Bismillahirrahmnirrahim..
Alhmdulillah telah selesai korang punya Minggu Mesra Pelajar kan? Mesti penat dan letih punya lah. Ada terngiang2 tak jeritan pc ni “YANG BELAKANG TU CEPAT-CEPAT!!”. Begitu la resmi MMP ni. Kalau korang nak merasa buat baik kat junior nanti try la apply jadi Pemudah Cara (PC). Serius best!! Because I already feel it!! Hehe.
ketika zaman berhingus Minggu pertama.hehe
Sebelum pergi jauh. Selamat datang aku ucapkan kan.. Eh untuk entry kali ni. Aku bahasakan diri abang la ye. Baru la bajet alumni yang berdedikasi. Haha. Sambung balik… Selamat datang abang ucapkan kepada adik2 yang baru mendaftar di perbukitan ilmu UKM ni. Suka juga untuk abang memperkenalkan diri ini. Nama Ahmad Zulqurnain Ghazalli merupakan graduan jurusan Geologi Universiti Kebangsaan Malaysia. Di takdirkan medaftar di kolej yang aman dan permai Kolej Ibu zain.(Now known as Ibu Zain International Student House,IZISH). Very love this college!!
Artikel ini bukan semata2 untuk mengalukan kedatangan adik2 sekalian tapi juga merupakan medium untuk abang berkongsi sedikit pandangan mahupun pengalaman sepanjang 3 tahun bergelar mahasiswa di Universiti Kebangsaan Malaysia. Artikel ini juga sesuai untuk bacaan adik2 yang mendaftar di Universiti lain di Malaysia ini.
Menurut pandangan abang alam universiti merupakan starting point or turning point dalam kehidupan kita. Segalanya bermula di sini. Bagaimana kita di universiti akan menentukan lorong dan rentak kita di masa depan. Abang cuba untuk mengupas mengikut beberapa aspek yang abang merasakan ianya penting.
Menjadi kebiasaan untuk melihat keberjayaan seseorang itu dalam aspek akedemik apabila menjejak kaki ke alam universiti. Dengan tahap apa akedemik kita nanti apabila kita keluar bergraduasi dari menara gading ini menjadi ukuran permukaan keberjayaan seseorang graduan itu. Oleh itu untuk mencantikkan permukaan adik2 kelak maka adik2 tidak dapat lari dari “pulun belajaq selagi bulih” Bak kata orang kedah. Maka iaanya akan bermula dari semester pertama ini. Pada keputusan semester 1 ini lah yang akan menjadi batu asas keputusan kelak. Pastikan semester pertama ini pointer yang dikecapi adalah above 3 pointer. MESTI! Sebab bila dah start dengan 3.++ kalau sem depan nya drop pun pointer still boleh bekup. Pengalaman abang sendiri bila pointer second sem drop gila tapi nasib baik pointer sem 1 dapat bekup. Mujor teman yob!!
Seperti yang abang nyatakan di perenggan atas ni, Kejayaan dalam aspek akedemik adalah merupakan kejayaan permukaan yang dilihat. Ada lagi aspek yang perlu diperhatikan. Kemahiran lembut ataupun in my mother tounge nya adalah soft skill. Haha. Benda ini yang perlu dibina semenjak di tahun pertama lagi. Antara medium untuk kita membina kemahiran ini adalah melalui penglibatan kita dalam berorganisasi. Dalam berorganisasi dan berprogram ni la yang dapat membentuk kita dalam kerangka usaha menjadi mahasiswa yang bermutu kelak.Di universiti mempunyai lambakan ruang dan peluang yang harus di manfaatkan untuk menuju ke arah itu. Bukan bermaksud budak universiti ini hanya perlu duduk di bilik menghadap buku mahupun muka buku semata2. Perlu keluar dari dinding bilik masing2 untuk mencedok pengalam sebanyak yang boleh.
Seterusnya dari aspek berdikarinya mahasiswa itu. Dah masuk alam universiti ini merupakan masanya untuk kita supaya tidak lagi sepenuhnya bergantung harap kepada orang lain termasuk kedua orang tua kita. Dari sudut ekonomi terutamanya. Sudah berada di tahun 3 masih mengharap si ayah untuk topupkan hp? Oh. What a shame. Mungkin bagi golongan yang sedikit berada merasakan financial merupakan aspek picisan semata. Tapi bagi golongan yang sederhana seperti abang ni merasakan peri pentingnya kita mencari sedikit pendapatan sampingan. Banyak peluang yang ada. Hanya perlu mengerah sedikit tenaga dan pengorbanan masa. Pengalaman sendiri pernah bekerja katering, Guru tuisyen, Jaga Dobi, Ajen U Mobile. Best woo… Puas bila mampu memilik motor dan komputer tanpa menyusahkan keluarga. J
Kecaknaan. Ini yang aspek yang perlu ada dalam diri adik2 sekalian. Sangat biasa kita mendengar istilah mahasiswa lesu. Ini adalah hasil dari kurangnya sifat cakna mahsiswa itu sendiri dalam hal isu semasa terutamanya. Sejauh mana mahasiswa itu telah mula berjinak2 dengan isu kemasyarakatan. Nah, di tahun pertama ini lah yang perlu dimulakan langkah tersebut. Sangat ramai mahasiswa yang tidak ambil endah tentang isu yang membelenggu masyarakat kini. Bermotokan “Hidup ko hidup ko, Hidup aku hidup aku” bersama penambah perisa “ Apa aku kesah, Kubur lain2” Maka terhasil lah mahasiswa yang berfikiran nafsi2. Huhu.
Jaringan kenalan. Ini lah masanya untuk kita menambah koleksi kenalan yang berbagai latar belakang pengajian. Jangan nak duduk bilik mengadap jaring ukm sangat la. Hehe. Bayangkan kelak sesudah bekerja kawan kita akan menjadi engineer, Doktor, Ustaz, Mufti, Ahli Fizik, Lawyer, Arkitek dan banyak lagi. Ops jangan di lupa. Geologist!! Haha. So apa lagi. Pastikan adik2 mula menambah koleksi rakan mulai sekarang. Baik dengan semua kenalan. Insyaallah kita turut akan di layan dengan baik.
Menyentuh pula bab politik. Pasti akan ada yang suka dan tidak suka apabila masuk bab politik ini. Tapi tidak dapat tidak, politik kampus adalah satu medan yang sangat penting untuk mengasah kepimpinan mahasiswa itu sendiri. Selongkar lah biodata pemimpin Malaysia mahupun negara lain. Siapa mereka di alam kampusnya? Tidak syak lagi golongan mahasiswa itu sendiri yang diharapkan untuk menjadi pemimpin masa depan. Boleh lihat sejarah mahasiswa tahun 70an dan 80an. Bagaimana kuasa politik pimpinan mahasiswa ketika itu mampu kehadapan dalam mendepani isu semasa ketika itu. Suara keramat mahasiswa sentiasa di dengari dari si petani hingga ke pemimpin utama Malaysia. Tapi kini segalanya berubah. Mahasiswa lesu ini tidak langsung di di pandang tinggi oleh masyarakat mahupun pemimpin Malaysia. Kerana apa? Kerana mahasiswa kini lebih selesa beraksi di bilik kuliah dan bilik masing2. Agak2 adik2 pun sama jugak ke??
Akta yang melesukan Mahasiswa
Aspek terakhir dan terpenting yang ingin abang sentuh ialah aspek kerohanian. Seperti abang katakan di atas tadi bahawa di alam ini lah starting point dalam kehidupan kita. Jika kita di alam universiti nya lebih gemar bersosial dan mengabaikan perintah agama. Maka apabila bergraduasi kelak hal ini akan berterusan. Oleh itu, Di awal semester ini abang sangat menyarankan adik2 supaya mulakan langkah dengan baik dengan melazimi solat berjemaah di surau. Dengan keistiqamahan hadir ke surau akan membuatkan kita akan lebih berkembang dari sudut pengamalan dan keterlibatan dengan kehidupan bertuhan. Di tambah lagi UKM yang terletak di Bangi Bandar Ilmu ini. Lambakan kuliah agama membuatkan kita terkadang pening nak pergi ke surau yang mana satu. Malah masjid UKM sendiri pun kerap mengadakan siri kuliah agama nya. Di tambah lagi dengan usrah dan kelas persendirian yang di usahakan oleh segelintir ustaz dan pelajar. Tinggal lagi ingin kita sertai atau tidak je.
Sedikit berkongsi pengalaman tentang aspek ini. Di awal kehadiran abang di Kolej Ibu Zain dulu abang cuba untuk melazimi solat berjemaah. Masih teringat kata seorang senior ketika perjalan dari Blok B ke Surau. Lebih kurang begini. ”Biasa la awal2 camni ni. Aku dulu pun camtu gak. Rajin pergi surau. Lama2 tu hilang lah”. Hakikat yang berlaku adalah sememangnya begitu. Sangat ramai rakan2 abang yang pada mulanya rajin ke surau dan makin lama makin berkurang. Dan setiap tahun abang akan melihat situasi begini. Tapi kehadiran ke surau akan bertambah apabila di hujung sem. Kerana apa? Kerana nak exam la katakan. Haha. Oleh itu adik2 yang masih di minggu pertama perkuliahan ini MESTI memulakan langkah mulai sekarang. Istiqamah dalam pengamalan. Semoga di alam universiti menjadi titik perubahan kepada adik2 ke arah yang lebih baik.
Cukup sekadar ini perkongsian dari abang. Sejujurnya alam mahasiswa adalah alam yang sangat seronok. Alam ntuk belajar segala benda (yang bermanfaat). Di alam ini adik2 perlu memperkuatkan aspek yang telah abang nyatakan di atas. Manfaatkan ruang dan peluang yang ada ini untuk kebaikan masa depan kalian. Adalah amat rugi andai masuk universiti with zero and after graduation it still maintain zero. Semoga langkah yang di ambil selepas ini akan membentuk kalian menjadi hero kelak. Juga semoga setiap langkah di berkati oleh tuhan dan mendapat kejayaan yang dirahmatinya..
Wallahualam…
2 comments:
yeezy boost
fila shoes
kobe shoes
off white
kd shoes
yeezy boost 350 v2
air max 2019
golden goose outlet
nike air max
golden goose
Visit Your URL replica gucci handbags Learn More pop over to these guys link aaa replica bags
Post a Comment