Maaf kepada semua pembaca blog SAPE AKU? Ni. Dalam masa beberapa hari ni terlalu banyak benda yang aku nak ceritakan yang berkaitan dengan gerakan islam samada di kampus mahupun di Malaysia. Tapi masa pun agak terus istiqamah mencemburui aku.haha. Takpa lah. Untuk entry kali ini aku lebih tertarik untuk menceritakan tentang pengalaman aku bersama2 Pemuda2 gerakan islam ketika perhimpunan di Kota sarang Semut Kedah hari sabtu yang lalu.
Kalau mengikut perancangan asalnya aku dijadualkan untuk menaiki bas bersama2 Pemuda Pas Serdang. Tapi masalahnya bas itu akan balik ke K.L awal. Tak sempat lah aku nak mendengar ceramah perdana di malamnya. Maka aku pun decide untuk menaiki kereta tapi perlu mencari orang lain untuk berkongsi2 kos pergi balik. Setakat malam tu kami hanya ada bertiga sahaja iaitu aku, Farid dan Zaki. Kami pun cuba menghubungi rakan2 yang lain untuk turut serta bersama2 kami. Alhamdulilah panggilan ke nombor 0193089736 telah tidak sia2. Syukur kepada Allah kerana telah memilih Teman seKIZku saudara Nornizam untuk bersama2 merapatkan saff Pemuda Pas Malaysia menjelang PRU akan datan.
Bersama Nornizam
Kami bertolak sekitar jam 12 malam dari Bangi dan selamat sampai di Kedah sekitar jam 6 pagi. Setelah bersiap2 mewangikan diri kami pun pergi la ke tempat perhimpunan pemuda pas di Kompleks Pas Kedah di Kota Sarang Semut. Keadaan sudah mulai sesak dengan Bas dan Kereta tidak kurang juga konvoi bermotor dari Pemuda2 Pas sekitar Kedah.
Sesampainya aku di dataran perhimpunan, aku terus mencari kontinjen dari Selangor. Pergh..ramai gila anak muda selangor yang bersama2 dalam gerakan islam PAS ni rupanya. Tak sangka juga aku adanya juga wakil dari Sabah dan Sarawak. Paling aku tak dapat bayangkan adalah Kawasan Baling mampu menghantar lebih 1000 orang pemuda2 mereka. Hebat sungguh gerakan diorang. Ternyata perhimpunan kali ini telah mencapai target 30 ribu orang pemuda yang ingin dihimpunkan. Yang lebih aku kagumi terdapatnya orang muda yang gaya macam budak muda lain tapi ternyata fikrah islam itu ada. Tak kurang juga adanya pemuda yang berkerusi roda. Wah hebatnya beliau.
Macam lagha tapi fikrahnya??
Nampak brader berkerusi roda tu?RESPECT la~!!!
Himpunan yang dirasmikan oleh M.B Kedah YB Azizan telah menghidangkan beberapa pemidato yang hebat2 yang juga merupakan Ketua Pemuda Pas Pusat dan mantan2 Ketua Pemuda yang mengkagumkan. Antara pemidatonya adalah Ustaz Nasarudin Tantawi, YB Salahuddin Ayob dan Ustaz Abu Bakar Chik. Aku kira pidato mereka bukan sahaja membakar semangat pemuda2 untuk bersedia menghadapi PRU akan datang tapi ianya lebih bersifat penanaman kefahaman fikrah dalam kalangan pemuda PAS. Pemidato sangat bijak mengimbangkan antara kedua elemen penting ini dalam isi pidato mereka. Kefahaman dan semangat perlulah seiring dalam diri pemuda2 Islam ini agar penerusan daya dan usaha ini dapat berlaku.
Pidato diaakhiri oleh pidato dari Tuan Ibrahim Tuan Man sekitar jam 12.30 tengahari. Dari pukul 8 hinggalah ke pukul 12.30 kami berjemur di bawah terik mentari. Dalam panas pun aku rasa macam biasa je. Maklumlah hari2 memang berjemur kat site la katakan.haha. Alhamdulillah anak muda terus bersemangat walaupun berjemur. Kena pulak dengan adanya acara kejutan penyerahan borang PAS oleh selebriti terkenal Bob Lokman. Memang terkejut betul dengan kehadirannya.
Bob Lokman minta aku bergambar dengan dia
Selesai solat zohor acara disambung dengan program penutup yang diserikan dengan persembahan dari penyanyi yang dulunya terkenal dengan lagu “Cinta Untuk Nabila” namun kini beliau telahpun bersama PAS dan menukarkannya kepada “Cinta untuk NABI lah”. Seterusnya diteruskan dengan telatah lawak Bob Lokman. Terkejut aku mendengar yang beliau tertarik dengan video2 ceramah tok guru di laman You Tube. Tapi memang best lah ucapan dia. Lawak sokmo. Seterusnya persembahan diteruskan oleh Pak Long yang terkenal dengan lagu “Cinta Pantai Merdeka”. Beliau juga ada mendendangkan lagu2 lain seperti “Selagi Ada Rindu” yang juga dikaitkan dengan Cinta dan rindu kepada Allah dan rasulnya. Alhamdullah bak kata YB Nasaruddin Mat Isa bahawa PAS membuka lembaran baru dalam perjuangan di medan dakwah dengan hadirnya selebriti tanah air di pentas PAS.
Petangnya pula ada perlawanan bola sepak antara Pilihan Pemuda Pas Pusat menentang Veteran Kedah. Tapi aku tak pergi pun. Kami satu kereta pergi jalan2 kat Pekan Rabu. Pekena ABC dulu seround. Selesai makan kami bergerak ke Masjid Al Bukhari. Memang terbaek kompleks dia tu. Macam2 ada. Kagum aku dengan kejayaan seorang anak melayu ISLAM. Sempat la juga berphotoshoot kat sekitar masjid tu.haha
Dari kiri : Zaki, Noni, Zul, Farid
Selesai bergambar kami terus bergerak ke Kompleks Pas semula kerana ada ceramah perdana pula malam tu. Kehadiran memang sangat2 ramai. Bangsa lain pun turut hadir. Aku rasa kehadirannya melebihi dari siang tadi nya. Penuh terus seluruh dataran tu. Siap melimpah2 ke kawasan lain lagi. Sangat hebat kehadirannya..
X muat kamera nak tangkap semua
Sekitar jam 1 pagi kami bertolak balik setelah melepak bersama2 rakan2 seperjuangan di UKM dulu. Terima kasih kepada sahabatku saudara Ammar yang meng’opentable’ kepada kami. Standard tuan rumah la kan.haha. Sampai di Bangi ngam2 azan subuh berkumandang. Selesai aku menghantar kawan2 lain dan bersolat subuh aku terus ke UKM untuk membantu apa yang termampu di UKM. Penat dah menaip ni.haha. Nantikan cerita PRK UKM pulak nanti.
Sekian...
2 comments:
wah...mantap2... patutla adik pun tercelup mcm ni... ISLAM UTK SEMUA!! Takbir!!
Adik2 lagi hebat..yg seniornye lagha je boleh la..hoho
Post a Comment