PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Thursday, March 3, 2011

Weekend with my ex bujang housmate

Baru2 ni aku berkesempatan untuk menjadi tetamu yang bertamu di rumah rakan2 rumah bujang lama aku. Rumah mereka terletak di Apartmen Bangi Idaman 2 yang terletak di Seksyen 5 Bandar Baru Bangi. Dalam 2 hari 1 malam aku melepak di sana tu aku ada tertarik dengan beberapa perkara yang berkait dengan status aku selaku TETAMU.


Yang buat aku rasa agak diTETAMUkan adalah layanan dari insan yang bernama Aslann as di FB beliau. Orang yang aku pun baru je kenal sejak masuk di rumah bujang lama kami. Bertindak sebagai ketua rumah yang duk collect duit setiap bulan je kerjanya. Eh banyak pulak aku cerita tentang dia.

Ok now we go to the main story. Pada sabtu malam ahad tu aku keluar pergi jumpa member kat KIZ. Balik rumah je aku tengok rumah dah semakin meriah dengan longgokan2 geologist yang melepak2 di hadapan laptop masing2. Aku masuk la bilik si Lan ni sekali tengok si lan tengah update blog. Apiz tengah menyembang dengan Yazid sambil menonton cerita Hantu Kak Limah balik rumah. Alex duk depan laptop jugak melayan cerita yang sama.apa da..baik tengok sama2 kan?haha. Aku yang belum tengok cerita ‘SERAM’ tu pun mintak diorang ulang balik dari awal. Disebabkan oleh aku disayangi oleh rakan2ku maka diorang pun memenuhi permintaan aku.haha. kami pun melayan cerita tu sampai la habis. Sesudah habis tengok cerita tu aku keluar bilik dan ternyata rata2 rakan2 aku yang lain dah pun tidur. Alamak ini yang part yang mencabar ni. Nak tidur tapi port2 best orang lain dah sapu. Aku pun landing je la kat tengah2 ruang tamu tu. Elok je nak lela[ mata..This is the main point.. Tiba2 si Lan ni boleh pulak datang dengan membawa bantal siap pakej dengan selimut lagi. Mak ai memang terasa dilayan seperti tetamu. Macam ni lah yang kita mau..huhu

Atas ni peristiwa pertama. Seterusnya esoknya pulak aku pergi main badminton bersama kawan2 KIZ. Sebelum pergi tu aku terdengar desas desus diorang nak masak spaggheti. Pergh selera nak tinggi kan. Tapi aku macam tak sempat nak makan buat petang tu. Dalam sembang2 sebelum keluar tu sempat juga si Lan ni cakap balik la rumah dulu. Boleh makan spaggheti. Rupa2nya memang diorang masak malam tu. Dalam lepas maghrib. Aku tolong ke? Mesti lah tak. Standard tetamu la katakan.haha.(padahal memang pemalas pun). Tapi aku sebenarnya ada hal malam tu. Dah siap2 nak gerak dah pun. Tengok2 diorang dah mula hidang. So ini lah pula part aku sebagai tetamu. Tuan rumah dah jamu so kita kena hormati. Tapi hakikatnya aku memang menantikan saat bahagia tu pun.haha. Ok inilah peristiwa kedua.

Mungkin peristiwa ini terlalu simple n tak membawa erti bagi korang mahupun diorang yang kat rumah tu. Tapi aku tetap sangat2 menghargainya. Ini lah dinamakan memuliakan tetamu. Amal ini sangat sinonim kalau kita tengok orang2 yang tinggal dikampung. Pantang sekali ada tetamu yang bertandang. Pasti akan dikeluar segala yang ada di dapur untuk santapan tetamu. Contoh terdekat mak aku. Mak aku memang orang yang paling suka melayan tetamu. Ada je benda yang nak dikeluarkan kalau tetamu datang. Kadang2 tu sanggup suruh aku keluar pergi beli something untuk dimasak bagi kat tetamu. Bukan mak aku je la. Boleh kata seluruh orang kampung kut. Tapi mak aku ni antara yang champion la. Tengok lah mak sapa kan?? Mana datangnya kuah kat nasi kalau tak ditumpahkan.haha. Cukup2 lah puji mak sendiri kan.hehe. Ok sekarang tmbul persoalan adakah memuliakan tetamu ini hanya adat orang melayu ataupun ianya adalah ajaran islam??

Berusaha untuk tetamu..Like son like mother

Pertamanya kita lihat dulu siapa yang menjadi tetamu itu?Bukankah mereka itu semua saudara kita? Jadi wajarlah kita memuliakan dorang dalam usaha untuk menonjolkan rasa kasih dan sayang kita kepada diorang bertepatan dengan maksud hadith nabi ni.

"Tidak sempurna iman seseorang itu, sehingga dia mengasihi saudaranya, sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri."
 (Hadis riwayat Muslim)

Seterusnya ada kah kisah2 nabi dulu yang menunjukkan tentang peri pentingnya memuliakan tetamu ini? Mai sini mamu nak habaq pi kat hangpa..ce hangpa duk peqati ayat2 al quran di bawah ni. Aku tampilkan dua kisah yang jelas2 tertulis di dalam al quran tentang contoh memuliakan tetamu oleh nabi2 kita.

"Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal tetamu Ibrahim yang dimuliakan? Tatkala mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: Salam sejahtera kepadamu", Ibrahim menjawab: Salam sejahtera kepada kamu (sambil berkata dalam hati): mereka ini orang yang tidak dikenali. Kemudian ia masuk mendapatkan ahli rumahnya serta dibawanya keluar seekor anak lembu gemuk (yang dipanggang). Lalu dihidangkannya kepada mereka sambil berkata: Silakanlah makan."
(Surah adz-Dzaariyaat, ayat 24-27)

Lihatlah akhlak nabi Ibrahim..pertama dimulakan dengan salam walaupun tidak dikenali. Seterusnya dipanggang seeokor anak lembu gemuk untuk tetamu yang TIDAK DIKENALI. Wah. Hebat sungguh tahap memuliakan tetamunya. Tapi kita?? Bagi keladak biskut je pun jadi lah.haha.

Kisah kedua pula kisah Nabi Luth.

"Dan kaumnya pun datang meluru kepadanya (dengan tujuan mengganggu tetamunya), sedang mereka sebelum itu sudah biasa melakukan kejahatan. Lut berkata: Wahai kaumku, di sini ada puteriku, mereka lebih suci bagi kamu (maka kahwinlah dengan mereka). Oleh itu, takutlah kamu kepada Allah dan jangan kamu memberi malu kepadaku di depan tetamuku. Tidakkah ada antara kamu seorang lelaki yang bijak berakal (yang dapat memberi nasihat)?"
(Surah Hud, ayat 78)

Huish. Lihat begitu menjaga keselamatan tetamu yang bertandang di rumahnya. Inilah yang dikatakan mengasihi saudara lebih dari kita mengasihi diri kita sendiri macam hadith kat atas tadi.

Apa pula kata nabi kita Muhammad saw tentang kepentingan memuliakan tetamu ini?

"Barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, hendaklah dia menghormati tetamunya. Barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia menyambung silaturahim."
(Hadis riwayat Bukhari).

Tapi kalau tetamu tu duk melepak kat rumah kita lama2 macam mana pula? Naik fed up dibuatnya kan? Bak kata orang. Menghabiskan boreh jo. Takpa2 islam memahami perasaan umatnya maka islam telah menetapkan tempoh masa untuk di gelarkan sebagai tetamu.

"Bertamu itu tiga hari; dan selebihnya siang mahupun malam. Tidak halal bagi seorang Muslim menetap di rumah saudaranya sehingga saudaranya itu berdosa kerananya. Sahabat bertanya: Bagaimana caranya dia berdosa? Jawab Baginda: Orang itu menetap di rumah saudaranya, padahal saudaranya itu tidak mempunyai apa-apa lagi yang akan dihidangkan kepada tetamunya itu."
 (Hadis riwayat Bukhari)

Aku kira sudah cukup jelas disini bahawa islam amat2 menyarankan agar umatnya bertindak memuliakan tetamu. Tidak kira apa cara sekalipun lakukan yang terbaik untuk insan yang bergelar tetamu kerana disitu insyaallah ada ganjaran yang menanti. So ada sesiapa yang ingin menjemput aku menjadi tetamunya?? Just PM ni ok?haha.

Wallahualam..




2 comments:

Ally Leman said...

aslann as mmg bdk baik

Zulgeologist said...

suhaili : tp sy lagi baik kut..hahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang