PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Friday, July 29, 2011

Karier seni Aaron Aziz terancam


Kuala Lumpur :Karier seni Aaron Aziz kian terancam. Menurut Ketua Penilai pelakon Antarabangsa Mr Edwin Kartini, Pihak mereka sedang melihat kualiti pelakon-pelakon baru yang semakin menyinar dari bumi Singa itu untuk diketengahkan di layar perak. Melihat dari kehebatan pelakon muda yang di ketuai oleh saudara Izwan Mahbud membuatkan banyak pihak yang sudah mula melupakan Aaron Aziz dalam dunia lakonan. Bintang pelakon KL Gangster itu mungkin akan di singkirkan dari untuk filem selepas ini iaitu Singa Pondan.

Pengarah filem untuk filem terbaru itu iaitu Harith Iskandar menyatakan khidmat Aaron Aziz selepas ini kemungkinan akan di gantikan dengan saudara Izwan Mahbud yang sememangnya raja dalam adegan Pondan dan menyakitkan diri. Menurutnyalagi, beliau mengesan bakat pelakon muda itu selepas melihat beliau mengetuk-ngetuk kepala tanda pening kepala pada satu babak dramatic malam tadi. Kehebatan lakonannya semakin terserlah apabila meneruskan adegan lakonannya dengan menyepak bola ke luar padang.

Apabila dihubungi, saudara Izwan Mahbud menyatakan hasrat supaya rakan-rakan seperjuangannya dari Studio Jalan Hampas juga di berikan peluang untuk berlakon di dalam filem terbaru tersebut. “Lihat sahaja aksi stunt yang memukau dari mereka dalam aksi malam tadi pasti kan membuatkan filem ini dapat menjengah ke pawagam seluruh dunia” Ujar anak kelahiran bumi singa itu. Beliau juga menyarankan agar rakannya, Qiu Li yang bertaraf import yang diberikan kerakyatan agar diberi peluang untuk berganding dengannya. Menurutnya dia sangat sesuai memgang watak Si Pondan berhobi makan kerana bentuk tubuhnya yang sedikit gempal tetapi tetap bijak menggayakan aksi lakonannya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang