jarang dilakukan maka kesannya mula dirasai. Moga diberi kekuatan untuk kembali mencapai Al Mathurat yang ringan itu untuk di amalkan di pagi hari.
Minggu lepas aku memulakan amalan baru dalam kehidupan. Setiap pagi aku cuba untuk melakukannya. tapi ternyata ia tidak mampu menyaingi walau sedikit untuk membuatkan hari aku berjalan dengan ceria. Amalan yang baru itu ialah meminum susu tepung. konon nak jaga kesihatan badan la. Tapi mungkin dari sudut jasmani tu boleh la. Tapi sudut rohani tu masih perlukan kekuatan dari sumber yang lain yang lebih hebat. Semestinya SUBUH BERJEMAAH, AL MATHURAT dan menahan diri dari TIDUR SELEPAS SUBUH.
Ok. Jadi secara keseluruhannya untuk memastikan hari kita berjalan dengan lancar kita mesti menitik beratkan kekuatan Rohani terutamanya dan jasmani kita seawal dinihari. Apa yang kita lakukan di pagi hari itulah yang akan membawa rentak kita di sepanjang hari tersebut. Oleh itu kome2 semue!! moh kitey menguatkan diri di pagi hari. Start besok la. Beran??
Semoga kita semua berjaya melawan godaan syaitan di pagi hari. Aku tinggalkan iklan kat arab ni untuk tatapan bersama..
wallahualam..
Aku adalah kamu, Kamu adalah aku, Yang perlu mencontohi Baginda dan yang pasti akan kembali menemuiNYA...
PENGUMUMAN!!!
1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe
2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..
3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.
2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..
3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.
Blog aku ni ossem ke tak ossem??
My top 10 entry
- Taubat?? Enjoy dulu...
- Ibrah dari labour room
- Airmata untuk Geologist
- KISAH 3 TETAMU RUMAH AKU. (AWAS!. kisah menyayat hati)
- Study sampai muntah??
- Oh Yeah!! Hulu Selangor
- NOTA UNTUK YANG BERGELAR STUDENT
- BACA KISAH INI. KEMUDIAN KAMU AKAN MENGERTI BETAPA MAHA ADILNYA ALLAH SWT.
- Isteri Curang
- Ada apa dengan geology?
Thursday, July 21, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment