Tu yang aku dapat gambarkan tentang reaksi aku ketika mendapati cermin keretaku dipecah dan mengesan kehilangan kamera milik ofis. Melihat kepada cermin kereta yang berkecai membuatkan aku buntu sebentar. Apa tindakan aku selepas ini. Kalau ikutkan perancangan aku ingin menumpang menginap di rumah kawan aku Ammar kat Taman Daya J.B selama beberapa hari aku beroutstation di J.B ni. Tapi perancangan tinggal perancangan kerana ada yang lebih Maha Merancang.
Aku memandu kereta terus ke Pekan Permas Jaya untuk mencari kedai untuk membaiki cermin kerea myvi aku tu. Banyak benda yang aku fikirkan dalam perjalanan itu. Antaranya tentang duit. ianya tentang rezeki. Terngiang2 kata2 Ustaz Zul di Baitul Qura' hampir setahun yang lepas. "Rezeki telah disukat" Andai kata Allah telah menetapkan rezeki MILIK aku sementara pada bulan ini adalah RM1000 maka ianya tetap akan jadi RM1000 walaupun gaji lebih dari itu. Segalanya tentang "Rezeki itu telah di sukat"
Perkara kedua yang berlegar difikiran ialah tentang Allah sedang berbicara dengan hambanya. Pasti ada satu perkara yang menjadi pemangkin Allah mengaturkan sebegini. Ianya tetap menjadi perancangan terbaik dari Allah yang Maha merancang. Mungkin aku tidak suka akan perkara ini tapi terlebih mungkin bahwa perkara yang aku tidak suka inilah yang terbaik untuk diri aku. Siapa tahu andai aku menginap di rumah Ammar pada malam ni rupanya kereta aku akan di curi bukan hanya sekadar kamera dan beg pakaian semata2? Mungkin juga ianya bersangkutan dengan dosa2 yang telah aku lakukan sebelum ini. Segalanya kuserahkan kepada tentuan Allah swt.
Aku nak sambung cerita tadi sebenarnya. Tapi seperti tak bermanfaat lak.haha. Takpe lah. Aku ringkaskan cerita. Aku pergi kedai kereta apek tu cakap esok baru boleh ambil (time ni baru aku sedar beg pakaian pun xde.down sekejap). So aku terpaksa tinggal di hotel lagi malam ni selepas membuat report polis tadi. Sekarang aku di hotel dan sedang menaip entry di blog sesudah aku meletakkan status di FB dan mendapat reaksi dari teman2ku di status itu, di FB chatting, di Inbox FB mahupun di YM. Terima kasih kepada semua yang memberi nasihat dan kata2 semangat kepada ku.
Kawan A : Allah sedang bicara denganmu ttg kesabaran..
Kawan B : ade hikmah kot
“Wahai orang-orang yang beriman mintalah pertolongan melalui Sabar dan Shalat, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar. Dan benar-benar akan Kami uji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, dan kekurangan buah-buahan, dan berilah kabar gembira bagi orang-orang yang sabar, (yaitu) yang apabila mereka tertimpa musibah mereka mengatakan “Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami kembali” (Q.S. Al-Baqarah: 155-156)
Kawan C : salam. takziah la zul. moga Allah gantikan dgn sesuatu yg lebih baek. :-)
Perancangan Dia Maha Hebat kan, tp jgn risaw, sbb Dia xbiarkn hmbaNya sndirian.
Kawan D : takpa zul..doakan ja orang yg pecahkan cermin kreta tu dibukakan hati...:)
Kawan E : mengadu la kat Allah
Kawan F : takziah moga2 ada hikmah
Kawan G : .semua ada hikmah...Allah tau apa yang Dia aturkan...
Kawan H : syukur
Ni antara yang memberikan kata semangat. Ada juga yang bertanya keadaan aku dan barang2 yang hilang. Seronok ada kawan2 yang caring ni.hehe. Tq2!!
Ok. setakat itu kisah Ujian yang Allah bagi kat Hambanya ini. Yakinlah wahai diri..
Allah sedang berbicara dengan mu!!!!
wallahualam..
5 comments:
Tahniah.
Tahniah atas kesabaran itu. Benarlah, Allah menguji pada hambaNya yang mampu hadapinya.
inah : semoga a.zul kuat.walaupun macam berisiko kena ganti kamera ofis yg berharga rm499 tu.adeh..xpe la.Rezeki telah di sukat :-)
ambil pengajaran lepas ni. jangan display barang berharga dalam kereta. even seringgit pon orang sanggup pecahkan kereta untuk ambil seringgit tu.
inah : tu la.td sebenarnya kamera tu dalam poket. Tapi sbb nk solat so a.zul kuarkan la.benda nak jadi.but must learn from mistake.seb bek die x pasan beg laptop kat kaki seat depan.syukur..
sabarlah setiap yang berlaku 2 ada sebabnya dan ada hikmahnya yg x terlihat oleh mata kasar kita.
Post a Comment