PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Wednesday, September 21, 2011

Isu Mat Indera ; Entry ketika Geram!!

Bismillahirrahmanirrahim..

Kalau diikutkan hati aku  ni malas aku nak mengulas tentang isu yang agak lama hangat di media arus perdana mahupun di dunia maya. Tapi sebagai rakyat Malaysia yang sayangkan negaranya ingin aku berkonsi sedikit info yang aku dapati dalam pelayaranku menggunakan kapal broadband Celcom aku ni.


Audio agak kurang jelas. Boleh tengok skrip ucapan Timbalan Presiden Pas ni.

.....Bukit Kepong, polis itu polis British, hak serang Bukit Kepong tulah pegawai kerajaan, ketuanya  MaT Indra, Melayu, tetapi semua sejarah itu ditutup, Jins Samsuddin buat filem, Jins Samsuddin tu UMNO, cerita bukit Kepong, hak serang balai polis tu penjahat, polis tu polis British, sebelum merdeka negara kita diperintah oleh British, tapi dia buat filem yang hero hak pertahan balai polis, hak serang tu pengganas, padahal Mat Inda ketua penyerang balai polis tu dan akhirnya dia dihukum gantung di Jering Taiping, begitulah juga Tok Janggut, Tok Janggut ni lawan British, tapi sebelum British nak..nak bunuh dia, dia menghasut Sultan Kelantan untuk mengishtiharkan Tok Janggut sebagai penderhaka, bila ishtihar Tok Janggut sebagai penderhaka, barulah tok Janggut dihukum gantung di Pasir Puteh Kelantan. Semua sejarah negara kita bohong....

Ehsan dari blog ekelle

Now u all can heard or read any "KOMUNIS" word?? takde langsung kan? Apa yang Mat Sabu nak sampaikan adalah berbeza dengan apa yang media yang "adil" lagi "telus" di media arus perdana duk cerita. Depa duk kata yang Mat Sabu ni mendewakan komunis. Sengaja nak swing cerita. Apa punya haprak la depa ni. Mat Sabu hanya ingin memperkatakan tentang Sejarah yang banyak di gelapkan oleh kerajaan kita ni. Tidak mustahil satu masa nanti anak2 kita (tapi aku belum kawen lagi.haha) tak mengenali pun pejuang kemerdekaan yang berhaluan kiri ni.

Aku secara peribadi sejak zaman sekolah lagi digambarkan bahawa pejuang kemerdekaan berhaluan kiri adalah golongan yang teruk dan ekstremis. Setelah meningkat usia ni membuatkan aku lebih menghargai usaha pejuang berhaluan kiri yang hingga tertumpah darah untuk mengejar erti makna kebebasa di tanah air sendiri.

Setakat ini la pandangan aku. Rasa nak menulis lagi tentang pejuang berhaluan kiri ni. Dalam perkiraan untuk membuat entry tentang Mat Indera kerana aku yakin beliau bukan Komunis!. Insyaallah akan di usahakan kelak... Ok mau layan hindustan sambil sidai baju jap.

Sekian...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang