PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Friday, October 21, 2011

HIMPUN : Sekadar komentar


Bismillahirrahmanirrahim..

HIMPUN akan dilaksanakan paada esok hari. Dijadualkan majlis akan bermula sekitar jam 2-4 petang. Bermakna ketika aku menulis entry ni HIMPUNAN ini akan dijalankan tidak sampai 24 jam lagi. Aku pernah share kat FB sekali je sebelum ni. Entah. Aku pun  tak tahu kenapa tak  berapa update tentang isu ni ketika itu.

 
Hinggalah ada adik junior yang bertanya tentang pendapat aku tentang isu HIMPUN ni. Aku pun start la mencari maklumat dan bertanya dengan kawan2. Apa pendapat diorang tentang HIMPUN ni. Kita tengok apa perkara yang ingin di capai dalam HIMPUN kali ini.

  • Untuk menerangkan kedudukan perkara yang sebenarnya tidak seperti yang digembar-gembur melalui media.
     
  • Mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan dikalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011.
     
  • Memberitahu rakyat perlunya persoalan aqidah ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik.
     
  • Menserlahkan Institusi Raja yang menjadi payung Bangsa Melayu dan Islam dalam hal peranan mereka dalam sama-sama menangani isu yang menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam di negara ini.
     
  • Menzahirkan kekuatan aqidah dan keimanan masyarakat Islam sambil memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa negara ini seandainya isu ini terus dieksploitasi.
     
  • Menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukkan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.


Secara kasarnya. Aku merasakan objektif ni ada yang macam terlalu surface. Tak berniat pun nak hurai satu persatu secara lanjut. Just nak konsi pendapat hasil dari pembacaan dan perbincangan dengan kenalan. Sebelum meneruskan pembacaan harus dingat pandangan aku ni tidak dipengaruhi dengan keputusan PAS yang tidak menyertai HIMPUN kali ini. Pandangan ini aku kutip sejak dari pembacaan sebelum2 ini..

 Aku nak bawa analogi sikit kat sini. Kita ambil contoh pasukan bola sepak Perak. Ada pemain yang di pinjamkan dari USM bernama Failee. Tiba2 Failee nak masuk Perak terus sebabnya Perak Nampak lebih menjaga kebajikan dan Nampak lagi hebat gerak kerjanya berbanding dengan team USM. Persoalannya wajarkah USM nak berhimpun membantah hasrat Failee tu. Sekaligus mengelakkan rakan2 sepasukannya yang lain tu dari berpindah ke pasukan lain?

Aku rasa ada wajarnya. Tapi mungkin sedikit je. Begitu juga tentang himpunan ni. Aku rasa wajar. Tapi selain itu ada lagi perkara lain yang perlu dititikberatkan. Satu lagi soalann yang ingin aku timbulkan. Adakah dengan menyertai himpunan ni maka aqidah dan kepercayaan aku kepada agama islam ni akan makin menebal? Atau hanya akan menebalkan bibit2 permusuhan dengan penganut agama lain?
Perhimpunan ini seharusnya di isi dengan seminar mahupun pengisian yang memungkinkan para peserta lebih mengenali sang pencipta. Bukan hanya ingin menunjukkan kami ada sejuta umat islam yang berakidah yang sama. Kalau sejuta tapi dari segi ketauhidan kepada Allah itu ibarat buih di lautan. Maka terasa amat rugi HIMPUNan yang ramai ini akan menatijahkan kata2 “kami umat islam lagi ramai dari kalian di Malaysia ni”

Mereka buat kerja mereka. Kita? Ya. Ini permasalahan sebenar. Kristian buat kerja mereka. Bukankah Allah telah berfirman dalam Al Quran bahawa diorang ni memang takkan redha dengan agama islam ni hinggalah kita mengikut jalan mereka?

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.

Nah sudah jelas bukan. Macam mana pun mereka tetap dengen kerja mereka. Kita ni yang menjadi masalah. Kita sendiri yang lemah. Dimana system pendidikan Malaysia meletakkan pengajian akidah dalam silibusnya? 0.001% sahaja barangkali. Tuntas, Bila akidah umat islam semakin lemah marahkan pihak lain pula. Di mana Jabatan2 agama memainkan peranan dalam usaha mebina akidah muslim. Sejujurnya Nampak seperti gerakan dan NGO lain yang lebih terkehadapan dalam perkara ini.

Andai perkara ini berlaku di Negara lain? Ambil contoh Negara yang umat islam adalah golongan minoriti. Apa yang akan terjadi kepada usaha dakwah islam di sana andai ada pihak yang mencetuskan HIMPUNan seperti ini dilaksanakan di sana?

Macam  banyak la pulak aku tak setuju kan. Tapi bagaimana pun tetap ada sisi yang positif. Aku nampak dengan adanya mobilasi seperti ini boleh menyedarkan masyarakat bahawa peri pentingnya menjaga akidah islamiyyah ni. Mungkin ini sebagai starting point untuk meneruskan agenda pemerkasaan akidah dalam kalangan masyarakat Malaysia ni.

Perpaduan berdasarkan ISLAM juga aku lihat dapat dipupuk dalam program ini. Umat ISLAM dapat bersatu dalam hal seperti ini. Mungkin dalam banyak hal kita saling bercanggah pendapat. Tapi seharusnya apabila menyentuh bab akidah kita yang sama ini sepatutnya kita seharus nya dapat disatukan. Cuma aku sedikit gusar apabila sentiment perkauman di mainkan dalam agenda ini. Boleh lihat daris egi promosi. Malah terdapat rakan2 aku sendiri yang seperti cuba meletakkan kesatuan Melayu itu di hadapan kesatuan ISLAM dalam promosi HIMPUN ini.

Kesimpulannya. Aku akan cuba menghadirkan diri dalam HIMPUNan ini. Insyaallah andai tiada aral yang melintang sekujur tubuh bernama Ahmad Zulqurnain ini akan berada di sana kelak. Di tambah dengan lokasi nya yang berdekatan dengan Karnival Anak Muda yang dijalankan esok. Pastinya banyak input yang boleh aku perolehi kelak.


P/S : Takut kalau esok ada yang jerit HIDUP MELAYU!! huhu

Wallahualam…



2 comments:

Anonymous said...

Masaalahnya nanti,bagaimana nasib pemandu teksi,peniaga,pengangkutan awam dan sebagainya,tak terjejas ke?Dulu, masa BERSIH buat demo diorang kata rugi juta2..

Zulgeologist said...

Hahaha..teman pun pelik nape senang bebeno dapat permit buat HIMPUNan yang lebih menyentuh sensitiviti masyarakat ni..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang