Alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah kerana masih berpeluang menghirup udara dalama suasana Tarbiyah Ramadhan pada hari ini. Sudah masuk hari ke 9 kita berpuasa pada tahun ini. Ini juga bermakna kita telah melepaskan 9 hari yang berlalu dengan… Dengan apa? Haa…itu yang aku tak tahu tu….
Apa yang kita isi dalam ramadhan kali ini? Ini persoalan yang ingin aku timbulkan di sini. Dah 9 hari berlalu tapi apa yang kita dah lakukan sebagai tanda kita betul2 menghargai kedatangan bulan yang mulia ini?
Ada ke aktiviti atas ni?? Credit to ISIUKM for the reminder
Mari kita duduk di atas kerusi masa Nabil sebentar. Kita rentas masa ke sebulan yang lalu. Apa aktiviti harian kita. Dari seawal subuh hingga ke tidur di malamnya. Apa yang berbeza? Adakah semata perkara yang berkait dengan makan dan minum sahaja? Bersahur. Berpuasa (Tapi deria yang lain terus terusan tidak berpuasa). Berbuka. Mungkin sedikit terubat dengan terawih di malamnya. Tu pun kalau tahi ayam itu masih hangat Haha
Ruang dan peluang sememangnya sangat luas untuk kita berbeza dari sebulan yang lalu dari sudut aktiviti hariannya. Paling besar ruang yang ada adalah dengan di belenggunya syaitan di bulan ini. Hanya tinggal diri kita je untuk bermujahadah sedikit melawan sedikit rasa malas di hati.
Mari lihat peluang harian yang ada. Seawal pagi selepas sahur kita sudah mampu untuk melipatgandakan pahala di bulan ini. Mudah sahaja. Selesai sahur pergi lah ke bilik air rumah masing2. Tak payah susah pergi ke bilik air rumah jiran. Haha. Just ambil wudu’ di rumah korang then spent masa tak sampai 5 minit untuk bersolat tahajjud. Sangat mudah bukan? Kalau rajin lagi boleh sertakan dengan solat taubat, solat hajat, witir dan lain2.
Seterusnya solat subuh berjemaah. Sebelum ini amat sukar untuk kita bersolat subuh berjemaah malahan lebih teruk kita amat sukar untuk bersolat subuh!!. Pada bulan ini peluang itu terbuka luas kepada kita untuk melakukannya. Selepas subuh tu kita tambah sikit dengan membaca Al Quran barang sepotong ayat. Lebih disarankan seharian kita membaca Al Quran selepas setiap kali solat fardhu. 1 juzu’ 1 hari 1 Malaysia. Ade beran???
Seterusnya masa harian kita. Ketika kita lapar inilah nafsu diikat dan memudahan kita untuk sentiasa mengingati yang maha Esa. Makanya untuk berzikir mengingatinya amat mudah. Dalam kita melakukan tugas harian pun kita mampu berzikir. Apa la susah sangat nak mengucap Subhanallah, Alhamdulillah ataupun Allahuakbar dan zikir2 lain ketika kita sedang duduk2 berehat mahupun bertugas.
Masuk pula bab berbuka. Ini masanya kita untuk mengamalkan sekecil2 sunnah. Susah ke nak makan buah tamar dulu sebelum melahap semua juadah berbuka? Lahap ke??hehe. Lebih berpeluang lagi kepada yang berbuka di masjid. Kita ketepikan soal ingin makan percuma untuk jimat wang. Hakikatnya golongan yang berbuka di masjid lah yang paling banyak pahala di kala waktu berbuka. Mana taknye. Tamar dah kompom dapat free. Lepas tu berpeluang solat jemaah maghrib malah kadang2 ada bonus dengar tazkirah lagi.
Azan isya’ berkumandang. Berbondong2 umat islam pergi ke surau dan masjid untuk bersolat terawih. Seharusnya bukan semata2 solat terawih yang menjadi keutamaan. Solat Isya tu kan wajib? Solat terawih? Ye.. Ini yang ingin aku sampaikan. Ini masanya kita untuk bersolat Isya berjemaah. Cuba scroll up blog aku ni ke perenggan tentang solat subuh. Bukankah kita solat subuh berjemaah? Isya’ pun berjemaah kan? Apa pula ganjaran bagi orang yang berjemaah di kedua waktu fardhu ini?
Nabi Muhammad SAW bersabda, “Barang siapa sholat Isya’ berjamaah, maka seakan-akan dia melakukan qiyamul lail tengah malam dan barang siapa sholat subuh berjama’ah maka seakan-akan dia melakkan sholat sepanjang malam.”
(HR. Imam Ahmad dan Imam Muslim melalui Utsman bin Affan).
Bukan ingin mengkesampingkan solat terawih. Korang jangan salah faham pulak. Solat terawih is Solat terawih. But the compulsory one still compulsory.Pergh..poyo lak speaking..haha. Solat terawih juga adalah satu ruang untuk kita memperbanyakkan ibadah. Semestinya kita akan lebih kuat untuk beribadah bila melakukannya dalam satu suasana karnival terawih yang sesak dengan jemaahnya. Apa yang terjadi apabila kita memilih untuk bersolat sendirian di rumah? Lesu. Nak cepat. Asal buat je. Tepat??
Dalam terawih juga ada sesetengah tempat yang menyelitkan sesi tazkirah ringkas. Ini yang sepatutnya dilakukan di setiap surau dan masjid. Umat sebenarnya dahagakan ilmu. Apa salahnya berkongsi apa yang kita ada di tengah medan terawih. Terapkan kefahaman sebenar islam ketika ini. Di musim fenomena Ramadhan ini lah yang mudah untuk mengetuk hati jemaah yang hadir. Tidak sapat semua yang terketuk mungkin ada barang seorang dua yang terkesan dengan tazkirah ringkas tersebut.
Usai berterawih kita berehat lantas tidur. Sebelum tidur mungkin kita boleh cuba amalkan membaca apa yang patut. Cukup sekadar 3 Qul dan doa tidur. Atau lebih menarik jika diperisakan lagi dengan membaca surah Al Mulk sebelum mata terlelap sebentar hendaknya. Semoga bertemu lagi Ramadhan esoknya.
Itulah sedikit aktiviti harian yang boleh aku kupas. Aku pasti korang pun ada saranan dan pandangan sendiri. Boleh sahaja kongsi di bawah ini untuk kebaikan bersama. Amatlah rugi andai kita telah bertemu Ramadhan kali ini tetapi aktiviti harian kita masih sama dengan bulan sebelum ini.Tidak layak kita untuk menyatakan kita telah menjalani aktiviti di Madrasah Ramadhan untuk menatijahkan golongan yang betakwa yang didambakan ini andai ianya hanya terisi dengan lapar dan dahaga.
Sekadar itu dari aku untuk kali in. Persoalan terakhir yang ingin aku taipkan di sini adalah…..
Jeng…jeng…jeng…..
Nervous la tu..:p
Sempat ke korang jumpa Ramadhan tahun depan?? Pasti???
Wallahualam….
No comments:
Post a Comment