Hari yang agak memelikkan!! Aku pun tak tahu apa yang ada dengan semalam. Satu kejutan yang harus aku syukuri. Dalam kemalasan aku membuat report Terain Mapping kat ofis, aku dikejutkan dengan hit pelawat di blog aku. Petang semalam sahaja hit aku dah mencecah 160 lebih. Pernah satu ketika pembaca yang sedang online adalah 9 orang. Terkezut gua der. Malam tadi pulak aku check total hit untuk sehari dah 202. Mak ai.. Memang hari semalam dalam sejarah..
Graf sebulan yang lalu. kalah entry bahang PRK aku dulu.2nd peak tu adalah besday aku merangkap hari mengundi UKM dan kemenangan GMUKM.hoho
Aku yakin memang tak lain dan tidak bukan adalah akibat dari entry aku yang tentang tsunami dan Al Quran tu. Dengan entry tsunami itu jualah yang membuatkan blog aku juga dilanda tsunami. Alhamdulllah benda yang baik kita sama2 kongsi. Entry tu pun aku sememangnya copy n paste je kat blog aku ni. Ternyata tsunami yang melanda Jepun baru2 ini merupakan satu turning point kepada umat islam supaya kembali berpegang dengan Al Quran dan Sunnah. Dengan kecaknaan umat islam sebeginilah yang kita sangat2 harapkan. Bukan memandang sesuatu isu itu hanya dari aspek pembanggunan dan pemodenan. Ianya harus dipandang melalui kaca mata seorang muslim yang berjiwa mukmin.
Aku rasa cukup sekadar ini aku menzahirkan keterkejutan aku dan terus memberi sedikit komen. Aku berharap pembaca2 di blog aku ni terus memberi sokongan kepada usaha aku yang tak seberapa ini. Apa yang baik korang ambil lah. Andai ada yang buruk korang tinggalkan dan yang paling penting aku SANGAT2 MENGHARAPKAN kritikan dan komen yang membina dari pembacaku yang kukasihi. Semoga dengan kritikan itu akan membuatkan aku lebih terkehadapan lagi dalam dunia dakwah penulisan ini..
Wallahualam..
2 comments:
Alhamdulillah..teruskan perkongsian yg bermanfaat ini..
deqsu : insyaallah..semoga d permudahkan.
Post a Comment