Tika ku sedih dikau disisi,
Agar anakmu tegar berdiri,
Hospital Desa Changkat Melintang menjadi saksi,
Bersabung nyawa untukku di tanggal 21 Februari.
Setiap Pagi rambutku disisir tepi,
Tampak skema namun tetap digilai,
Siapa yang menyisir usah dipersoalkan lagi,
Kompom la Bonda ku yang kusayangi.
Ikan Keli masak pedas menu setiap hari,
Kalau balik kampung mesti tu yang aku cari,
Walau mak sendiri tak makan ikan keli,
Demi anak-anak diri mak terus di gagahi.
Dah 23 tahun usia diri ini,
Tak tahu le ape yang anak mak ni dah bagi,
kasih sayang? memang tak dapat nak tandingi,
Setakat degree je lah yang terbaik setakat ni.
Ops dah cukup dah aku ngarut2 kat atas ni. Bersempena dengan hari ibu esok. Aku dengan ini mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada Ibu2 yang berada di seluruh dunia tak termasuk Ibu Ayam dan Ibu mee..haha. Terutama kepada bondaku Pn Habesah Bt Chu Mat Ali yang berada nun jauh di kampung Paloh Layang-Layang Kiri Parit Perak. Walaupun aku tahu mak aku memang takkan baca punya. Aku post je kat sini.hehe. Walaupun baru tak sampai seminggu aku di peluk cium oleh mak aku tapi hakikatnya aku kangen baangat sama ibu aku.hehe. Ni la akibatnya banyak baca artikel tentang Hari Ibu.
Okeh. Setakat itu je. karutan aku kali ini. Kepada adik beradikku yang lain. Jangan jeles tengok gambar ni.hehe..
2 comments:
*senyum*
jum jd anak soleh jum!
jom.yuk.
Post a Comment