PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Sunday, May 22, 2011

Malaysiaku 2057


Sekian wabillahitaufiqwalhidayah wassalamualaikum warahmatullah hi wa barakatuh..
Bersama menuju baldatun thoiyibatun wa rabbun ghafur..

Rata-rata seluruh rakyat begitu teruja mendengar ucapan Perdana Menteri yang ke 11 sebentar tadi. Ucapannya yang penuh dengan semangat patriotik yang tidak sunyi dari selitan Ayat Al Quran dan hadith yang menyeru rakyat untuk menjaga negara selari dengan tuntutan seorang individu muslim. Seluruh rakyat Malaysia yang menonton siaran langsung sambutan Jubli Emas kemerdekaan negara. Sedar tak sedar sudah 100 tahun negara Malaysia mencapai kemerdekaan.

Abdullah Lim. Nama yang kini meniti di bibir pemimpin-peminpin dunia. Seorang cina muslim yang mula memeluk islam seawal usia 16 tahun. Siapa sangka seorang cina mampu memegang tampuk pemerintahan negara kini. Lulusan universiti Al Azhar ini begitu pantas mengambil tempat di hati bangsa melayu cina mahupun india. Kepetahannya berpidato dan kefaqihannya dalam bidang agama sentiasa menjadi idola anak muda kini. Dengan mendapat sentuhan tarbiyah dari Ikhwan Muslimin yang semakin rancak membasahi bumi Mesir selepas tumbangnya rejim Hosni Mubarak merupakan titik mula beliau dalam Jemaah Islam. Penceburannya di gelanggang politik bersama Parti Islam Semalaysia terus melaju hingga kini menjadi orang nombor satu negara.

Kini Islam bukan sahaja menjadi agama rasmi yang tertulis di atas helaian kertas Perlembagaan Malaysia. Islam kini telah menjalar di setiap urat saraf masyarakat. Dari sudut pendidikan, Agama Islam menjadi matapelajaran wajib lulus sedari sekolah rendah hingga ke pringkat universiti. Istilah Islamaphobia sudah sekian lama terkubur di Malaysia apabila rakyat yang beragama lain begitu memahami islam. Hinggakan adapihak yang melabelkan mereka sebagai Aus dan Khazraj moden. Semuanya dek kerana Sistem pendidikan negara kini memang benar-benar bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Negara. Aktiviti kokurikulum juga tidak kurang hebatnya. Di samping sukan dan persatuan. Kerajaan telah mewajibkan setiap sekolah untuk membuat Muslim Circle ataupun usrah dalam kegiatannya. Silibusnya pula akan di sediakan oleh JAKIM yang panelnya terdiri daripada presiden-presiden NGO seperti JIM, ISMA, HALUAN dll.

Peratusan jenayah yang menurun secara mendadak beberapa tahun kebelakangan ini membuatkan CNN menemubual  YAB Dato Seri Abdullah Lim tentang bagaimana beliau mampu melakukannya sedangkan di barat kegiatan jenayah di barat semakin meruncing. Hudud. Sepatah perkataan yang keluar dari mulut beliau. Ya. Semenjak hudud dilaksanakan di Malaysia kejadian jenayah semkain berkurang dengan mendadak. Kini rakyat malaysia tidak takut lagi untuk meninggalkan kedai jualan ketika panggilan solat jumaat berkumandang selari dengan arahan Allah dalam surah Al Jumuah.

Tidak mustahil andai satu masa nanti tiada langsung kejadian curi berlaku.Semuanya kerana kefahaman rakyat tentang Hukum Hudud kepada si pencuri. Semuanya berlaku setelah fungsi Mahkamah Syariah begitu berkesan untuk pertuduhan kepada pesalah muslim. Namun jelas beliau lagi kepada CNN bahawa Hudud hanya satu bentuk hukuman tetapi jauh dari itu belasan tahun sebelum ini kerajaan telah menerapkan budaya tarbiyah sejak dari tadika lagi. Kefahaman ini juga yang telah di terapkan di dalam silibus usrah yang disediakan oleh JAKIM. Budaya mencegah semakin rancak dilaksanakan oleh kerajaan kini ternyata berjaya mengatasi keberjayaan budaya mengubati seperti Sekolah Ibu hamil yang pernah dilaksanakan dahulu.

Majlis ilmu pula terus mencendawani bumi Malaysia yang terus menerus di timpa hujan pentarbiyahan. Setiap surau  di bandar mahupun di ceruk kampung meriah setiap kali selepas solat maghrib dan subuh.  Penceramah bukan sahaja terdiri dari kalangan lulusan agamawan malah kini Jurutera, Doktor, Peguam mahupun Penjual sayur sekalipun mampu memberi ceramah selari dengan kehendak kerajaan yang ingin megulama’kan golongan intelektual dan mengintelektualkan golongan ulama’. Terkadang ianya diselangi oleh majlis yang dikelola oleh jemaah tabligh. Setiap tutur kata  mereka benar-benar mampu menyuburkan benih iman di dalam hati pendengar. Solat Jemaah telah menjadi satu rutin harian terutamanya kepada golongan lelaki. Seawal subuh hari lagi jalan-jalan telah dipenuhi dengan kenderaan yang berpusu-pusu pergi ke masjid mahupun surau.

Pin...pin.............pin.................

Bunyi hon kereta. Ah. Menganggu aku tidur je abang aku ni. Orang tengah mimpi best ni. Kacau daun je!! Berontak aku di dalam hati.

Rupanya aku bermimpi di siang hari di temani dendangan lagu Cita - Citaku dari Kumpulan Nada Murni yang kuputarkan di laptop ku ini..











No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang