Assalamuaalaikum wbt..
Setelah hampir genap seminggu kemenangan GMUKM baru la aku berkesempatan untun mencoret sedikit mengenai Pilihan Raya Kampus di UKM khususnya. Rata2 aku melihat ramai dalam kalangan rakan2 di FB aku masih terus menerus mensyukuri catatan sejarah yang terlakar di dataran DG pada malam isnin yang lalu. Alhamdulillah ianya sangat indah..
Malam semalam dalam usrahku ketika sesi round table terdapat satu isu yang dibangkitkan oleh adik usrahku. Adik aku tu mengajak semua sahabat untuk mula melakukan perubahan selari dengan apa yang berlaku di UKM.Sememangnya aku mengakui ISLAM diberi kemenangan dalam medan siasah melalui GMUKM. Namun masih ada muhasabah dan penejelasan yang kita sama2 lakukan. Inilah yang membuatkan aku meronta2 untuk memaksa diri aku membuat entry ini.
Sebelum aku pergi lebih jauh ingin aku berkongsi sedikit kemanisan dalam perjuangan ini. Setelah 7 tahun berturut2 pelbagai kesakitan dan tekanan yang diterima oleh senior2 kita dan diteruskan oleh kita, akhirnya saat yang dinanti telah tiba. Di malam turunnya bantuan Allah itu kita rata2nya menitiskan airmata kegembiraan. Setiap seorang sahabat seperjuangan yang kita peluk membuatkan kita teringat2 gerak kerja yang kita lakukan bersama2. Pahit jerih yang dilalui. Hiruk pikuk dunia politik yang kita rasai. Namun harus di ingat kemenangan ini hanyalah berlaku dengan bantuan ILAHI. Ya!! ILAHI. Maka lahirlah rangkap berikutnya untuk mengingatkan kita kembali tentang bantuan yang maha hebat ini.
Semoga keceriaan ini berlaku setiap tahun
Macam2 yang kita telah buat bukan? Dari sebesar2 perancangan hinggalah sekecil2 pelaksanaan semuanya telah kita lakukan. Tapi adakah dengan semua yang kita buat itulah punca kemenangan kita pada kali ini? Bukankah setiap tahun sebelum ini juga berbagai cara kita lakukan? Sekadar untuk muhasabah bersama. Sesungguhnya kemenangan ini hanyalah semata2 bantuan dari tuhan. Tak dinafikan kita sememangya telah melakukan apa yang termampu tapi kita kena yakin semua itu hanyalah asbab yang menyebabkan Allah mengurniakan kemenangan kepada kita. Mungkin kali ini kita mencukupi syarat2 kemenangan oleh Allah lantas kemenangan berpihak kepada kita. Tahun depan?Cukupilah syarat2 itu..
Teruskan amalan solat hajat ini..
Seterusnya persoalan yang ingin aku lontarkan. “Adakah ISLAM sudah menang?”. Secara realistiknya kita hanya memenangi wasilah semata2. Kita hanya baru membuka jalan untuk melaksanakan “Amar Maaruf Nahi Mungkar” Pelaksanaannya? Belum tentu lagi terisi dengan perkara sepatutnya. Apa gunanya kita ada wasilah ini tapi objektif mendapatkan kuasa ini iaitu untuk meletakkan ISLAM di tempat tertinggi di UKM masih tidak dilaksanakan. Kita perlu berbeza dari pimpinan PMUKM sebelum ini. Kita ada fikrah yang jelas kenapa kita bersungguh2 untuk memenangi PRK. Kemenangan di PRK hanyalah kecil andai ingin dibandingkan dengan terlaksananya bi’ah solehah di bumi UKM. Oleh itu manfaatkan kemenangan sebaiknya. Beria2 kita berusaha tapi kalau sama je macam pentadbiran sebelum ni “SERIUS gua x sokong GMUKM dah lepas ni”
Pengumuman kemenangan tiada erti andai tidak dituruti dengan tindakan
Lagi satu peringatan yang penting untuk tentera2 ungu sekalian. Insan2 yang kita angkat untuk menjadi wakil suara mahasiswa sememangnya adalah hebat2 belaka. Tapi harus diingat mereka takkan mampu untuk bergerak lancar andai tiada kekuatan di peringkat akar umbi. Jadi aku merasakan, tidak dapat tidak korang lah yang perlu untuk terus membantu dan menyokong kepimpinan PMUKM yang baru. Nasib baik aku dah habis belajar. selamaaaattt..hahaha. Pergi lah tanya kepada orang2 yang dah menang tu tentang tenaga penggerak yang diperlukan. Kompom jawapannya masih banyak lagi tanaga yang diperlukan. Jangan hanya pandai memberi komen je lepas ni tapi tak ingin langsung berada di pihak yang menerima komen.
Aku rasa cukup sekadar ini peringatan ringkas yang ingin aku sampaikan. Aku bukan lagi mahasiswa untuk korang mendengar apa yang aku cakapkan. Aku hanyalah mahasitua ISLAM yang ingin melihat ISLAM mekar membumi di UKM. Jadi aku mengharapkan korang lah yang menjadi tukan kebun untuk menyemai, membajai dan menyiram ISLAM di perbukitan ilmu UKM. Insyaallah akan aku cuba untuk membantu apa yang termampu dari jauh. Akhir kata selamat Membumikan Islam di Bumi UKM wahai sahabatku..
Wallahualam..
2 comments:
sebuah nasihat,peringatan dan muhasabah yg baik. Semoga penggerak2 GMUKM cakna akan hal ini. Buktikan bahawa PMUKM dibawah pemerintahan GMUKM lebih baik dr Aspirasi. Kalau sebelum ni sibuk dok kata kuasa itu perlu utk menyebarluaskn dakwah, utk laksanakan amar maruf nahi mungkar dsbgnya, sekarang kuasa itu dah ada dlm genggaman. Inilah masanya untuk dibuktikan KEBENARAN kata2 tersebut. Tanda rasa bersyukur di atas kemenangan ini adalah dengan manfaatkn ia sebaik mungkin. Setuju dengan kata penulis, apa guna jika menang wasilah tp matlamat utk meletakkn Islam ditempat yg tertinggi masih tak terlaksana. Ingat, selain dari pelajar2, Allah juga akan menilai prestasi kepimpinan kamu. Semoga prestasi yang dipersembahkan adalah prestasi yang TERBAIK, agar kemenangan ini berpanjangan ke tahun2 yg akan datang. Salam juang buat semua MPP GMUKM dan penggerak2 GMUKM!
Anon : pergh terbaek..sangat2 like it..semoga peringatan2 insan2 kerdil dibawah diambil berat oleh pimpinan PMUKM yang baru. Paling suka ayat anon "Ingat, selain dari pelajar2, Allah juga akan menilai prestasi kepimpinan kamu." Semoga menjadi muhasabah bersama..
Post a Comment