Bismillahirrahmanirrahim…
Alhamdulillah. Bersyukur kepada Allah keran diberi kekuatan kepada aku untuk menulis di blog ni. Macam lama je kan tak menulis. Sedikit sibuk mahupun menyibukkan diri ditambah dengan perasaan malas yang membelenggu di dalam diri..Aish… Teruk2….
Masih ingat dengan entry aku tentang PROMOSI TAFSIR MUBIN NI? Ada 2 kisah buyers yang ingin aku kongsikan disini. Sebenarnya kisahnya simple je. Tapi aku tetap nak cerita gak. Blog aku kan? Ikutsukaatiaku la…hahaha
Kisah pertama tentang buyer aku yang tinggal di Ipoh. Beliau merupakan senior aku di sekolah dulu. Time urusan pembayaran dan penghantaran berlaku. Sempat aku bermesej dengan akak ni. Dalam mesej tu aku dapat melihat kehebatan aturan dari Allah swt. Akak ni sangat berterima kasih kat aku sebab aku tag dia dalam FB. Patut aku la yang berterima kasih sebab dia beli barang aku. Takpe. Give and take barangkali…
Aturan Allah yang hebat aku maksudkan adalah bagaimana proses dari aku add FB akak ni hinggalah aku terasa nak tag dia time promosikan dulu. Sebenarnya aku add dia sebab secara KEBETULAN aku terjumpa senior aku (yang lain) yang dia pergi open house rumah rakan sekerjanya yang terletak di depan rumah akak aku yang juga buat open house ketika itu. Lagi ditambah kebetulan adalah. Sebenarnya kami dah pun berpisah sebelum maghrib. Tapi disebabkan kami terjumpa di masjid ketika solat maghrib maka kami sambung berborak di restoran terdekat. Time ni la cerita tentang akak ni keluar. Aku agak tertarik dengan cerita beliau tentang akak ni. So kebetulan juga beberapa hari lepas ni ada nama akak ni keluar kat home Fb sebelah kiri yang kata “people u may know” tu. Aku pun add la terus. Hingga lah aku add dan tag beliau. Syukur kerana beliau memang dah lama cari tafsir ni. Lihat. Betapa hebatnya aturan Allah untuk permudahkan akak ni mendapatkan tafsir yang diingini.
Kisah kedua adalah buyer aku dari Banting. Time dia kol tu aku on the way nak pergi makan dengan kawan2 segeology aku sabtu lepas. Dari cara percakapannya memang dia nak sangat Tafsir ni. Banting agak jauh dan aku ada urusan esoknya tu. Aku cakap kat dia kalau dating Bangi ok. U know what? Dia sanggup dating untuk dapatkan tafsir tu. Keesokannya dalam pukul 11 pagi kami bertemu di PKNS. Rupanya abng tu dalam keadaan tak berapa sihat. Dia dating dengan wife dia. Diorang memang nak sangat2 tafsir ni. Merata diorang cari dah. Dah siap Tanya kat Dewan Bahasa Pustaka pun. Tapi still tak dapat. Alhamdulillah dia terjumpa tentang Promosi Tafsir Mubin ni kat blog aku. Tu yang dia nak dalam keadaan tergesa2 tu.
Alhamdulillah. Setakat ni sudah ramai yang membeli Tafsir Mubin ni. Pernah aku berborak dengan lecturer aku dulu time aku hantar tafsir ni kat dia. Moga2 dapat saham sikit dari penjualan tafsir ni. Nak tunggu aku habis baca semua ni memang macam agak susah la kan. So dengan membantu orang untuk dapatkan tafsir ni harap2 ada la saham tu. Tidak dilupa 9/10 rezeki yang sedang diusahakan ini. Moga di berkati..
Cukup sekadar ini buat entry kali ini. Iklan sikit. Hehe. Setakat ni tinggal 4 set je lagi. Ada 2 buyers yang sedang dalam proses. Salah sorang nak beli secara banyak sikit. Doakan segalanya berjalan lancer ye. Kalau kome nak. Boleh roger aku ASAP..
Wallahualam..
2 comments:
moga segalanya dipermudahkan weh..
gud luck...
Amin : Moga2...thanks weh..
Post a Comment