PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Wednesday, February 16, 2011

Bahang PRK 2 : Kenapa aku memilih GMUKM


 Salam Mahasiswa!! Cewwah..setelah aku berfikir2 maka aku ingin umumkan minggu ini adalah minggu UNGU di blog aku. Semua entry di blog aku akan berkisar tentang GMUKM hinggalah tamat proses pembuangan undi. Kenapa aku lakukan ini walaupun aku telahpun bergraduasi dari UKM? Nantikan jawapan aku di entry berikutnya.

Seperti yang telah aku nyatakan sebelum ni. Aku ingin menyatakan kenapa aku mendokong GMUKM. Jadi untuk entry kali ini aku ingin menyenaraikan beberapa sebab utama aku memilih untuk mendokong GMUKM.

1. ISLAM

Ini adalah sebab utama aku rela untuk bersusah payah untuk mengharung segala mehnah dan tribulasi dalam berjuang bersama dengan GMUKM. Seperti yang kita tahu MAMPU merupakan 1 front UTAMA yang membawa nama GMUKM di arena Politik Kampus. MAMPU adalah 1 kesatuan mahasiswa yang didokongi oleh orang yang inginkan ISLAM diletakkan di tempat yang sepatutnya di bumi UKM. Tiada solusi lain untuk segala isu yang berlingkar menjadi permasalahan mahasiswa melainkan ISLAM. Kebajikan? Masalah sosial? Akedemik? semuanya akan hadir selepas pemimpin adalah terdiri orang yang BENAR-BENAR memahami islam. Penyertaan di dalam arena politik kampus juga adalah salah satu usaha yang dilakukan untuk mendapatkan KUASA yang hanya dijadikan WASILAH (JALAN) untuk menegakkan ISLAM di bumi UKM. Bertepatan dengan hadith Nabi ini.

Barangsiapa di antara kalian melihat suatu kemungkaran maka hendaklah ia merubah dengan tangan (KUASA) jika tidak mampu maka dengan lisannya, jika tidak mampu juga maka dgn hatinya, itulah selemah-lemah iman.”
(HR. Muslim)



 Semoga Islam terbela!! 

2. AKEDEMIK

Dari segi keputusan peperiksaan memang ternyata calon2 GMUKM lebih terkehadapan dari sudut ini. Aku tampilkan beberapa contoh di entry ini. Pertamanya Saudara Mohd Faiz Bin Ismail, Beliau telahpun menjadi calon untuk GMUKM 2 tahun berturut2. Namun ternyata kesibukannya dalam gelanggang kemahasiswaan tidak membuatkan beliau alpa dengan pelajarannya dengan mendapat PNGK 3.73 buat masa ini. Seterusnya calon GMUKM di FSSK pada sesi lepas. Wong King Chai merupakan salah seorang pemegang Biasiswa Tun Abdul Razak. Biasiswa yang bukan calang2 orang boleh menerimanya. Ingin tahu berapa kali beliau mendapat anugerah dekan? Ianya adalah 4 kali dalam 4 sem. Maksudnya apa tu? Setiap Sem la bro. Apa kurangnya kehebatan muslimat di medan siasah mahupun akedemik. Mengimbau kembali calon GMUKM kerusi umum sesi 07/08 Saudari Hanisah Afandi. Beliau berjaya mendapat anugerah Dekan sebanyak beberapa kali. Kini beliau merupakan Pensyarah di salah sebuah kolej swasta. Hebat sungguh muslimat. Ternyata sememangnya Muslimat juga hebat dalam banyak segi. Tidak lupa juga MPP FST tahun 3 sesi 09/10 saudara Arif Misrol yang juga berjaya mendapat anugerah dekan dalam kalangan pelajar Sains Nuklear.  Seterusnya sahabat aku sendiri Khairul Aiman Shahrom calon FST pada sesi lepas. Walaupun beliau tidak mendapat pointer dekan namun (sebab memang susah nak jumpa kat kos aku.hehe) hakikatnya beliau tetap meletakkan diri dalam kalangan pointer yang tinggi dalam kos kami.

3. CAKNA

Seterusnya cakna tentang isu semasa. Kita melihat tentang isu kampus dahulu. Jika dahulu tentang isu SPKG. Siapa yang benar2 membantah perlaksanaan SPKG ini?. Walaupun aku sangat aktif di kolej tapi aku tetap tidak menyokong SPKG ini dan senada dengan pendokong GMUKM  yang lain kerana SPKG melahirkan insan aktif yang bukan nak aktif sebenarnya. Aku bersama dengan rakan GMUKM yang lain brainstorm tentang langkah2 yang wajar dilakukan untuk membebaskan mahasiswa lain dari cengkaman SPKG ini.  Masih ingat debat mahasiswa tentang SPKG yang lepas? Siapa juara??  Anda sendiri tahu jawapannya. Beralih kepada isu yang lebih bersifat global. Baru2 ini apa yang aku dapati terdapat piket di Masjid UKM tentang isu Mesir. Begitu cakna pimpinan GMUKM mendepani isu mesir ini. Namun apa yang ASPIRASI ulas di dalam blog mereka? Mereka mengkritik tindakan Mahasiswa ini. Tapi ternyata langkah mereka tersilap dan menyebabkan admin blog itu terpaksa remove entry tersebut dari blog ASPIRASI. Ternyata ibarat “Menjilat ludah sendiri”.

 Lihatlah ludah yang dijilat mereka. Mahasiswa bijak sebab dah print screen..haha

4. BERANI

Ya. Berani. Aku sangat memuji rakan GMUKM yang berani dalam menempuh segala yang mendatang. Kita lihat sahaja Debat ala presiden yang berlangsung beberapa hari lepas. Siapa yang berani tampil di medan debat? siapa yang hanya bermain dengan alasan semata. Oh Kamal Ali. Pelbagai syarat diminta untuk berdebat dengannya tapi ternyata resmi penakut itu penakut jua. Aku juga terdidik dengan sifat berani dari rakan2 GMUKM yang lain. Pada sesi lepas apabila berlaku kes pembuangan kebanyakan Agen2 calon di KIZ aku bingkas bangun untuk memperjuangkan apa yang hak. Aku sertakan pelbagai alasan kenapa perlu mengekalkan mereka semua. Mereka cukup melengkapi syarat2 dari segi pointer yang tinggi mahupun keaktifan kolej. Aku berani untuk bertemu dengan Tuan Pengetua, menjawab isu2 yang dilontarkannya di wall FB IZISH. Alhamdulillah keberanian aku tidak di salah ertikan oleh rakan2 di kolej. Sewajarnya kita berani memperbetulkan apa yang tidak betul. Terima Kasih GMUKM yang mengajar aku erti berani. Bukankah mahasiswa adalah golongan yang mesti berani??

5. BERPIDATO

Sifat yang amat penting untuk menjadi pemimpin adalah petah berpidato di khalayak umum. Ini yang sangat ketara perbezaan antara Pendokong GMUKM dan ASPIRASI. Hatta kawan aku yang menjadi jentera ASPIRASI pun mengakui tentang hal ini.  Aku kongsi sedikit disini antara figure GMUKM yang aku sangat aku admire apabila mendengar mereka berpidato. Pertamanya Saudara Idris Yusof selaku MPP FPI pada sesi 08/09. Sangat seronok aku mendengar kata2 nya yang penuh bersemangat dengan susunan kata yang sangat megujakan. Nak2 pulak mendengar ayat2 Al Quran yang meluncur laju dari mulut beliau. Sangat mengkagumkan!! Seterusnya Saudara Azizan Anwar. Memang  beliau bukannya calon GMUKM. Tapi kehadiran beliau menjadi pengerusi dalam piket di Masjid UKM menarik perhatian aku. Petah sungguh beliau berpidato. Dengan nada dan intonasi yang kena pada tempatnya. Seorang lagi mahasiswa yang baru sahaja mencipta nama Saudara Fariq Fitri yang  kini telahpun mempunyai fan page nya sendiri. Boleh klik di sini (NOW.fariqfitri). Lahir dari Mahasiswa FST sama fakulti dengan aku membuatkan aku mengenalinya seawal tahun pertamanya di UKM sesi lepas. Tak sangka aku seawal usianya yang masih mentah di kampus, beliau mampu berpidato di khalayak ramai dengan begitu yakin sekali. Rugi aku tidak berpeluang melihat kepetahannya di Debat Ala Presiden baru2 ini. Namun aku yakin dan percaya ramai yang merasakan dia adalah pemimpin ideal masa depan dengan tenungan mata yang tajamnya. Gaya penulisannya di blognya  http://serbanterbang.blogspot.com juga tak kurang hebatnya. Go lah Fariq!!!

Ini antara sebab mengapa aku bersama mendokongi GMUKM. Namun andai kalian merasakan ASPIRASI adalah lebih terkehadapan dalam  hal di atas terpulang kepada penilaian kalian. Mungkin ada mempersoalkan tidak semua budak GMUKM begini. Ya, aku setuju!! Aku tidak menyatakan semua tetapi majoriti dari pendokong GMUKM adalah begini. ASPIRASI pun ada yang bersifat sebegini bukan? Persoalannya majoriti atau minoriti???

p/s : Aku sangat menghargai andai ada yang ingin share entry ini untuk kebaikan Mahasiswa bersama..x susah.just klik share je kat sudut bawah entry ni. TQ!!


Wallahualam..

BerGM Lebih Baik!!~~ 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang