Seawal jam 7.30 pagi telah berkumpul beberapa geologist dan engineer mahupun admin di hadapan banggunan parking metro. Siapa yang mereka sedang tunggu? Tak lain dan tidak bukan adalah aku dan Apiz merangkap housemate aku yang agak kelewatan berbanding yang lain. Haha. Adakah salah kami? Ya dan tidak. Sebab kami kena ambil meehun yang ditempah. Setelah beberapa minggu merancang akhirnya kami berjaya berkumpul untuk berkelah di Sg lepor kat area Pangsun. Akhirnya semalam berkumpullah 11 orang warga kerja G&P Geotechnics Bhd bersama 3 biji kereta myvi kelabu.
Setelah semua dah ready kami pun bertolak ke tempat yang dituju. Dalam perjalanan tu tiba2 hujan lah pula. Nampak macam tipis je nak mandi manda kat sana. Sampai je kat Pangsun tu tengok2 air nya deras dan agak keruh. Mula lah masing2 cuba untuk merancang plan B. Akhirnya kami decide untuk pergi ke Janda Baik Pahang.Takde lah jauh sangat. Tak sampai sejam pun rupanya. Tapi jalan dia memang terbaek la. Tak sempat aku memandu sambil melelapkan mata macam biasa. Macam ular kena asid Sulfurik!!
Sampai je kat sana kami terus cari port yang terbaek. Kali ni kami memilih Hawa resort sebagai tempat yang jauh dari hiruk pikuk wash boring machine. Dah selesai tukar baju aku pun makan dulu. Baru ada feel nak mandi.hehe. Selesai makan meehun dan roti aku pun terus masuk ke dalam air. Pergh...memang menyamankan!! Tak sampai 15 minit kat dalam air aku dah menggigil. So terus la naik atas untuk makan lagi bagi memanaskan balik.haha. Aku pun naik la ke atas untuk membakar jagung dan ubi. Dalam aku membakar tu ada cerita yang agak menarik untuk aku kongsikan di sini.
Ketika membakar tu aku nak ambil roti untuk makan. Tiba2 ada dua orang budak lalu. Aku pun tegur la buat2 ramah macam yang biasa aku buat.haha. Rupanya dua orang ni adalah pelajar kat madrasah tahfiz atas tu. Sorang bernama Hafiz dan sorang lagi bernama Abu Zar. Keduanya baru setahun belajar kat madrasah tu. Sebelum diorang masuk madrasah tu diorang dah hafaz 8 juz Al Quran. Tapi setelah setahun masuk situ diorang dah mengahafal another 10 juz’! wah.hebatnya. Sempat aku bertanya bila nak menjadi hafiz nya? Diorang menjawab merancang dalam hujung tahun ini. Bayangkan baru tingkatan 2 dan 3 tapi telah menghafza sebanyak itu. Allahuakabar.. Bersihnya hati diorang. Aku??hmmm... Lagi satu yang aku kagum. Mereka bukanlah dari golongan keluarga ustaz ustazah. Seorang hanyalah pekerja kontrak dan seorang lagi bekerja di KLIA. Gaya percakapan diorang pun tak sama macam dengan budak2 lain. Sangat berbeza. Aku pun turut terkena tempias kematangan tika bersembang dengan diorang.haha.
Beberapa minit menanti gadis2 naik dari air akhirnya diorang naik juga. So ada la chance aku untuk turun lak. Kenapa aku tunggu diorang naik?? Biasa la. Aku kan pemalu.haha. Kali ni aku memilih untuk berendam kat tempat yang lebih mencabar bersama jejaka2 tampan tapi lagi kurang dari aku iaitu Apiz, Syafiq n Nathan. Syazuan? Dah tidur pun mamat tu.haha. Sempat la bergambar sikit2 untuk dijadikan kenangan bersama.cewwah..
Rumah muka dia, Ofis muka dia, Site muka dia..boring2..
Lepas tu aku naik balik memanaskan badan. Dalam makan2 tu terdengar azan. Aku pun ikut lah arah azan tu. Aku mengharapkan untuk pergi solat jemaah kat madrasah tu. Rupanya madrasah tu seberang sungai sana. Adoi..Tak kesampaian hajat aku. Maka aku pun solatlah kat surau resort tu je. Besar juga surau tu. Aku sampai je aku nampak kelibat sorang wanita bertelekung. Selesai ambil wudu’ dan nak naik atas kami tertembung sebab pintu sama. Aku agak terkejut sebab yang aku tertembung tu adalah akak indonesia yang free hair dan pakaian amat ketat. Ish3x..unik betul dunia ni. Solat di awal waktu tapi masih tak dapat mencegah dari melakukan perkara yang dilarang. Mungkin kurangya penghayatan kepada ayat ni..
“........Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan- perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (shalat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan”
(Al Ankabut : 45)
(Al Ankabut : 45)
Selepas aku solat zohor aku tak bercadang nak mandi lagi. Tapi disebabkan ada port yang sunyi dan nampak lebih menarik aku pun pergi la sorang2 ke sana. Memang lagi teerbaek!! Lebih nyaman dan dalam. Baru ada feel. Lagi satu kena pulak layan sorang. Dengan melihat aliran air dan ada part air yang nyaman dan ada yang suam2. Ada lagi part yang dalam dan cetek. Semuanya cantik aturan tuhan. Time tu tiba2 aku teringat ayat dalam surah al imran
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal (190) yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.(191)”
(Al - Imran 190-191)
Ok. Just go on wif my story. Setelah aku naik atas dan masing2 tukar baju n solat zohor. Yeah..ni yang aku suka. Berkawan dan keluar dengan orang yang bersolat. Lesih selesa. Ada macam kawan aku cerita die pergi mandi kat janda baik gak tapi kawan2 dia tak sembahyang. Poning2.. Lepas semua dah bersiap kini ada satu misi yang perlu dilaksanakan. Mengahabiskan segala makanan yang ada. Nathan lah menjadi orang yang bertanggungjawab untuk mengelakkan kami dari jadi sahabat syaitan. Memang tu yang ayat yang dia pakai pun semalam. Haha. Nathan2.. Kami ni macam ikan bandaraya di buatnya.huhu.
Sekitar pukul 3.30 kut kami bergerak pulang dengan keadaan badan yang sangat letih. Ditambah pulak jem kat MRR2. Memang lagi meletihkan.haha. takpe2. Bukan selalu nak letih kan? Sekian sahaja cerita aku bersama rakan sekerja aku..
Sekian..
No comments:
Post a Comment