PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Wednesday, August 3, 2011

Fenomena Ramadhan itu adalah Proses!!

Bismillahirahmanirrahim..

Alhamdulillah hari ini masuk hari ketiga seluruh umat islam berpuasa. Sepanjang tiga hari ini semakin banyak umat islam memperhebatkan ibadah tidak kira siang mahupun malam. Fenomena ibadah ini bertebar di setiap muka bumi Allah ini. Teringin aku untuk menceritakan kekaguman aku melihat beberapa senario yang amat jarang di temui di bulan selain Bulan Tarbiyah ini.

Pada malam pengumuman puasa aku merupakan musafir di perjalanan menghantar adikku ke UiTM Merbok. Walupun niat asal untuk menghantarnya sekadar ke K. Kangsar namun kerana tiket bas tiada maka terpaksalah aku menghantarnya ke sana dalam keadaan hati yang tidak ikhlas. Haha. Setibanya aku kat sana satu permandangan yang sangat luar biasa yang dapat aku lihat dan tak pernah pun aku lihat di UKM sebelum ni.  Mungkin kerana kesemua pelajar berterawih di Pusat Islam (Masjid) tidak seperti UKM yang ada surau di Kolej masing2. Aku lihat begitu ramai umat islam yang berbondong2 bergerak menuju ke Pusat Islam tersebut. Seperti membuat demonstarasi aman je jumlah ramainya. Haha. Ramai sangat. Serius. Kagum aku melihatnya.  Memang terbaik!!!

Keesokan harinya aku pergi ke Masjid Kg aku. Sahabat segeologi aku telahpun mesej semalam nya bahwa dia berada di Masjid tersebut kerana mengikut Jemaah Tabligh keluar 40 hari. Sempat aku meluangkan masa bersamanya pagi itu. Di tambah dengan Amir shab(ketua) mereka memberi sedikit peringatan kepadaku. Melihat situasi mereka di dalam masjid tersebut. Membuatkan aku terfikir bahawa merekalah golongan yang akan benar2 beruntung di bulan ibadah ini. Biarkan ada persepsi negatif mengenai mereka. Namun siapa yang dapat menafikan bahawa iklim dan susasana seperti itu lah yang akan mebuatkan mereka merasai nikmat kemanisan beribadah terutama di Bulan yang penuh kerahmatan ini.

Seterusnya malam semalam. Aku berpeluang berterawih di Surau Pangsapuri Sri Malaysia yang menjadi tempat permustautinan aku kini. Surau yang terletak di tingkat tiga yang merupakan level terakhir untuk si pemarking kereta terpaksa di tutup jalannya pada bulan ini. Kerana apa? Kerana jemaahnya melimpah hingga ke luar surau!! Melihat sahaja situasi itu aku bertakbir sendirian sambil mengharapkan situasi seperti ini akan bereterusan hingga ke penghujung Ramadhan dan seterusnya meresap terus aura tarbiyahnya di bulan lain kelak.

Habis kisah pemerhatian aku dalam 3 hari ini. sangat hebat Fenomena ramadhan ini!! Beginilah fenomena kita selaku umat islam yang beriman sedang menjalani 1 proses yang mengharapkan natijah ketaqwaan di penghujung nya kelak. Teringat aku akan satu artikel yang aku nukilkan setahun yang lalu. Aku kira elok kiranya untuk dikongsi bersama semula. Mohon diraikan perbezaan masa dan suasana tahun lepas. Untuk yang ingin melihat artikel asal boleh klik di link ini : http://ikutsukaatiaku.blogspot.com/2010/08/puasafor-what.html

................................................................

Melihat kepada keberlumbaan teman2 di Facebook yang mengucapkan selamat berpuasa kepada teman2 Facebook masing2 membuatkan aku terdetik terfikir adakah status yang kita buat tu adalah sebenar2 apa yang kita maksudkan dari penulisan status tu ataupun hanya sekadar untuk mengikut arus dan status rakan2 lain di laman sosial popular tu. Adakah kata2 selamat berpuasa dan selamat beribadah itu meresap dalam sanubari kita? Adakah kita telah memulakan langkah pertama ibadah kita seawal malam 1 Ramadan ini? Ataupun kita masih enak beronline dan mengupload gambar2 sekitar konvokesyen yang baru berlangsung?


Di sini aku ingin mencoret sikit tentang Ibadah puasa ni. Sebenarnya benda biasa je pun. Yang saban tahun kita boleh dengar pabila tibanya bulan yang dikatakan madrasah tarbiyyah ini. Mari kita lihat ayat yang digunakan oleh para ulama' untuk mengistimbat hukum berpuasa ini..

"Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu sekalian puasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu sekalian bertaqwa "

(Al-Baqarah :183 )
Aku nak bercakap sikit tentang ayat yang aku boldkan kat atas ni. Apa tujuan kita disyariatkan berpuasa? Bermula dengan "wahai orang2 yang beriman". Seterusnya "diwajibkan atas kamu sekalian berpuasa" dan diakhiri dengan "agar kamu sekalian bertaqwa".

Aku cuba kaitkan dengan proses yang biasa berlaku de sekitar kita. Apa2 la.. Makan ke, buat ketul ais ke, buat kuih raya ke.. Semua mengikut resmi yang sama. Terdapat input, proses dan output. Kita bercakap tentang input terlebih dahulu. Dalam proses tarbiyah ramadan ini inputnya adalah "orang2 beriman" seperti ayat yang terdapat diatas. Bukan dikatakan orang Islam tetapi orang beriman. So kalau ada orang islam tu tak puasa tanpa keuzuran agak2 dia tu beriman tak?? Tapi aku rasa insyaallah kita semua ni tergolong dari golongan orang2 yang beriman. So dah lepas syarat untuk menjadi input dalam proses tarbiyyah Ramadan ni.

Seterusnya kita masuk pulak kepada proses yang berlaku. Proses ni mengambil masa sekitar 29 hari untuk menghasilkan output yang kita belum pasti produk gagal ataupun produk berjaya. Dalam proses ni ada 3 kategori tahap yang dikatakan mengikut Imam Al Ghazali dalam karyanya iaitu Ihya Ulumuddin. Pertama puasa umum, kedua puasa khusus dan ketiga puasa khusus lagi khusus. Tentang keterangan untuk 3 kategori ni. Nanti aku cerita kat entry lain.Tungggu.... Dalam proses ni kita mendapat banyak kelebihan. Semuanya dilipatgandakan. Nak2 pulak kalau kita dapat bertemu dengan malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Masyuk siot.. Dalam proses ni kalau rasa nak menjadi output yang bejaya kelak kena la mempertingkatkan ibadah. Buat la overtime sikit2. Macam2 boleh buat dari sekecil perkara sehingga sebesar2 perkara..

Now kita akan masuk kepada output yang kita harap2 kan untuk terhasil. Seperti ayat diatas output yang diharapkan adalah untuk melahirkan insan2 yang penuh ketakwaan. Sekarang apa yang kita faham tentang takwa?? Takwa dari segi bahasa dikatakan takut kepada Allah. Ada juga yang menafsirkan dengan melaksanakan apa yang diperintahkan dan meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah. Seterusnya aku copy paste sikit tentang kata2 ulama' yang berkait dengan takwa ni..

* Saidina Ali berkata: Takwa ialah takut kepada Tuhan yang mulia, beramal dengan kitab yang diturunkan. Reda dengan sedikit dan bersiap sedia untuk hari kesudahan.
* An-Nasr Abazi berkata: Takwa ialah seorang hamba bertakwa atau memelihara selain daripada Allah.
* Abu Bakar Muhammad ar-Rauzabari berkata: Takwa ialah menjauhi apa yang menjauhimu daripada Tuhan.
* Talq bin Habib berkata: Takwa ialah amalan dengan ketaatan Allah atas cahaya Allah.
* Abu Hafs berkata: Takwa hanya pada halal semata-mata dan bukan yang lain.
* Dikatakan juga takwa mempunyai peringkat: Bagi orang awam dengan selamat daripada syirik. Bagi orang khusus dengan selamat daripada maksiat.

Setelah mengetahui tentang proses yang berlaku di atas ni cuba kita selidiki dan renung kembali. Setelah beberapa kali kita mengikuti proses ini sejak kecila adakah kita telah menjadi output yang berjaya? Atau kita hanya sekadar berjaya untuk merasai lapar dan dahaga? Ataupun kita hanya menanti tibanya Raya? Ke kita menanti berbuka percuma di masjid2 sekitar kita? Jadi untuk Ramadan kali ini bersama kta berusaha menuju ke arah output yang diharapkan selari dengan firman Allah seperti di atas tadi..Jangan kita hanya bersemangat di awal Ramadan ni je tapi di pertengahan kelak "habuk pun trak!!"

wallhualam...

 ................................................................

Sekian untuk kali ini. Ramadhan yang tiba kali ini bersama kita manfaatkan sebaik mungkin. Moh kitey berlumbe yob!! Lumbe ape?? Fastabiqul khairat...

wallahualam....


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang