PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Friday, August 26, 2011

Dasar pembazir peluang!!!

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah akhirnya aku selesai melaksanakan misi Terrain mapping di Teluk Tempoyak. Kini aku telah sampai ke Tanah Air tercinta. Pergh..gaya macam kerja kat sweden kan? haha. Kali ini aku ingin menyampaikan satu cerita..
-------------------------------------------------------------
Di suatu sekolah di timur tanah air terdapat siri kempen kebersihan dan keceriaan sepanjang tahun tersebut. Antara aktiviti tang utama adalah perhimpunan mega setiap minggu. Di dalam perhimpunan itu di selitkan juga ceramah keceriaan dan kebersihan yang di sampaikan oleh penceramah tempatan. Semua pihak menyambut baik aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak sekolah tersebut.


Pada setiap tahun pihak pentadbirsn sekolah akan mengadakan sebulan kempen kebersihan dan keceriaan secara besar besaran. Setiap hari akan diadakan aktiviti yang berkait dengan keceriaan dan kebersihan. Antara aktiviti yang kerap di adakan ialah sesi gotong royong. Ketika gotong royong dijalankan setiap tahun sebelum ini pihak pentadbiran akan mengadakan sesi ceramah oleh penceramah jemputan. Ceramah ini tidak mengmabil masa yang lama pun. Mungkin sekadar 10-15 minit setiap hari.

Namun sejak akhir2 ini. Terdapat pihak yang menghalang untuk diadakan ceramah ini. katanya ia menganggu aktiviti pelajar lain. Ceramah yang sebentar ini dikatakan membuatkan pelajar rasa terganggu untuk menghadapi kehidupan harian selaku pelajar.

Namun terdapat seorang pelajar yang bernama Ahmad Zulqurnain Ghazalli yang iingin mengemukakan pandangannya. Menurut beliau adalah amat rugi andai apabila dalam bulan yang sememangnya semua pelajar dalam mood untuk membersihkan dan menceriakan sekolah kehidupan mereka ini tidak dimanfaatkan sebaiknya. Pada bulan ini jugalah sepatutnya pihak pentadbiran perlu merancakkan lagi kempen kesedaran kepada seluruh pelajar. Majlis ilmu amat berguna untuk digunakan sebagai bekal kepada pelajar yang sudah setahun jauh dari budaya keilmuan.

Beliau amat berharap agar pihak pentadbiran sekolah lain lebih terkehadapan dalam melaksanakan ceramah ini. hal ini kerana sangat ramai sebenarnya yang suka untuk menghadirkan diri ke siri gotong-royong yang di selitkan dengan sedikit peringatan tips untuk membersihkan diri dan kawasan sekitar sendiri.

-------------------------------End-------------------------------


Agak2 korang faham ke ek apa yang aku ceritakan kat atas ni? Buat2 faham je la ek. Aku bagi klu sikit. Ianya berkait dengan isu tazkirah ketika solat terawih yang dilarang dari dilaksanakan di Negeri Pahang.

wallahualam...

P/S : Mengapa perlu dibazirkan peluang menyentuh hati umat??

Klik SINI untuk bacaan lanjut



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang