Bermula la kita melangkah di fasa baru di bulan Ramadhan. Fasa yang dikatakan fasa keampunan ini tiba bermakna berlalu sudah fasa yang pertama iaitu fasa kerahmatan. Sedar tidak sedar sudah 1/3 masa berlalu dan kita hanya tinggal 2/3 bahagian lagi untuk dimanfaatkan.
Di saat masa berbaki ini mari kita menyingkap sejarah lalu di bulan ini. Sekali lagi kita duduk di atas kerusi masa Nabil si Raja lawak. Sebelum tu. Ada ke patut ada orang cakap aku ni mirip Nabil? Mesti la Nabil yang mirip dengan aku!! Haha. Ok. Let’s check history of Ramadhan…
Bulan turunnya wahyu pertama. Yes. This is the starting point of long journey of ISLAM. Perjalanan yang telah mengambil masa 1401 tahun sehingga ke hari ini. Peemulaan kepada segalanya. Permulaan menyinarnya sinar menyuluh hati-hati manusia yang gelap dan jahil ketika itu dan ketika ini.
Perang Badar. Perang sulung dalam dunia ISLAM. Perang yang menyaksikan kualiti yang amat hebat yang di miliki oleh 313 umat mampu menewaskan 1000 musuh yang berkelengkapan lengkap. Peristiwa yang manandakan permulaan kegerunan musuh terhadap umat islam. Peristiwa yang menunjukkan keizzahan islam itu sendiri.
“Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata”. (QS. Al Fath [48]: 1)
Ya. Ayat yang dikait rapat oleh mufassirin dengan peristiwa besar Islam iaitu Fathu Makkah ataupun Pembukaan Kota Mekah. Peristiwa pembukaan yang hadir tanpa titisan darah yang gugur. Peristiwa yang membuktikan musuh islam gerun dengan kekuatan umat lantas menyerahkan kota Mekah. Peristiwa yang memulakan kembalinya tanah haram itu ke tangan Islam.
Tertaklunya bumi Andalus di bawah pimpinan Thariq Bin Ziyad. 27 Ramadhan 92 Hijrah menyaksikan Sinar Islam memekar ke bumi Sepanyol ini apabila 12000 tentera muslimin berjaya menewaskan 100000 tentera kafir di bawah pimpinan Roderick. Di peristiwa ini menyaksikan islam mulai berkembang ke Sepanyol lantas menjadikannya pusat kegemilangan sarjana Islam.
Saifuddin Qutuz meneruskan lagi keizzahan Islam di bulan Ramadhan ini apabila berjaya menewakan tentera Monggol di bumi Palestin. Persitiwa Ain Jalut yang mengambil nama sempena tempat berlakunya peperangan ini iaitu di Ain Jalut ini amat member kesan kepada sejarawan dunia di mana memperlihatkan tentera Monggol yang kuat itu tertewas di tangan tentera Islam.
Penguasaan Kota Aqalan. Peristiwa yang menjadi titik mula kembalinya Al Quds di tangan umat islam di bawah Pimpinan Shalahuddin Al Ayubbi. Penguasaan Kota Asqalan ini sangat penting bagi memulakan langkah untuk menakluki Palestin sehinggakan kata-kata ini terpacul dari Pemimpin hebat ini.
" Demi Allah sesungguhnya penghancuran benteng di Asqalan lebih aku sukai walaupun aku harus kehilangan seluruh anakku, karena penguasaan Asqalan adalah demi kemaslahatan Islam dan kaum muslimin."
Begitulah sedikit sebanyak peristiwa penting yang berlaku di bulan Ramdhan. Dari Peristiwa yang aku listkan diatas ini dapat kita melihat sesuatu yang penting. Permulaan segala sesuatu. Mungkin ini perkataan yang mampu diterjemahkan hasil daripada persitiwa2 di atas. Kita melihat dari bermulanya wahyu, perang pertama, kemenangan-kemenangan hebat umat islam dan mulai berkembangnya Islam ke dunia berlaku di bulan ini.
Bagaimana pula kita? Bukankah di Bulan Berkat ini lah kita berpeluang untuk memulakan segala sesuatu. Jika sebelum ini kita tidak pernah solat jemaah maka di sini kita mulakan. Jika sebelum ini kita jarang membaca Al quran maka disini kita mulakan. Jika sebelum ini kita jarang berzikir maka di sini kita mulakan. Jika sevelum ini kita freehair maka disini kita litupkan. Jika sebelum ini kita itu dan ini maka disini kita mulakan.. Kita mulakan… Kita mulakan…
Ke Garisan.. Sedia...Mula!!
No comments:
Post a Comment