Bismillahirrahmanirrahim..
Taqabbalallahu Minna Wa Min Kum
Alhamdulillah esok merupakan hari kemenangan kita setelah termasuk hari ini sudah 29 hari kita melakukan ibadah puasa semata-mata keran Allah swt. Sudah menjadi resmi dan saranan agama untuk kita saling bermaafan di atas kekhilafan yang telah kita lakukan selama ini.
Aku juga tergolong dalam orang yang sering melakukan kesilapan sesama insan. Semakin ramai kawan semakin banyak lah lubang-lubang kesilapan yang akan bertandang andai kita tidak berhati-hati dalam pergaulan.
Di kesempatan ini aku ingin memohon maaf kepada semua sekali yang mengenali diri ini. Sudah mejadi tabiat aku yang kuat bergurau dan mengenakan orang sekeliling aku. Itu semua hanya gurauan untuk menceriakan suasana dan merapatkan hubungan antara kenalan.Di sini aku ingin memohon kemaafan dari kelompok kenalan aku seperti di bawah :
Saudara mara terdekat mahupun jauh
Saudara seislamku Tadika PASTI Kg Selat
Saudara seislamku SKLLK
Saudara seislamku SMKA Kerian
Saudara seislamku PLKN Kem Segari
Saudara seislamku Kolej Matrikulasi Perlis
Saudara seislamku Universiti Kebangsaan Malaysia
Saudara seislamku Kolej Kediaman Ibu Zain
Saudara seislamku Jurusan Geologi
Saudara seislamku ISIUKM
Saudara seislamku GMUKM
Saudara seislamku G&P Geotechnics Sdn Bhd
Saudara seislamku kontraktor binaan dan S.I
Saudara seislamku Pemuda Pas BTR
Saudara seislamku Pemuda Pas Serdang
Saudara seislamku Sukarelawan Pendidikan Rakyat (KAWAN)
Tidak dilupakan Saudara seislamku yang mengenali melalui FB dan pembaca blog aku. Juga kepada semua orang yang mengenali dir ini. Dengan tulus hati aku menyusun sepuluh jari memohon seinfiniti kemaafan dari kalian. Salam Lebaran!!
Taqabbalallahu Minna Wa Min Kum
No comments:
Post a Comment