PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Thursday, February 3, 2011

Terasa macam nak kahwin


Baru2 ni aku ditanya tentang isu yang sangat biasa dalam kalangan remaja masa kini. Biasa la time di awal menjengah usia remaja ni la isu ni akan menjadi hangat.  Mungkin korang semua pun dah tahu apa yang isu yang aku katakana. Ianya adalah berkait dengan masalah hati dan perasaan. Ye. Ianya adalah masalah cinta. Aku bukan la reti sangat bab2 cinta ni tapi apabila persoalan ini dibangkitkan oleh orang yang mula berjinak2 dengan gerakan islam maka aku cuba untuk berkongsi sedikit apa yang termampu.

Situasinya adalah 2 orang  muslimin dan muslimat yang baru berjinak2 dengan gerakan islam baru berkenalan tak sampai setahun dan umur pun belum mencecah 20 tahun. Mungkin bermula dari kadang2 berbalas mesej bertukar menjadi kerap dan berakhir dengan BERTUNANG. Bukan bertunang secara melayu tetapi bertunang secara islam iaitu keduanya telah bersetuju untuk berkahwin. Alhamdulillah la kalau memang sudah merancang sejauh itu tapi persoalannya adakah Pertunangan ini adalah topeng kepada istilah “couple”??

Apa bezanya antara 2 istilah itu andai pagi petang siang malam bermesej? Kadang2 kol bersembang antara ajnabi? Kadang2 terbayang pasangan masing2 di kala dilanda kerinduan?ah..ternyata pertunangan itu hanyalah topeng semata. Topeng kepada golongan yang  menyatakan cinta mereka adalah “cinta islamik”

Aku tak menafikan tentang semua orang tak terlepas dari perasaan ingin  bercinta tapi seharusnya orang yang lebih dekat dengan agama ini sepatutnya perlu lebih bijak mengawal diri. Satu perkara lagi aku merasakan usia sebegitu adalh terlalu awal untuk bertunang. Kalau tunang dengan erti kata “semata-mata” perjanjian untuk berkahwin tu lain la cerita. Tapi sekarang ni pertunangan itu telah membuatkan hati mereka terbuai2. Maka seharusnya bertahan dulu sampai tiba masa sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga.  Lagi 1 saranan aku andai ada yang merasakan anda sedang mengalami situasi “cinta islamik” ini silalah mencari ustaz atau ustazah untuk menjadi orang tengah korang agar ada tempat untuk merujuk dan ada orang yang mengawal batasan.

Halal ke tak ni??

Cukup tentang kisah di atas. Beralih kepada untuk orang2 yang sedang bercouple. Aku tahu ramai kawan aku yang dah bercouple walaupun hakikatnya aku lebih kacak dari korang.haha. Pernah aku bersembang dengan seorang teman aku yang dulunya pernah hidup agak sosial tapi sekarang sudah sangat2 berubah. Aku pun sangat respek kat dia di atas perubahan itu. Bila bersembang tentang masa depan aku agak terkesima bila dia mengatakan dia merancang untuk “menjaga iman”. Menjaga iman di sini bermaksud adalah mendirikan rumahtangga. Korang2 yang tengah bercouple ni agak2 iman terjaga tak selagi tak menghalalkan apa yang haram? Bukankah perbuatan korang sekarang adalah haram? Nah lihatlah apa hadaf utama dia sekarang? Bukanlah dia sedang  bercouple tapi dia sedang berusaha untuk melengkapkan agamanya. Calon? Begitu mudah untuk orang seperti dia.

Aku memahami adalah agak mustahil kalau korang nak clash ketika hangat bercinta ni. Tapi sejauh mana korang merancang untuk lebih mengahangatkan lagi perhubungan korang dengan melangsungkan pernikahan? Terutama kepada kawan2 yang  telah pun bekerja apa lagi ditunggu? Sudah sekian lama melakukan perkara yang diharamkan sekarang la masanya untuk memepercepatkan menghalalkannya. Jadi cepat2 la berkahwin kawan2 oi. Jangan kata merancang pun belum. Kalau belum tu bermaksud korang bercinta sebab nafsu je la. Bukan sebab nak kahwin. Bagi yang perempuan pula cuba Tanya pakwe korang bila nak kahwin? Kalau dia pun takde perancangan tu maksudnya elok dah korang cari orang lain yang lebih serius.hehe. Kenapa korang perlu lebih serius kerana percaya atau tidak budaya bercouple sesungguhnya MENGHAMPIRI zina. Memang bukan berzina tetapi MENGHAMPIRI zina. Aku ulang MENGHAMPIRI, MENGHAMPIRI dan MENGHAMPIRI...Bukan berzina tapi MENGHAMPIRI...

“Dan janganlah kamu MENGHAMPIRI zina, Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan Yang keji dan satu jalan Yang jahat (yang membawa kerosakan)”.
(Al-Israa’ 32)

Kat bawah ni aku tampilkan beberapa nas yang memungkinkan korang lebih serius untuk mendirikan rumahtangga..TERUTAMA KEPADA YANG SUDAH BERCOUPLE..

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya, dia menjadikan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu merasa tenteram kepadanya. Dan dijadikan di antara kamu kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir"
(Surah Ar-Rum ayat 21)

“Barangsiapa tidak menyukai sunahku, ia bukan dari aku (umatku). Berkahwin adalah sunahku kerana itu siapa yang mengasihiku hendaklah ia melaksanakan sunahku”.
(Hadith Riwayat Ahmad Ibnu Hanbal)

Dua rakaat yang dilakukan oleh orang yang bekeluarga lebih afdal daripada tujuh puluh rakaat yang dilakukan oleh orang hidup membujang”.
(Hadith Riwayat Ibnu ‘Adiy dari Abu Hurairah)

"Apabila seorang hamba Allah telah beristeri / bersuami ia telah menyempurnakan separuh agamanya. Pada separuh yang lainnya hendaklah ia bertaqwa kepada Allah".
(Hadith riwayat Al-Baihaqi)

"Hendaklah kamu beristeri, kerana sehari hidup beristeri lebih baik daripada seribu tahun beribadah".
(Hadith Riwayat Abdullah Ibnu Abbas)

 Video ni khas untuk korang







2 comments:

Aku-Ida said...

wahwahwah tajuk tu mcm tak sabor2 je adik sepupu aku ni...

Zulgeologist said...

hahaha..tu le..tunggu a.ajui je ni...menghahahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang