PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Monday, March 14, 2011

Juz 4 repair myself


Bismillahirrahmanirahim..

Pagi tadi aku mendapat mesej dari seorang kenalan yang bertnya tentang apa yang aku lakukan tak seperti apa yang tertulis di blog ini. Mungkin ada yang dibacanya selama ini tak bertepatan dengan apa yang aku katakan dalam blog ni. Ya aku sememangya akuinya. Bukan ini pertama kali berlaku. Tapi sebelum ini pun ada perkara lain yang berlaku dalam modus operandi yang sama.  Dapat sahaja  mesej tu aku pun terus teringat akan ayat ni.

Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?(2) Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan (3)
(Ash Shaff : 2-3)

Tepat sekali bukan dengan apa yang aku lalui? Seperti aku katakan bukan pertama kali aku teringat akan ayat ini. Bahkan setiap kali aku ada melakukan kesalahan lantas aku akan teringat ayat ini. Setiap kali aku melengahkan solat aku akan teringatkan ayat ini. Kerap kali aku terasa malas untuk pergi bersolat jemaah maka aku akan teringatkan ayat ini. Setiap kali aku terlalai dalam agenda jemaah juga aku akan teringat akan ayat ini. Agak2 apa yang aku lakukan bila sudah teringat akan ancaman keras akan kebencian Allah swt??

Yeah. Inilah namanya refleksi diri. Sentiasa ianya menjadi ayat untuk aku refleksi diri lantas bangkit untuk mengkoreksi diri. Aku akui aku bukanlah baik sangat yang sentiasa meningkat imannya. Tapi dengan penulisan di blog ini juga yang mampu untuk aku mendesak diri untuk melakukan apa yang aku tulis dalam blog ini lantaran teringat akan ayat di atas ni. Aku kira inilah sesuatu yang perlu dalam penghidupan kita di alam yang sentiasa berlakunya fluktuasi tidak menentu seperti mana berlaku pada iman kita.

Teringat aku dalam satu perbicangan ketika aku berusrah dahulu. Persoalan nak berdakwah tetapi diri sendiri pun tak cukup baik lagi. Aku timbulkan persoalan ketika kami berusrah disana dan di sini aku timbulkan semula.  Andai semua orang ingin tunggu jadi baik dan sempurna maka siapa pula yang ingin berdakwah? Hakikatnya tiada siapa yang sempurna. Jadi di sinilah timbulnya konsep islah nafsak  wad’u ghairak. Maksudnya “perbaiki diri dan serulah orang lain. Ini kira 2 in 1 punya cerita la ni. Dua2nya naik seiring. Dalam aku perbaiki diri, aku menyeru orang lain. Dalam aku menyeru orang lain aku perbaiki diri. Tapi harus di ingat keduanya perlu seiring sejalan. Jangan poyo duk seru je. Tapi diri?? Tidak mahu ditegur mahupun dibaiki. EGO!!

Jadi kepada yang merasakan diri dipenuhi noda dan dosa. Jadikan method ini sebagai satu method yang baik untuk memperbaiki diri. Kita sesekali tidak mungkin mencapai kesempurnaan tapi kita tetap mampu memperbaiki diri untuk menuju kesempurnaan yang tidak mungkin akan kita kecapi itu. Doakan juga aku terus menerus kuat untuk memperbaiki diri.

 Hatta rosak sebegini teruk pun kita PERLU memperbaikinya.

Wallahualam..




2 comments:

tomatoo said...

terasa & sungguh insaf..

Zulgeologist said...

sama la kita.sape la kita untuk d katakan sempurna..hmm

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang