Nasib seorang musafir. Tempat bersolat mengikut keadaan kat mana aku dengar azan tu. Hari ini aku dengar azan berdekatan dengan Stesen Bas Masai. Kat area Pasir Gudang. Aku pun tanya brother kat kedai ayam penyek tu dari mana datangnya azan tu. Rupanya sememangnya azan itu datangnya dari surau Stesen bas ni. sedikit pelik bagi aku. Azan dia mengalahkan kuatnya azan masjid kampung aku. Jemaah pun ramai macam surau kampung je.
Ok. Cukup intronya. Terus melompat cerita ke hal selepas aku bersolat ba'adiah maghrib tu aku pun mencapai surah yassin dan lantas membacanya. Tengah aku baca ada pakcik menegur aku supaya memperlahankan suara aku. Alamak2.bersalahnya. Tak beradab. Lepas dia tegur tu dia terus duduk rapat dengan aku dan terus2 menerus mendengar bacaan aku. Masa ni aku semestinya teringat kat Opah aku yang dahulunya merupakan Insan yang bertanggungjawab mengajar aku Al Quran dan seringkali mendengar dan memperbetulkan bacaan aku. Lepas selesai baca yassin dia mintak aku bacakan doa yassin lak. Selepas tu aku bersembang sikit dengan dia. Nanti aku ceritakan perihal pakcik tu. Sembang yang ni kejap je. Sebab kami bersembang panjang selepas dia minta aku bacakan Surah Al Waqiah pulak. Aku pun layankan je. bagus juga dari aku duk melengung je menanti isya'.
Ok. Habis cerita yang aku tak pernah alami sebelum ni. Sekarang mari aku perkenalkan siapa pakcik tu. Berasal dari Bangladesh dan berumur sudah lebih 50 tahun. namanya pula aku tak berapa pasti. Antara dengar tak dengar tadi. Shahjatulislam kut. Lebih kurang tu la. Rupanya mata pakcik ni dah tak berapa elok. Baru 3 bulan nikmat ini di tarik. Dia kata sangat sedih. kalau dulu dia mampu untuk membaca Surah2 harian seperti Yassin, Kahfi, Waqiah dll sebelum tidur. tapi sekarang amat sukar katanya. Memang kabur sangat. hampir buta. Aku cuba bangkitkan tentang beli MP3 untuk mendengar. Kesian sangat aku mendegar rupanya MP3nya baru sahaja di ragut orang. Damn!! kesihan betul kurasakan. Tapi dia pun cakap tuhan nak test dia. Terbaik!!
Mari lihat background dia pula. Pertama kali aku dengar dia dari bangla aku membayangkan dia punya kehidupan sama macam Bangla yang kerja kat site aku. Aku tanya dia datang sini buat apa? Kerja katanya. Baru 3 tahun lebih. Aku tanya kerja apa. Jawapannya "Jaga satu bahagian". Bila sembang dengan dia aku merasakan dia ni adalah orang yang agak educated. Memandangkan dia cakap 4 orang anak dia belajar universiti aku pun tanya la tahap pendidikan dia. Rupanya dia merupakan lulusan Master!!!! waaaaaa... sungguh ku tak sangka. Dari segi penampilan dia pun memang boleh membuatkan aku percaya dia adalah Jaga aka Pak Guard. Rupanya Bukan jaga itu yang dimaksudkan. Tapi Dia jaga satu bahagian bermaksud dia adalah "HEAD OF DEPARTMENT". Bos dia yang tak bagi dia balik Bangladesh lagi. tunggu lepas operate mata katanya.
Aku teruskan lagi borak kami. Rumah kat mana dan tinggal dengan siapa. Dia cakap kat sana dan tinggal dengan kawan sekerja. Dia tidak selesa kat rumah katanya. Ada pasang TV dan radio kuat2. Dia lebih selesa duduk di surau tu sambil buat apa yang patut. tapi dia sedih sebab tak mampu membaca Al Quran dah. Hanya mampu berzikir dan lakukan apa yang dia buat kat aku tadi. Mendengar bacaan orang lain.
Tu la sedikit cerita aku tadi. Apa yang aku dapat moral dari kisah pakcik tu. Yang paling penting adalah gunakan nikmat yang ada ni sebaiknya. Ada mata sekarang ni, Gunakan untuk melihat kalamullah selagi kita mampu ni. Nanti dah tak jelas nak membaca pun susah. Telinga, tangan, kaki, otak dll. gunakan sebaiknya sebelum ditarik nikmat itu. Mana tahu selepas aku menaip entry ni tangan aku lumpuh? nauzubillah. Seterusnya hari ni juga aku mendengar tentang kesusahan kehidupan di bangladesh. Petang tadi aku sembang dengan orang Nepal. macam tu juga kisahnya. seharusnya kita bersyukur dengan apa yang ada dengan kita sekarang ni. manfaatkan segala ruang dan peluang kesenangan yang ada untuk mengejar mardhatillah..
Eh, cadang nak tulis pendek je. Terpanjang pula. takpe la. Semoga mendapat ibrah bersama.
wallahualam..
Aku adalah kamu, Kamu adalah aku, Yang perlu mencontohi Baginda dan yang pasti akan kembali menemuiNYA...
PENGUMUMAN!!!
1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe
2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..
3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.
2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..
3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.
Blog aku ni ossem ke tak ossem??
My top 10 entry
- Taubat?? Enjoy dulu...
- Ibrah dari labour room
- Airmata untuk Geologist
- KISAH 3 TETAMU RUMAH AKU. (AWAS!. kisah menyayat hati)
- Study sampai muntah??
- Oh Yeah!! Hulu Selangor
- NOTA UNTUK YANG BERGELAR STUDENT
- BACA KISAH INI. KEMUDIAN KAMU AKAN MENGERTI BETAPA MAHA ADILNYA ALLAH SWT.
- Isteri Curang
- Ada apa dengan geology?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment