Selesai je makan di kedai mamak area south city tu kami bersama2 bergerak ke tempat snooker sebelah south city. Kalau diikutkan memang banyak pilihan kat area situ. Tapi kami memilih tempat yang high class sikit. Lagipun Apiz takut dipengapakan oleh mamat2 kat pusat snooker yang lebih suram tu. Standard kanak2 la kan.haha.
Game pertama adalah aku lawan dengan Alex. Kami main pool je. So siapa yang habis bola duu dia menang. Untuk game ni aku memberi Alex ruang untuk menang. (ayat cover.haha). Lepas tu giliran Apiz pulak yang bermain dengan Alex. Satu kejutan! Apiz yang menang secara menang nasib.haha. lepas tu aku berentap dengan Apiz pulak. Kali ini aku tak memberi peluang. Aku terpaksa mengalahkan Apzi juga sebab takut aku jadi tempat terakhir lak antara kami. haha. So kesimpulannya semua kami adalah seri sebab masing2 menang 1 game. Lepas tu kami pun balik dan berazam untuk bermain lagi lepas ni.haha
Pada malam tu sejujurnya aku teringat akan teman2 zaman persekolahan dulu. Pantang outing ahupun balik kampung. Wisma Palaniappa pasti menjadi pusat kami untuk mempamerkan bakat masing2 dalam arena snooker. Aku, Li, Au, Syakhai, Afif, P.Roy, Muthanna, Wan, Hillman, Kimi, Kamil, Oney, Epit, Syed dan banyak lagi. boleh kata lebih separuh dari batch aku yang main snooker ni. Tapi diorang takde la sampai tahap hustler macam aku..hahahaha..
Tapi kadang2 ada yang memandang serong kepada golongan2 yang bermain snooker ni. Sebab apa? Rata2 hanya disebabkan oleh persekitaran tempat bermain tu. Gelap, dioenuhi asap rokok, pemain yang berpakaian ranggi dan macam2 lagi. Memang aku akui sememangnya boleh dikatakan semua pusat snooker bersuasana sedemikian. Tapi apa kata kalau kita bermain snooker kat dalam rumah sendiri? kat kompleks sukan desa tasik ke. Kompleks sukan bukit jalil ke.Pasti persepsi itu akan berubah. Kerana ianya hanya sekadar salah satu jenis sukan.
Aku juga akui akan adanya unsur perjudian dalam permainan snooker ni. Ada yang main lucky ball. Ada yang main fight table. Tapi itu bukan disebakan sukan snooker ini. Sama je macam permaina sukan lain. Kalau main congkak pun ada unsur judi dia tetap tak boleh jugak kan. Main guli pun sama.
Cukup la sekadar ini cerita tentang kehidupan lagha aku. haha. Ok la. oleh itu kepada sesiapa yang ingin mengecap kekalahan bermain snooker boleh la ajak aku bermain. tak pun aku hantar anak didik aku si Alex ngan Apiz je.haha.
Sedikit aksi kami...
Gaya amatur
Gaya merendah diri
Gaya beginner
sekian..
5 comments:
tak pernah maen snuker!
hehehe
Lelaki ini : jom2 main ngan aku..ade beran?haha
valentino
air jordan
retro jordans
yeezy boost
kobe shoes
off white shoes
coach outlet online
balenciaga shoes
cheap jordans
adidas yeezy
supreme clothing
golden goose sneakers
golden goose sale
goyard
bape hoodie
supreme
bape outlet
golden goose sneakers
off white x jordan 1
yeezy
supreme new york
curry 8
giannis antetokounmpo shoes
kd 12
supreme clothing
Post a Comment