How and Why..... Salah 2 antara “WH question” yang kita belajar sejak di bangku sekolah lagi. Korang mesti tahu kan maksud dia. Sedangkan aku yang B.I dapat C5 ni pun tahu maksudnya ni kan korang yang power ni.haha. Bagaimana dan Mengapa. Maksud yang jauh berbeza bila di fahami. Signifikasi kepada kedua persoalan ini adalah amat jelas dalam kehidupan kita sebagai seorang muslim. Sangat jauh dan ketara kesan daripada pengaplikasian kedua soalan ini dalam penghidupan.
Pertamanya kita menyentuh tentang ‘how’ terlebih dahulu. Sejak kecil lagi kita didedahkan tentang ‘how’. How we pray? How we fast? How we learn? How..How...and How. Bagaimana? Kita dididik sejak kecil tentang bagaimana untuk solat. Bagaimana untuk puasa. Bagaimana untuk belajar. Memang tidak dinafikan ketika zaman kita belum mumaiyiz dulu kita tidak mampu berfikir. Kita sekadar menjadi pak turut tentang penghidupan kita mahupun pengibadahan kita. Namun bagaimana pula sekarang? Kita masih ditekan dan menekankan tentang ‘how’ bukan? Kita tahu bagaiamana melakukan itu dan ini. Bijaknya kita dengan sifat serba tahu itu. Namun ianya akan menjadi lebih bijak dan mapan andai kita sertakan dengan istilah ‘why’
How i'm blogging?
Why i'm blogging?
Why u pray? Why u fast? Why u learn? Why u do that and this? Untuk menjawab soalan ini kita akan pantas berfikir dan lantas menjawab ‘lillahitaala’. Tapi jawapan di fikirkan ini hanya hadir di mulut tanpa kehadirannya di sumur hati kita. Kita sebenarnya masih belum jelas dengan KENAPA kita lakukan itu dan ini. Kadang2 kita bersolat hanya kerana ianya adalah satu kewajiban bukan KEPERLUAN. Kita hanya berpuasa kerana orang lain semuanya berpuasa. Kita hanya belajar kerana disuruh oleh orang tua. Sangat sedikit relatif orang yang tahu KENAPA kita menzahirkan seluruh perbuatan kita dalam kehidupan ini berbanding dengan yang tahu dan YAKIN. Untuk menjawab soalan ini. Marilah kita kembali kepada objektif utama kita hadir di muka bumi ini.
Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku
(Adz Dzariyat : 56)
Tentang kenapa ini telah pun aku huraikan di entry aku sebelum ini di link ini (klik jangan tak klik).
Ok sekarang kita tengok signifikasi kedua soalan ini kepada kita. Kita tahu bagaimana untuk belajar. Tapi “KENAPA” kita belajar yang lebih penting. Cuba kita lihat kepada orang yang belajar untuk bekerja. Bila dah dapat kerja maka tercapailah matlamatnya. Pegun hanya disitu. Kita lihat pula tentang solat. Orang yang bersolat semata2 kerana kewajiban maka tiadalah rasa kemanisan dihatinya. Buka perkara yang ditunggu2 sebagai keperluan jika ianya sekadar kewajiban.Persoalan “KENAPA” ini perlukan benda yang lebih besar yang akan membuatkan kita tidak berasa lemah melakukan apa yang kita lakukan. Dalam konteks pembelajaran tadi. Contohlah kita dah pulun belajar tapi masih dapat result yang tak memberangsangkan. Jika kita hanya tergolong dalam kalangan yang mengetahui ‘how’ semata2 maka kita akan jadi down kerana kita hanya ber’why’kan keputusan exam.
Jadinya aku kira kita harus bersama2 merenung kembali persoalan ‘why’ ini dimana letaknya dalam diri kita. Tanpa menafikan persoalan ‘how’ kita perlu menitikberatkan persoalan ‘why’. Tidak kurang pentingnya ‘why’ yang kita sandarkan perlu selari dengan posisi kita selaku abid kepada ma’bud. Oleh itu mari bersama2 menjawab soalan ini. “Kenapa anda berada di dunia ini?”
No comments:
Post a Comment