PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Tuesday, May 10, 2011

SMKAK : Hangpa wajib baca ini



Mereka kata...

Kita ni pelajar  Sekolah Agama

Kita ni mejaga solat



Kita ni boleh menjadi imam

Kita ni tak kan mengumpat


Kita ni calon suami yang soleh

Kita ni calon isteri yang solehah

Kita ni mathurat dijadikan amalan harian

Kita ni mengamalkan sunnah


Kita ni menutup aurat


Kita ni qiamullail dijadikan makanan mingguan


 Kita ni kuat bersedekah



 Kita ni menjaga batasan pergaulan

Kita ni banyak menghafaz Al Quran

Kita ni sedap mata memandang


Kita ni membaca Al Quran dijadikan kelaziman

 Kita ni penuh ilmu agama di dada


Tapi Kita...

Semakin malu mengaku hakikat itu

Solat subuh tadi pun dah terlajak.Zohor nanti?

Menjadi makmum pun belum tentu boleh lagi

Pantang ada geng. Pasti bergosip

Layak ke gelaran soleh tu untuk kita?

Layak ke gelaran solehah tu untuk kita?

Mathurat tu pun kita dah tak ingat apa dia


Pekara yang wajib pun diabaikan

Mempersembahkan aurat menjadi kebanggan

Last buat pun time berimamkan Ustaz Ramli dulu

Merasakan rugi megeluarkan harta kerana ALLAH

Bertepuk tampar dengan ajnabi menjadi kebiasaan

As Sajdah masa exam PQS
dulu pun entah ke mana

Muka pun dah hilang nur dek kerana jarang berwudu’

Agak2 berapa kali seminggu kita baca?ke setahun skali sahaja?

Sekarang kita bukan belajar agama dah. Tak perlu belajar agama


Di atas ni sedikit fenomena biasa dalam kalangan produk pelajar sekola agama. Sebaik sahaja melangkah keluar dari Sekolah yang dikatakan Agama yang dikurung  SMK(A) Kerian maka sejajar dengan itu segala tarbiyah dan didikan dari Ustaz dan Ustazah kita abaikan. Kita tergolong dalam bekas pelajar yang ada sedikit fikrah agama. Tapi ada kalangan kita yang mencemarkan agama. Tak malukah kita melihat bekas pelajar sains, bekas pelajar sekolah harian biasa malahan bekas pelajar King Edward dan Methodist pun lebih menghayati agama dari kta yang bertitle “Budak sekolah agama”. Oh terlupa pula, kita hanya bekas sekolah agama. Tak perlu lagi menonjolkan ciri-ciri murni Islam dalam diri. Tapi ingatlah teman sekalian. sememangnya kita adalah bekas sekolah agama. Tapi kita bukan bekas beragama Islam. Kita masih beragama islam. 

Tidak berdesing kah telinga kita mendengar “Ala..budak sekolah agama pun buat begitu dan begini” atau lebih menyakitkan apabila non muslim bercakap “I tengok budak sekolah agama pun macam tu. Patut la Islam ni teruk..”Nah.. tahniah untuk kita semua yang berjaya menimbulkan fitnah besar kepada agama yang kita cintai ini. Islam yang tersebar dengan lelah dan keringat umat terdahulu kita cemarkan dengan akhlak “budak sekolah agama” kita tu. 

Ingin atau tidak kita sememangnya memegang title tersebut. Bukan kita sahaja. Ramai lagi kawan2 kita dari aliran yang sama BERUNTUNG dengan adanya title tersebut. Kita telah dijinakkan satu ketika dahulu dengan tarbiyah SMKA. Kenapa tidak sekarang kita kembali kepada kita yang dahulu? Jadikan title “budak sekolah agama” itu sebagai wasilah untuk kita memperbaiki diri kita yang dipenuhi dengan lumpur noda ini. 

Artikel ini bukanlah dihadirkan atas dasar ingin mengumpat ataupun mengata. Tetapi cuma ingin memperkatakan apa yang harus dikata. Bukan juga niat untuk menyatakan SEMUA produk SMKA itu tidak bagus. Hakikatnya sememangnya ada yang hebat di medan dakwah dan tarbiyah. Sekadar peringatan untuk diri ini dan rakan2 lain yang sudi untuk diperingatkan.

Bukan mengatakan untuk kita menjadi alim seperti ulama’ hebat, Bukan ingin mengatakan kita  taat seperti malaikat. Tapi cukup lah menjadi umat sebenar-benar  umat. Ingat kata2 ini “Andai tak mampu buat semua jangan tinggal semua” dan jangan sampai “MEREKA KATA kita adalah harapan agama TAPI KITA sebenarnya adalah sampah agama”

 "Istiqamah Cemerlang Sekolah Gemilang" 
Istiqamahlah dalam tarbiyah diberi nescaya kegemilangan menanti




Salam ukhwah untuk kalian semua. Inniuhibbukumfillah..wallahualam..

9 comments:

Anonymous said...

nice on admin

Unknown said...

thanx...penghayatan yang mantap...

Zulgeologist said...

anon : tq!!

P.harapan : welcome.sesame muhasabah :-)

Anonymous said...

owh..teringat kenanganku2 di sekolah lama.huhu
jazakallah atas peringatan.semoga kita mrendapat taufiq dan hidayah dari Allah S.W.T utk berubah terutama di bulan yg mulia ini.Wallahua`lam...

Zulgeologist said...

Insyaallah..Mpga kita istiqamah :-)

amgyver said...

tepat! lain orang pandang, lain pulak hakikatnya.. itu untuk segelintir je la...

Zulgeologist said...

Tepat!! just muhasabbah...

yanmaneee said...

nike air max 97
adidas superstar
off white nike
adidas ultra
fila
off white nike
vapormax
supreme hoodie
supreme new york
cheap jordans

neyteigh said...

blog bags replica ysl look at this website high end replica bags helpful site Celine Dolabuy

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang