Alhamdulillah hari ni berjaya memulakan sesuatu benda baru dan baik dengan rakan sekerja di G&P Geotechnics Bhd. Setelah merancang dalam beberapa hari yang lepas alhamdulillah “borak2 agama” yang lebih mirip kepada usrah yang ingin dilakukan akhirnya terlaksana dengan kehendak Allah SWT. Tapi dengan kejadian hari ini juga membuatkan aku terkesan dengan istilah “Allah jua yang maha merancang”
Dalam pengisian yang aku beri tadi aku ada menekankan tentang meyakini perancangan Allah adalah yang terbaik untuk kita. Apa yang Allah tetapkan untuk kita kita perlu yakin da percaya itulah sebaik2 perancangan yang SEMESTINYA yang terbaik untuk kita. Aku juga menyatakan yang aku cuba untuk mendidik diri dengan perkara ini.DAN....DAN...DAN.... Dan secara on d spotnya aku telah pun terdidik dengan apa yang berlaku pada malam ini.hoho
Sepatutnya pada masa aku menaip ini aku sedang menonton filem Merong Mahawangsa kat Alamanda bersama rakan2 seUKM. Tiket telah di booking beberapa hari lepas tapi hakikatnya perancangan ini dirancang SELEPAS aku merancang untuk melakuakan usrah kat office aku. Kisahnya begini.
Sepatutnya usrah kami tu bermula selepas maghrib tapi diatas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan maka start tadi pun dah lewat sekitar pukul 8.30 malam. Sebelum start tadi aku dah cakap dekat Apiz yang housemate aku merangkap rakan sekerja dan rakan sepenonton Merong Mahawangsa yang aku tak dapat hadir sebab katanya start pukul 9.30. Aku congak2 memang takkan sempat dan amat rushing nanti. Aku pun decide untuk tak pergi dan memilih untuk meneruskan usrah yang ternyata jauh terkehadapan dari segi aulawiyyatnya. Dalam pada itu aku pun aku hantar mesej ni kat sorang lagi kawan aku Shi yang merangkap AJK tiket kami.haha
Weh. Aku x jd pg kut.kalu sempt ak pg.apiz pg.duit ak da bg kt apiz
Rupa2nya wayangnya start pukul 9.50. So kalau ikutkan agak sempat lah sebab habis tadi dalam pukul 9.15 malam. Kami pun roger la housemate sorang lagi sebab nak ambil dia kat rumah. Kol2 tak angkat2. Kami sampai kat rumah pun tak angkat lagi. So aku naik la rumah dan rupanya dia sedang tidur. Dah lah lambat ni. Tidur la pulak. Sepatutnya agak angin la kan? Tapi bukankah dalam masa dia bersiap tu aku sempat solat isya’ dulu walaupun dah sedikit kelewatan? Lihat! Perancangan Allah lagi cantik bukan?
Turun je bawah dan masuk dalam kereta saga milik Apiz, Apiz cakap yang epul dah tahu aku tak datang. Aku pun terfikir kut diorang dah mencari pengganti. Apiz cuba untuk kononnya menenagkan aku dengan bercakap “takde lah”. Haha. Lantas aku pun cakap kat shi yang aku jadi pergi. Shi reply dan cakap sudah pun ada orang yang mengganti aku. Serentak dengan itu Apiz pin dapat mesej yang cakap dah ada pengganti aku. Kereta Apiz telahpun bergerak untuk menuju ke Alamanda. Perlu kecewa bukan? Tapi bukankah ada yang maha merancang? So aku pun cakap kat Apiz untuk stop dan aku turun dan cakap ‘takpe korang pergi je’. Nak kisah apa pun kan. Hanya perlu meyakini perancangan Allah tu lagi terbaik. Aku pun naik atas mandi dan terus online.
Begitulah peristiwa yang aku lalui tadi. Bukan menyatakan aku ni kuat sangat untuk menerima apa sahaja yang berlaku. Tapi aku kira setelah berusaha apa yang termampu tapi still tak belaku apa yang dirancang maka sudah cukup untuk meletakkan segalanya kepada ketentuan Allah. Aku yakin dan percaya bahawa korang ada story masing2 yang menunjukkan perancangan Allah itu lebih hebat dan yang terbaik untuk diri kita. Apalah sangat kemampuan kita untuk merancang segalanya supaya terjadi seperti apa yang kita harapkan.
“...........Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”
(Al Baqarah : 216)
Oleh itu aku meneyeru aku dan korang semua supaya terus menerus mendidik diri dan meyakini bahawa Allah jua yang maha merancang. Setiap apa yang berlaku dalam kehidupan kita pasti dan pasti mempunyai hikmah disebaliknya. Allah tidak menetapkan sesuatu untuk kita andai ianya tidak baik untuk kita. Boleh jadi kita tidak menyukainya tapi hakikatnya ianya adalah yang terbaik untuk kita. Kesimpulannya selamat mendidik diri dan ingat lah bahawa ALLAH JUA YANG MAHA MERANCANG!!
wallahualam...
2 comments:
terima kasih. sangat memberi inspirasi!
anon : sama2.aik apa yang ispirasi nya? mcm besa je :p ..btw thanks!!
Post a Comment