PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Thursday, May 26, 2011

Berguru dengan Tangki Jamban


“Jangan lupa tarik flush” Pesanan yang biasa kita dengar mahupun terbaca di tandas2 awam. Amat selalu kita akan terjumpa dengan flush di jamban ataupun tangki jamban ni. Apa yang kita boleh belajar dari tangki jamban ni? Kali ini siri memBEDAL diteruskan lagi dengan menjadi tangki jamban sebagai objek guru kita. Atau lebih general lagi kita belajar dengan tangki air. Sistem yang terdapat pada tangki air tersebut.

Sistem tangki

Ok kita lihat apa akan terjadi dengan tangki jamban yang sudah penuh? Air yang ingin mengalir masuk akan tersekat bukan? Ianya diakibatkan pergerakan air yang nak masuk itu dihalang oleh sistem pelampung  yang dipasang pada tangki tersebut. Kalau ianya rosak apa kan terjadi? Air akan melimpah dengan mengakibatkan kawasan dibawahnya akan bonyeh bak kata orang perak. Hehe

Apa yang kita boleh belajar dari fenomena ini? Ianya berkisar tentang resmi si penuntut ilmu. Kita ambil contoh. Kita menerima flyers yang mengatakan akan diadakan ceramah di tempat kita yang bertajuk “Jenis-jenis air mutlak dan pembahagiannya”. “Ah. Tajuk yang bosan. Aku dah tahu semenjak darjah 1 lagi”. Ye. Itulah persepsi kita. Andaikata kita dipaksa oleh ayah kita untuk pegi ke majlis itu dan terpaksa mendengar ceramah tersebut. Di minda kita telah pun diprogramkan bahawa aku sudah tahu tentang perkara ini. Dengar buat syarat je la. Dengan secara tidak langsung kita telah memenuhkan air di tangki minda kita. Oleh itu adakah air yang ingin di sampaikan oleh penceramah tersebut akan berjaya masuk ke minda korang? Nasibnya akan terjadi seperti air di tangki jamban seperti di perenggan atas.

Sebenarnya fenomena ini sangat biasa berlaku  hatta kepada diri aku sendiri. Kita merasakan kita sudah tahu tentang perkara yang ingin disampaikan walhal pasti akan ada input baru yang akan kita terima andai kita mendengar dalam keadaan tangki diminda kita ni kosong. Baru2 ni aku mendengar ceramah di surau kat area Taman Scientex Pasir Gudang. Tajuk hari tu adalah perkara2 makruh dalam solat. Nampak macam simple tapi hakikatnya bila diterangkan masih terlalu banyak ilmu yang dapat dikutip. Sebagai contoh. Pada hari itu baru aku tahu bahawa kalau kita memakai baju berlengan panjang andai kita menyinsingkan lengannya maka makruh hukumnya. Selain itu mungkin juga bukan ilmu tentang makruhnya solat yang didapati. Tetapi dalam selingan pun ada input seperti kisah Imam Ahmad dan Dahri yang aku pun baru tahu.

Begitu juga saranan yang sama dalam korang membaca artikel di blog aku mahpun di blog yang lain. Kalau korang membaca dalam keadaan tangki yang penuh aku pasti korang takkan dapat apa2. Bukan nak memaksudkan bahawa artikel2 dalam blog aku ni banyak sangat ilmu. Tapi apa yang baik tu boleh la korang kutip2. Yang bab2 lagha tu lupakan pun takpe.hehe.

Oleh itu lepas ini sebelum kita mendengar mahupun membaca mari kita sama2 mengosongkan tangki di otak kita ni terlebih dahulu. Jangan sesekali merasakan kita sudah tahu tentang bab itu. Kalau kita dah mendengar banyak kali pun tapi gaya penyampaian dan huraian seseorang itu pasti akan ada kelainan walaupun sedikit. Sesungguhnya ilmu yang ada kat kita ni tersangat la kecilnya. Terlalu banyak yang kita tak tahu yang perlu diberitahu oleh orang yang tahu. So kita yang nak tahu ni ambil tahu la dengan apa yang orang nak bagitahu tu. Kalau dah tahu pun buat2 tak tahu je la. Tahu?

Sekadar itu pemBEDALan aku kali ini. Semoga apa yang tangki jamban tu tunjukkan kepada kita dapat kita cedok sedikit manfaat darinya. Sebelum kelas bersurai. Mari sama2 kita ucapkan dengan intonasi budak sekolah rendah. Sebelum tu. Anggap aku ketua kelas korang. Banguuunnnnnnn.... Terima kaasih Cikgu Tangki...

Wallahualam.


5 comments:

Anonymous said...

tapi kalau kite dengar dengan keadaan 'kosong', ada kemungkinan kita akan dengar dan terima bulat2 tanpa pertimbangan dari ilmu yg sedia ada..at least datang la dgn isi sikit..plg2 pon, boleh betulkan kalau ada yg silap..kita dengar dari manusia yg serba kekurangan kan..tak gitu Cikgu Tangki..?

*peace*

Zulgeologist said...

betoi gak tu.dari sudut pencambahan fikiran.:-)

yanmaneee said...

yeezy shoes
nike air max 97
adidas superstar
off white nike
adidas ultra
fila
off white nike
vapormax
supreme hoodie
supreme new york

Anonymous said...

replica bags australia replica bags from china free shipping replica bags online shopping india

Anonymous said...

supreme clothing
supreme
yeezy
golden goose sneakers
kd 13
irving shoes
supreme official
bape hoodie
jordan shoes
off white

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang