Aku pun turut tidak terlepas dari memegang status tersebut. Maka setiap tahun sejak aku cuba untuk mengingati hari berharga ini untuk insan2 yang pernah mengajar aku satu ketika dahulu. Di awal pagi lagi hari ini aku telah cuba menghubungi guru2 yang pernah mengenali aku walaupun diorang sekarang ni entah ingat ke tidak pelajar diorang ni. Takpe2. Yang penting kita yang selaku pelajar ini yang seharusnya mengingati guru kita. Harus di ingat bukan sahaja guru di sekolah menengah yang harus kita ingati. Ianya termasuk sejak di bangku tadika hinggalah ke alam unversiti walaupun mungkin gelarannya berbeza namun hakikatnya mereka tetap pendidik!
Bermula di alam tadika aku di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Saidina Othman Kg Selat. Di sinilah aku mengenal ABC. Alif, Ba, Ta secara rasminya. Ustazah Siti dan Ustazah Sakniah selaku Ustazah yang bertugas mendidik keme. Ops terkeluar loghat perak pula. Maklum le. tadika kat Kampung Teman tu!! hehe. mendidik kami. barulah baku.hehe. Kat Tadika ni memang sangat seronok. makan dalam talam. Nasyid2. baca doa sambil berlagu, Melawat Pusat ternakan tuntung, Pergi Zoo taiping, Nangis, main2.. Semua didikan tu akan kekal menjadi ingatan aku. Yang aku masih berhubung adalah Ustazah Siti. Sebab dia sahaja yang masih mengajar kat PASTI tu. Kadang2 kalau pulang ke kampung aku ada juga melawat PASTI tu. Ada sekali tu Ustazah suruh aku bagi kata2 semangat kat adik umur 5 6 tahun tu. Mak ai. Mati kutu aku. hantam saje lah labu.. Tadi ucapan hari aku dibalas oleh Ustazah Siti dengan doa "Supaya menjadi anak soleh". Tq ustazahku. Moga saya dapat anak soleh juga. Haha
Seterusnya alam sekolah rendah. Sekolah Kebangsaan layang-Layang Kiri (SKLLK) beruntung menerima aku sebagai pelajar diorang. Haha. 6 tahun aku kat sekolah ni sempat la mengalami macam2 kenangan. nak cerita kat sini memang samapai habis bateri laptop aku ni pun tak habis. Yang aku paling ingat adalah kenangan bermain takraw wakil sekolah hingga ke peringkat negeri. Time ni memang kami hari2 berlatih di bawah 3 guru yang sangat spoting. Cikgu Zaidi, Cikgu Ishak dan Cikgu Mokhtar. Cikgu Zaidi dan Cikgu Mokhtar memang biasa aku hubungi sebelum ni. Tapi pada tahun ni buat julung kalinya aku berjaya menelefon Cikgu Ishak yang merangkap Cikgu matematik aku dulu. Garang wooo kalau dalam kelas. Tadi aku kol dia aku sebut nama memang dia tak ingat sangat. Lepas tu dia tanya anak sapa. Sebut je nama ayah aku terus dia ingat. Aku saje je test dia. " Betoi ke cikgu ingat sy ni??" jawapannya. Mana boleh cikgu lupa. yang main takraw dulu. Yeah!! tak sia2 aku bermain takraw sambil di sorak gadis2 SKLLK satu ketika dahulu. Haha. Ada lagi yang aku hubungi. Teacher Liza, Cikgu Ayu, Teacher Sheeda dan Cikgu Raihanah. Semua ni aku sempat jumpa tahun lepas time aku menanti mendapatkan kerja. Siap cikgu belanja lagi.hehe
Motto : Usaha Kunci Kejayaan
Seterusnya alam sekolah menengah. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kerian (SMKAK) yang terletak di Gunung Semanggol ditakdirkan untuk aku. Hakikat yang kita harus terima di zaman sekolah menengah ini lah yang bakal membentuk sahsiah kita. So nasib baik lah aku ditakdirkan dapat Sekolah agama. Ada la kesan juga walaupun sedikit.hehe. Dengan guru2 kat sekolah ni masih ramai yang aku sering hubungi. lagipun aku baru sahaja melawat sekolah lebih kurang sebulan yang lepas. So tadi aku hantar mesej secara pukal je la. "Masih ingat dan mekar dalam ingatan" "Tentu ingat!!" " Ingaaat.. wt po dok ingat" " tak ingat kalo alamat dah dekat masuk kubur la zul" Ni antara mesej yang aku dapat dari diorang. Adoi. Patut la aku suka bergurau. Dah cikgu2 nya pun selalu bergurau. hehe. Antara cikgu yang aku sering hubungi adalah Cikgu Wahida, Cikgu Zaidie, Cikgu zaini, Cikgu Raja (yang ni spesel sebab dia je panggil aku Zack.hehe), Ust Ramli, Ust Abu dan banyak lagi. Boleh kata tiap2 kali raya batch aku akan menyerang rumah2 cikgu ni. Paling kurang pun dalam 30 orang sekaligus. Memang best!!
Motto : Istiqamah Cemerlang Sekolah Gemilang
Seterusnya alam matrikulasi. Ni setahun je. Tapi sempat lah mengamcingkan diri dengan beberapa orang cikgu. yang teeerpaling kamcing adalah Teacher Salmi. Ini dah macam ibu kepada budak F2T2. pantang ada masa senggang. Meja dia ni lah yang kami serbu. Dari hal pelajaran sampailah hal peribadi yang kami duk sembangkan. Lagi sorang yang aku kamcing adalah Cikgu Jamelah yang mengajar aku fizik. Time sem 2 je yang kami start rapat. Sebab kami selalu kacau dia dan yang penting dia bagi aku pinjam buku rujukan Fizik dia dari awal sampai la hujung sem, habis buku2 dia aku conteng. Nasib la dapat anak murid macam aku kan.hehe. yang ni pun aku selalu jugak kol kalau agak2 boring dan tiada siapa yang aku nak kacau. Cikgu la tempatnya.hehe
Keimanan Menjana Perubahan
Motto : Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan
Habis sudah alam2 menjadi pelajar aku ceritakan. Aku rasa adalah satu perkara yang amat menyeronokkan apabila kita masih mampu bersembang dengan guru kita. Kadang2 timbul juga rasa segan untuk hubungi diorang. Tapi layankan je la. Kadang2 diorang ni boleh bersembang macam kawan dah dengan kita. kadang2 kita takut kut cikgu ni dah tak ingat kat aku dah pun. Tapi aku rasa la. kalau kita ingat kat diorang lambat laun diorang tetap akan ingat juga kita. mesti ada kenangan yang membuatkan diorang dapat cam kita. Mungkin dengan sikap kita yang asyik tidur pun boleh buat diorang ingat kat kita. Hatta tulisan kita yang terlalu Doktor tu pun mampu membuatkan diorang ingat balik kat kita.hehe.
Oleh itu kepada kome2 sekalian. Moh le kite ingat kat cikgu2 kita. Bukan susah pun. Dapatkan nombor telefon dan hantar mesej kat diorang. Untuk rakan2 yang sepengajian dengan aku. Kalau korang nak dapatkan nombor telefon cikgu2 kita. Boleh hubungi aku. Setakat mana yang aku ada tu boleh lah aku bagi.
Satu lagi. Selamat hari Guru juga untuk rakan2 pembaca yang kini telahpun menjadi seorang guru. Semoga setiap didikan korang tu di kira sebagai Ibadah oleh Allah swt.
Wallahualam..
p/s : Lupa nak sertakan mesej yang aku hantar kat cikgu2 aku yang membuatkan dorang respon ingat ke tak tu.hehe
Salam. Selamat hari guru kepada cikgu/ustaz. T.kasih d atas didikan cikgu selama ini. Semoga setiap didikan itu d kira sbg ibadah oleh Allah swt. Dr anak muridmu Zulqurnain (SMKAK 01-05, SKLLK 95-2000). Tu pun kalau ingat lagi.hehe :-)
Tau kan dah kenapa diorang balas gitu.haha
No comments:
Post a Comment