Apiz : Weh.aku ambik pen, sekejap je dah hilang
Aku : Sama la kita. Aku pun
Apiz : Biasa la pen free
Aku : Tu la. Pasai tu aku tak heran sangat.
Ni lah dialog yang berlaku antara aku dengan teman segeologist aku baru2 ni. Tapi tak la tepat sangat pun. Aku pun dah lupa ayat sebenar. Tapi isi pentingnya macam tu la lebih kurang nya. Memang menjadi kebiasaan di Geologist Room ni kalau ambil pen kat tingkat 5 tu memang ambil banyak sekaligus. Tapi tak sampai sebulan pun dah lesap. Haha. Masing2 bawa pergi site yang bersepah2 sekitar lembah klang dan negeri2 lain ni.
Aku pun alami benda yang sama. Dah banyak dah pen free kat ofis ni yang aku balun dan kadang2 tu pakai untuk satu site je. Lepas tu aku pun tak tahu ke mana perginya pen tu.haha. Hal ini sangat berbeza dengan keadaan pen yang aku beli sendiri beberapa bulan lepas. Masih ada lagi selamat dalam beg aku. Kenapa jadi sebegitu? Nanti aku akan kupaskan.
Besar sungguh pennya
Sebelum kita meneruskan aku ingin bertanya kepada korang, situasi begini korang pernah lalui tak? Ya atau tidak itu terpulang. Bagi aku hakikat yang harus kita telan adalah kita akan lebih menyayangi dan menghargai akan benda ataupun perkara yangkita sendiri berusaha untuk mendapatkannya. Kita akan menjaga benda yang kita dapat tu dengan baik lantaran dari usaha yang kita sendiri lakukan.
Mari kita lihat kondisi masyarakat kita sekarang. Yang dapat islam secara warisan (free) tersangat ramai dan juga hakikat yang harus ditelan mereka yang tidak menghargainya adalah lebih ramai berbanding yang menghargainya. Sama seperti pen tadi la kan? Berbeza pula kalau kita lihat keadaan orang perlu membayar dengan usaha menghadapi segala rintangan untuk mendapatkan islam. Begitu banyak nama2 besar muallaf yang baru memeluk agama islam namun mereka tampak lebih komited dengan islam. Tapi kita?? Bro Shah Kirit, Ust Nicholas, Ridhuan tee dll semuanya jauh dari islam satu ketika dahulu. Tapi sekarang?
Namun kita telah pun ditakdirkan untuk mendapatkan islam secara free. So kita sememangnya tidak akan dapat untuk gigih berusaha la kan? Pasti jawapan korang tidak kan? Masih ada ruang untuk kita terus berusaha untuk ISLAM namun dalam konteks yang sedikit berbeza. Usaha kita itu nanti insyaallah akan menghadirkan rasa cinta dan sayang kita kepada agama kita ini. Sepertimana kisah pen tadi juga. Kita akan lebih menyayangi pen yang terhasil dari titik peluh kita walaupun sedikit hamis bau peluhnya.haha.
Apa usaha yang kita mampu lakukan? Jawapannya adalah semua perbuatan yang mempu memartabatkan islam. Senang cerita adalah berdakwah la. Tapi terasa istilah dakwah itu terlalu hebat untuk kita? Andai istilah yang menjadi masalah cukup dengan katakan ianya adalah usaha. Usaha kita bukan untuk orang lain. Tapi usaha kita adalah untuk diri kita. Untuk diri kita yang perlukan rasa kasih dan cinta kepada agama kita. Usaha yang mampu membuatkan kita menghargai agama kita. Usaha yang mampu kita persembahkan dihadapannya kelak.
Andai kita mampu menyerabutkan diri untuk dunia. Mampu juga mengerah keringat untuk sekelumit kesenangan di dunia. Mampu meluangkan masa untuk dunia. Tapi kenapa tiada semua itu untuk kasih dan cinta kita kepada agama? Marilah kawan, marilah teman! Kita semarakkan usaha dalam perjuangan. Semoga tersemai cinta antara hamba dengan tuhan..
Ya Allah, ku persembahkan usahaku ini kepadamu. Berkatilah ia...
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment