PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Monday, August 22, 2011

Geologist : Penat.......

Bismillahhirrahmanirrahim...

Try to get spirit from Badar Al Kubra. Tu yang mampu aku perkatakan. Sangat penat. melakukan Terrain Mapping dalam keadaan bulan puasa ini memang sangat mencabar diri. Kena pula site yang besar sangat ni. 80 ekar keluasan ditambah dengan keadaan terrain yang undulating mencapai kontur tertinggi setinggi 200m.

Map yang perlu di settlekan

Ketika mula mendapat tahu perlu ditugaskan untuk melakukan Terrain Mapping kat Penang ni memang hati agak berbunga. Biasalah standard orang dapat outstation kat office tu. Hehe. Tapi bila mengenangkan ianya dalam ketika bulan Ramadhan dan mendengar akan keluasannya. Ah. berat jugak ni nak pergi. Takpe ku gagahkan jua pergi bersama dengan 2 orang junior yang baru masuk iaitu Wajdi n Zaidi.

Zaidi n Wajdi yang sedang berlakon.haha
Produktif atau tidak. Itu yang aku fikirkan bila senior aku tanya boleh siapkan dalam seminggu atau tidak. Ringan je mulut ni nak cakap yang macam tak boleh sebab puasa. Tapi itu hanya akan mengiakan pandangan orang bukan islam(seperti senior aku) benar bahawa umat islam tidak produktif ketika bulan Ramadhan. Ketika sembang dengan senior aku tu pun aku duk tebayang kisah Presiden Tunisia dahulu iaitu Hamid Bourgiba yang menyuruh rakyatnya supaya tidak berpuasa kerana mengatakan puasa mengakibatkan ketidakproduktifan umatnya. Itu membuatkan aku semangat untuk membuktikan ianya tidak benar!

Semalam dah start mapping tapi tak berapa penat sebab sebelah paginya hujan. Cuma semalam aku buat kali ketiganya di sengat serangga sepanjang pengalaman mapping ni.haha Tapi hari ni penat bangat dong..turun naik bukit. Hari ini hanya pergi ke ketinggian 150m je baru. Dalam keadaan main redah je hutan belukar tu memang penat sangat la.

Ni time mula2 kena. Makin lama makin bengkak. Kalah Angelina jolie.haha

Dalam perjalanan pulang tadi. Sempat aku sembang dengan si Zaidi. Wajdi takde sebab dia memang orang Penang. So dia balik rumah dia terus je. Isi perbincangan adalah sebenarnya puasa ni mesti boleh dilaksanakan walaupun kerjanya berat. Segalanya kembali kepada diri sendiri. Memang tak dinafikan banyak projek yang lebih bersifat construction sebelum ni aku melihat banyak kontraktor yang tidak berpuasa. Memang dibolehkan untuk berbuka kalau dah tak mampu sangat. Tapi kalau dah awal pagi korang minum tu memang maksudnya tak merancang untuk berpuasa la der. Melainkan dah tersangat tak mampu hingga nak pitam ke tu lain la cerita.

Antara slope yang perlu didaki

Seperti yang aku cakap kat awal tadi. Badar Al Kubra. Aku terkenangkan ketika berpuasalah peperangan ini berlaku. Mereka mampu mengharung terik mentari di padang pasir kenapa tidak aku? Aku ni setakat dalam hutan yang tak kena matahari tu sepatutnya mesti boleh untuk berpuasa. Tapi macam mana pun balik je bilik sewa kat USM ni tadi aku terus pengasan sampai dah nak berbuka. Hehe..Bak kate orang Perak. Nyepe bebenor ghasenye yob!

Cukup sekadar ini. Esok perlu mengharungi hari yang meletihkan lagi. Semoga iman dihati mampu menguatkan diri untuk berpuasa di hari yang mendatang. 

P/S : Sedang mengatur jadual untuk berbuka bersama kenalan di Penang. Mai sini oghang penang. Mai belanja cek ni makan nasi kandaq!! hehe..

Sekian...


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang