PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Sunday, February 20, 2011

Bahang PRK 6 : Mari Mengundi Calon Master


Alhamdulillah tahun ini pihak pentadbiran UKM telah memberi ruang kepada pelajar siswaazah samada yang mengambil master mahupun phd untuk memilih wakil mereka yang akanm menerajui tampuk kepimpinan PMUKM. Walaupun aku bukanlah dalam kalangan pelajar master tapi disebabkan rakan2 aku yang sememangnya seiringan berssama mahasiswa lain masuk bertanding maka dikesempatan ini aku ingin tampilkan calon2 yang membawa nama entiti baru iaitu Kesatuan Siswazah Progresif (KS-Pro). Sebelum itu aku nak menyampaikan manifesto yang dibawa oleh KS-Pro. Aku rasa manifesto ini cukup baik untuk seluruh pelajar siswazah.

1.      Menyokong gagasan dan usaha Universiti memperkukuh bidang penyelidikan dan inovasi, selaras dengan taraf UKM sebagai Universiti Penyelidikan (Research University).
2.      Menyokong citra dan agenda Universiti dalam menjalin hubungan dua hala yang bermanfaat dengan mana-mana instittusi keilmuan antarabangsa, dalam usaha menjadi pusat keilmuan terunggul menjelang 2020
3.      Menyatakan kebersamaan dengan Universiti dalam memperkasa teras penyelidikan universiti.
4.      Menyokong dan memperjuang kerangka dan konsep ‘good governance’ yang kompeten, bertanggungjawab, berintegriti, bernilai mulia dan telus dalam agenda memajukan Universiti.
5.      Menyokong gagasan integrasi dan kesepaduan disiplin ilmu dalam pelbagai bidang, selaras dengan Falsafah Universiti Kebangsaan Malaysia.
6.      Bersama dalam usaha mengimbangi penekanan kepada sistem peperiksaan dengan sistem pembelajaran berasaskan pemikiran kritis dan analitikal dengan matlamat mencari kebenaran. 

7.      Memperjuangkan kebebasan intelek dan akademik kepada universiti, dengan menolak semua campur tangan politik dalam urusan universiti, dengan memahami matlamat asas universiti adalah medan untuk mencari kebenaran.
8.      Memelihara kepentingan dan kebajikan pelajar siswazah UKM dalam kerangka menghormati hak asasi, memelihara prinsip-prinsip demokrasi dan menjunjung permuafakatan, perjanjian, pengisytiharaan dan persetujuan antarabangsa, yang sejajar dengan nilai-nilai keadilan. Antaranya :
-          Membumikan akses pembiayaan tesis agar dapat dinikmati oleh semua pelajar siswazah
-          Berusaha menyelesaikan masalah kelewatan visa pelajar luar negara.
-          Membudayakan wacana, seminar, forum, perbincangan dan sebagainya yang menyokong budaya keilmuan
-          Menyokong dan meraikan integrasi budaya dari kepelbagaian negara, selaras dengan prinsip-prinsip kebenaran.
-          Berusaha untuk mencari jalan penyelesaian terbaik, dengan kepelbagaian pendekatan yang berhikmah, dengan pihak Universiti dalam agenda membela kebajikan pelajar siswazah (seperti parking kereta, biaya penyelidikan dan sebagainya).

Sudah baca semua kan? Sekarang ni pilihan di tangan anda. Anda selaku pelajar master mahupun PHD pasti mempunyai buah fikiran yang sangat hebat bukan. Tapi siapa pula yang bawa manifesto ni? Berapa no calon diorang? Jom kita tengok...

1.      ABDUL MUSYRIF BIN MOHAMAD KHALIL = Calon nombor 2
2.      NORIAH BINTI ABDUL RAHMAN = Calon nombor 3
3.      MOHD ARIF BIN MISROL = Calon nombor 4

Selamat mengundi kawan2ku sekalian...

Wallahualam..


2 comments:

tsnm said...

thanx der.

Zulgeologist said...

tsneem..alhamdulillah da menang pun..hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang