PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Friday, February 4, 2011

Untuk Kamu MAHASISWA!!


Keberadaan aku di Kampung Paloh Layang-Layang Kiri Parit Perak ini menggamit kembali kenangan aku ketika aku baru selesai menuntut ilmu di perbukitan ilmu UKM. Dalam kegelutan aku mencari kerja ketika itu, aku pulang ke kampung ketika rakan2 mahasiswa lain pun sedang bercuti semester. Melihat kepada remaja2 kampung yang semakin gembira dengan kehidupan ‘bergembira’ diorang maka mencetus idea aku untuk menggerakan persatuan belia kampung. Jika dahulu kami rata2 aktif dalam Belia 4B tapi setelah berlaku beberapa penyelewengan dalam persatuan itu maka boleh dikatakan keseluruhan penduduk kampung dah tak percaya lagi dengan gerakan itu. Lantas kami ingin membentuk Persatuan baru. Sempat la kami bermeeting beberapa kali merangka objektif, AJK, Nama dan program yang ingin dilakukan di kampung ni.

Tapi semua itu hanya tinggal perancangan. Panggilan untuk bekerja di G&P Geotechnics Bhd agak membantutkan perancangan. Ditambah lagi kawan2 mahasiswa lain pun dah nak pulang ke kampus masing2. Mungkin suatu hari nanti kami akan kembali bersama perancangan yang lebih teliti dan aku pun menantikan cuti semester panjang bulan 5 ni untuk menggerakkan kembali Persatuan belia kampung  ni kerana kekurangan man power setakat ni.

Ok cukup kisah Kampung aku.  Korang mesti perasan apa yang aku highlightkan kat atas tadi? MAHASISWA. Ye MAHASISWA. Siapa Mahasiswa? Aku yakin kebanyakan pembaca blog aku ni adalah terdiri dari golongan Mahasiswa ataupun golongan yang pernah memegang gelaran Mahasiswa walaupun kini mungkin sudah bertitle Mahasitua.haha. Di mana dan kemana perginya peranan Mahasiswa kepada masyarakat? Takkan la akan pergi kepada Masyarakat ketika ada Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) je? Lepas tu hilang tanpa berita. Mari kita sama2 katakan “Mahasiswa sekarang lemau seperti limau busuk”. Korang PERLU setuju dengan keLEMAUan ini kerana itulah hakikatnya.

Berapa ramai yang datang ke kampus untuk menuntut ilmu mengikut kos masing2 semata. Ada yang tak teringin pun untuk cuba2 bergerak kerja dalam berorganisasi. Anda pula bagaimana? Alhamdulillah penghidupan aku di Kolej Ibu Zain dulu banyak mengajar aku dalam kehidupan berorganisasi. Walaupun aku tak lah sampai mampu jadi MEP (JAKSA) Kolej tapi boleh la sikit2 untuk dijadikan modal bila kembali kepada masyarakat. Begitu seronok  berorganisasi di Kolej Ibu Zain dalam pelbagai bentuk program. Terasa la juga kehidupan kat Universiti yang sibuk dengan pelbagai program.

Kolej yang banyak mendidik aku

Namun kesyukuran perlu aku panjatkan. Alhamdulillah menginjak ke tahun akhir aku mula lebih aktif dalam gerakan yang lebih bermatlamatkan islam. Dari sini lahirlah asimilasi antara corak berorganisasi di kolej dengan berorganisasi  di bawah payung gerakan islam. Oleh itu setelah bergraduasi maka aku lebih cenderung untuk berorganisasi yang bermatlamatkan islam. Andai di ulang kembali kisah kampung aku tadi. Apa solusi kepada permasalahan remaja2 kampung aku? Bukankah ISLAM menjadi solusinya? ISLAM di sini bukan semata ISLAM di masjid je tapi ianya adalah ISLAM YANG MENJADI GAYA HIDUP.

Ok lupakan tentang aku. Berbalik kepada anda. Untuk anda yang sudah bergraduasi dan mungkin telahpun bekerja. Di mana peranan anda  kepada masyarakat? Bukankah anda adalah modal insan yang di canang2 oleh pemimpin Negara? Hahahaha...tergelak aku andai ini yang dikatakan modal insan andai hidup hanya pagi pergi kerja, petang balik kerja, malam pula beronline diikuti dengan menonton movie dan di akhiri dengan tidur. Di hujung minggu pula hanya tidur dan berjalan2 semata2. Tiada langsung gunanya anda kepada masyarakat. Tidak langsung menepati ekspetasi masyarakat kepada anda. Ternyata sini anda adalah dalam golongan  “Mahasiswa lemau seperti limau busuk”. “Argh..Zul ni. Cakap orang. Dia pun sama je”  kata anda..Ye. Memang tepat pendapat anda tu. Maka terpulang kepada kita kini untuk menafikan apa yang kita sendiri perkatakan.

Ececece..Ingat anda yang sedang bertitle mahasiswa tu akan terlepas ke? Sori sikit der..korang pun sama jugak.haha. Anda la sepatutnya menjadi agen penggerak masyarakat. Mungkin ada antara anda yang sangat selesa dengan kehidupan belajar dan bermain korang. Kalau berprogram pun semata2 nak mendapat markah merit kolej. Takpun nak dapat A dalam kokurikulum. Ada antara yang merasakan semua tu adalah useless. Kalau anda tak melakukan sekarang amatlah rugi nya. Bagi aku kehidupan di Universiti bukan semata2 belajar ilmu kos masing2. Tapi kehidupan di universiti adalah menjadi medan untuk mempersiapkan diri  dalam usaha menjadi modal insan kepada masyarakat.

Seterusnya aku selaku Graduan dari Universiti Kebangsaan Malaysia ingin mengingatkan rakan2 seUKM aku tentang asal usul sejarah pembentukan UKM.  Banyak dalam kalangan kita yang hanya mengetahui ataupun ada yang tak tahu pun bahawa UKM tertubuh pada tahun 1970. Tapi berapa kerat antara kita bahawa UKM ini tertubuh hasil daripada desakan, keringat dan dana yang dikumpul oleh masyarakat sendiri.  Lantas tertubuhlah UKM hasil dari usaha masyarakat itu sendiri selaku Universiti yang berfalsafahkan  paduan antara iman kepada Allah dengan ilmu yang bermanfaat. Oleh itu seharusnya mahasiswanya adalah modal insan yang berfalsafahkan kepada dua perkara pokok tersebut.

Sudahkah anda "Mengilhamkan Harapan Mencipta Masa Depan?"

Cukup sekadar itu rapuan dari aku. Bukan mengatakan aku adalah mahasiswa yang telah menjadi modal insan kepada masyarakat. Tetapi sekadar ingin mengajak bersama menuju kearah permodalan itu. Tapi perkara yang harus ditekankan dalam menjadi modal insan seWAJIBnya ianya selari dengan kehendak Agama.  Baru la semua yang kita buat tu ada nilainya disana kelak..Am i right??

Wallahualam..

4 comments:

cahaya_ketenangan said...

masih berjiwa mahasiswa rupanya..bertanding ke PRK nnt? mungkinkah sejarah baru bakal tercipta?? :p

Zulgeologist said...

bercadang macam tu kalau Kinah yang jadi pencadang n penyokongnya..;p

FA said...

ooh kinah pencadang dan penyokong.fatien jadi pengundi.okay la kan?!:)

Zulgeologist said...

mane boleh..sorg amek 1 la :p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang