PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Saturday, October 1, 2011

Berguru Dengan NILA

Teringat di zaman persekolahan dulu. Setiap hujung minggu maka berbaldi2 la pakaian yang menunggu giliran di Bilik Basuh. Untuk yang "tersangat rajin" Maka diorang akan lakukan  pembasuhan secara pukal je. Asal boleh je kan. Ops. bukan tentang diorang yang aku nak ceritakan. Jom kita tengok balik apa "gadget' ABM yang ada kat dalam bilik tu. Apa ABM tu? Alat Bantu Membasuh la. hehe

kebiasaannya mesti ada Berus biasa mahupun berus sabut. Di tambah lagi dengan sabun buku, serbuk dan juga clorox. benda khas yang kita pakai untuk mencantikkan baju sekolah adalah apa? Clorox?? itu untuk baju korang yang dah dipenuhi tahi lalat tu kan? hehe. jawapannya adalah NILA. Ya menatang cacair biru itu yang akan menyerikan lagi baju kita agar tidak nampak terlalu kusam kan? Apa kaitan NILA itu dalam entry ini ek?

Bilik basuh ASPURA SMKAK berda di hujung kanan anda :p
Masih ingat siri pemBEDALAN di blog aku ni? dah lama aku tak post entry di bawah label BEDAL ni. Untuk kome yang belum baca lagi boleh la klik label BEDAL ni. Apa yang mampu kita belajar dengan NILA ni? Ianya berkait dengan mempengaruhi dan dipengaruhi.

Dalam kita hidup bermasyarakat ini mesti la kita banyak kelompak kawan yang ada kan? dari kenalan Sekolah, Kampung, Matrik, Universiti, Kerja mahupun kawan sepermainan yang lain. Oleh itu dalam pergaulan kita itu kita perlu memilih untuk menjadi NILA mahupun AIR dalam baldi yang di beli di koperasi sekolah tu.

UJALA ni la yang aku suka pow kat kengkawan dulu


Situasinya kita dikelelingi oleh geng surau, geng mengaji dan geng2 ustaz mahupun geng ustazaha pilihan yang hebat dan power. Itu tak menjadi masalah. sebab kebiasaannya sememangnya mereka akan bertindak menjadi NILA untuk mempengaruhi kita. Hal ini kerana mereka itu ramai. mereka bukan sahaja setitik tapi banyak2 titik. Itu lah kelebihan apabila kita ni sering bergaul dengan golongan yang macam ini.

TAPI...........

Hakikatnya kebanyakan dari kita sukar dan agak jarang untuk sentiasa bergaul dengan golongan macam ini. Kerana apa? Kerana sememangnya telah tertulis bahawa golongan yang hebat bab agama ni akan menjadi golongan dagang di penghujung zaman ini. Maka kita pasti dan pastinya akan bergaul dengan rakan2 kita yang lain yang lebih rencam gaya hidupnya. So di sini lah kita perlu bertindak sebagai NILA untuk mempengaruhi rakan2 kita yang lain.

Cuba tanya diri kita sendiri. berapa ramai kawan kita yang berjaya kita pengaruhi untuk menuju ke arah yang lebih baik? Ambil contoh mudah. Di dalam kita keluar bersiar2 mahupun berfoya2 dengan rakan teman dan taulan. Apabila masuk waktu solat. Bukankah mulut kita ni akan terasa berat untuk mengatakan " Jom singgah solat jap" Kita akan lebih bersikap play safe dengan melayankan keadaan yang sedia ada. Ketika itu harus dipersoalkan kita ini DIPENGARUHI ataupun MEMPENGARUHI? Kita NILA ataupun AIR

Suka untuk aku mengambil contoh satu organisasi kepimpinan pelajar di mana2 pun. Hanya akan ada seorang sahaja biro kerohanian kan? Persoalan yang timbul adalah adakah NILA setitik ini mampu mempengaruhi kawan2 yang lain? Kebiasaan yang akan terjadi adalah NILA SETITIK ini akan lama kelamaan semakin pudar serinya. Malah kadang dia ni yang akan terlebih over dari rakan yang lain!

Sangat banyak. sangat banyak, Contoh yang berda di depan mata. Malah aku terkadang sendiri mengalami situasi yang sama. Kadang2 dipengaruhi dengan perkara yang tak sewajarnya bila bergaul dengan rakan2. Tapi itu la pentingnya muhasabah diri. Cepat2 kembali untuk MEMPENGARUHI. Cepat2 kembali menjadi NILA.

Cakap banyak pun tara guna kan. Kalau lu rasa entry wa ni mampu jadi NILA untuk lu orang apa kata lu orang like butang like bawah ni. Moga NILA ini akan terus tersebar kepada kawan2 Seislam kita yang lain (Taktik untuk popularkan blog.hehe).

Oleh itu wahai Aku dan Kamu.. Jom kita menjadi NILA kepada masyarakat. Semoga setiap usaha kita di kira sebagai ibadah oleh Allah swt...

Kita delete pepatah ni..
Kerana Nila Setitik Rosak Susu Sebelanga

Kita ganti dengan...
Kerana Nila Setitik Mekar Islam Selamanya..

wallahualam...

12 comments:

tcher_vera said...

ABM = Alat Bantu Membasuh..hehe..ok, ley tima. kalau dalam dunia ak, wah dunia ak kan.. ABM = Alat Bantu Mengajar. Btw, nice entry.. :)

Zulgeologist said...

wow..dahsat...duni sendiri tu..haha..tu la..terfikir gak time taip tu..apekan daya,,mintak jadi cikgu tak dapat.heeee

tcher_vera said...

xpe..nti try apply jd pensyarah ek..hehe..kot2 ley dpt.. :)

Zulgeologist said...

tu lah.tapi nak sambung belajar malas la pulak..haha

tcher_vera said...

jgn mls2..huhu..kt kan org islam, kena blaja pandai2, tinggi2, n kutip smua ilmu yg ada..ley jg agama kt..:)..btl ke klu nsht mcm ni kat ank murid?btl kan?klu slh..betulkan ek.. :)

Zulgeologist said...

power la tecer...ok2..aku insaf sebentar..heee..thanks :-)

tcher_vera said...

bagus..ni rakyat yg kita mau..he..

Zulgeologist said...

baek cikgu!!

yanmaneee said...

adidas nmd
supreme
golden goose sneakers
kobe 11
nike cortez men
james harden shoes
canada goose jacket
balenciaga shoes
nike air max
golden goose outlet

Unknown said...

louis vuitton replica bags neverfull replica bags cheap louis vuitton replica bags neverfull

deeshays said...

d1w54h0i29 n0x84g9x55 v7c75h5q30 b3f64p9k40 k3m38x7q71 r3s40g7k17

Anonymous said...

jordan outlet
supreme hoodie
off white hoodie
jordan 13
supreme clothing
birkin bag
bapesta
goyard outlet
ggdb
goyard tote bag

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang