PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Thursday, February 17, 2011

Bahang PRK 3 : Kenapa aku masih mendokong?


Entry Bahang PRK edisi pertama semalam mendapat sedikit komen yang menyatakan aku bersemangat walaupun sudah habis belajar di UKM. Semoga semangat itu menyerap ke dalam diri pelajar UKM sendiri khususnya. Mungkin juga tak kurang yang mengkritik bahawa aku hanya menyibuk di atas urusan yang sudah bukan lagi lapangan aku. Mungkin juga ada yang merasakan semua ini sudah tidak perlu lagi kerana aku bukan lagi mahasiswa. Maka inilah jawapan aku…..

Kembali kepada persoalan pokok kenapa aku berjuang bersama teman di GMUKM dulu. Bukankah matlamat utamanya adalah islam? Ternyata aku masih islam bukan? Di mana sahaja tidak kira lapangan yang ingin memperjuangkan islam kita seharus dan semestinya memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada mereka. Mungkin kita berbeza medan dan lapangan tapi hakikatnya kita membawa entiti dan matlamat yang sama.

Ingin aku bawakan analogi mudah di sini. Jom kita melihat kembali kepada SUKEM di UKM. Andai kata aku merupakan ahli pasukan dalam team bola keranjang (Tinggi kan aku?hehe) manakala anda pula adalah merupakan ahli pasukan hoki. Yang sama antara aku dan anda adalah kita sama2 merupakan warga KIZ. Entiti kita adalah KIZ (IZISH) dan matlamat kita adalah kemenangan KIZ (IZISH). Nah. Samalah juga dengan isu di atas sebentar tadi. Entiti kita ISLAM dan matlamat kita adalah KEMENANGAN ISLAM. Apakah salah sesama ISLAM menyokong dan mendokong bersama KEMENANGAN ISLAM?

Inilah yang diterapkan kepada semua pendokong GMUKM dahulu. Kami bukan bergerak dan berjuang kerana disuruh. Tapi kami berjuang kerana kefahaman. Dengan kefahaman yang jelas sahaja yang mampu membuatkan sesuatu perjuangan itu istiqamah walau terus diluput masa. Anda mempunyai kawan2 GMUKM yang telah bergraduasi? Lihat sahaja FB diorang rata2 semuanya memberi sokongan kepada perjuangan GMUKM kini. Tiada friends budak GMUKM dulu? Mari aku berikan contoh selain aku.

Saudara Affandi selaku bos MAMPU merangkap pimpinan GMUKM dulu. Anda boleh melihat FB beliau di sini. Dengar cerita semasa penamaan calon tadi pun beliau turun menzahirkan sokongan kepada adik2 GMUKM yang berjuang. Seterusnya pengerusi GMLN (Gabungan Mahasiswa Lantang Negara). Ternyata Saudara Ammar masih lantang menyokong GMUKM. Anda boleh lihat FB beliau disini. Muslimat juga tidak kurangnya. Saudari Rabiatul aka Kak B ni lah insan yang bertanggungjawab mengajak aku untuk meletakkan button batch GMUKM  kat profile pict aku. Bagaiman pula dengan profile picture dia? Boleh lihat disini. Banyak lagi bukan sahaja yang baru bergraduasi. Yang telah lama bergraduasi pun ada menyatakan sokongan dengan memakai button batch “Alumni menyokong GMUKM”. Aku letak sedikit gambar2 mereka yang adanya aku sendiri pun tak kenal dek kerana terlalu jauh beza sesi pengajian. Boleh tengok gambar di bawah ni.



Masuk pula kepada di pihak sana? Anda ada kawan2 ASPIRASI yang telah bergraduasi? Ada yang menzahirkan sokongan kepada adik2 ASPIRASI yang lain? Jarang sekali mahupun langsung tiada bukan? Inilah yang membezakan kami dan mereka. Kenapa ini berlaku?? Kembali kepada persoalan pokok aku tadi. Kini kita tanyakan kepada mereka. Kenapa mereka bersama ASPIRASI dahulu. Rata2 ada yang disuruh oleh pentadbiran kolej. Ada juga disuruh oleh Ketua2 jentera. Ada juga yang inginkan jawatan dan nama. Tapi aku rasa yang paling banyak kerana akan dapat makanan percuma di setiap malam.haha. Akhirnya bergraduasi lah mereka yang tidak memahami kenapa dan apa yang mereka perjuangkan.

Cukup sekadar ini dan aku kira semua pembaca blog aku sudah mengerti kenapa aku melancarkan “minggu ungu” di blog aku. Masih merasakan aku menyibuk semata2? Terpulang kepada anda. Anda mempunyai mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Anda sudah melihat alumni GMUKM terus mendokong adik2 di kampus. Maka fikirlah…

Wallahualam…


BerGM Lebih Baik!!~~

2 comments:

Anonymous said...

korang lah senior2 yang ajar budak2 islam ni menfitnah ke?

NadiUKM

Zulgeologist said...

Anon : apa yang difitnah?sila perhaluskan. Sila baca entry aku sebelum ni. ternyata terbukti anda penakut kerana tidak berani tampil dengan diri sebenar. hanya menggunakan nama anon untuk bersuara?? memalukan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang