PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Wednesday, February 16, 2011

Bahang PRK : Keadilan untuk semua?? SAMPAH!!!!!


Gegak gempita di laman sosial popular Facebook tentang Pilihan Raya Kampus UKM yang akan berlangsung tak lama lagi. Mengikut info yang aku dapat Proses penamaan akan berlangsung pada 17 Feb dan pembuangan undi akan berlangsung pada 21 Feb ini. Pasti anda tidak tahu apa yang ada dengan 21Feb ni dalam kehidupan aku kan?nantikan pendedahan di hujung bicaraku nanti.haha

Terdetik aku untuk mencoret sedikit tentang isu ketidakadilan yang berlingkar sepanjang PRK lepas untuk di jadikan sedikit panduan kepada bakal2 pengundi nanti untuk memilih pemimpin yang mana satu untuk menjadi wakil kalian kelak.

Pertamanya ingin aku tekankan bahawa penyertaan GMUKM di gelanggang PRK dengan keadaan telahpun dikalahkan dan dianaktirikan oleh sistem yang sedia ada. Kira mudahnya aku katakan kalau lawan bola tu GMUKM telahpun kena 3-0 la oleh ASPIRASI. Semuanya dek kerana begitu banyak ketidakadilan yang berlaku.Ye!! terlalu banyak!!  Terlalu banyak ketidakadilan yang berlaku dalam peringkat sebelum, semasa mahupun selepas pilihanraya. Oleh itu disini ingin aku dedahkan beberapa ketidakadilan yang berlaku mengikut 3 peringkat ini.

FASA SEBELUM

Dari segi dana ternyata GMUKM telah dipinggirkan. Mungkin korang tidak tahu mahupun sudah tahu bahawa setiap jentera ASPIRASI di setiap kolej mendapat dana dari HEP. Bukan sedikit tapi mencecah ribuan. Tidakkah pelik kalian semua dari mana datangnya duit setiap jentera yang boleh makan percuma di setiap malam? Dari mana datangnya duit untuk menampung duit baju ASPIRASI yang hanya perlu dibayar RM5 oleh setiap jentera? Aku tahu banyak perkara2 dalam kelambu ASPIRASI ni. Jangan nak tipu la kalau cakap tiada langsung duit yang disalurkan dari HEP sebab Jentera ASPRASI sendiri yang mengaku kat aku. Teringat aku time 1st year dulu senior aku yang merupakan jentera ASPIRASI cakap duit untuk PRK ni kedua pihak dapat. Tapi ternyata dusta semata. Ianya langsung tak berlaku. Dari pihak GMUKM, pendokong GMUKM sendiri lah yang mengeluarkan wang dari poket sendiri dan juga sumbangan dari senior2 GMUKM yang lepas2 yang sudah bekerja.

Seterusnya dari segi ruang untuk berkempen melihatkan tindakan bias terutamanya dari pihak kolej. Jika tahun lepas GMUKM ingin berkempen di kolej2. Aku sendiri yang menunggang Kuda putih AGN3870 aku ke setiap kolej untuk menghantar surat permohonan. Jika tahun2 sebelumnya memang tidak pernah pun GMUKM menghantar surat permohonan. Tapi tahun lepas aku yang merupakan antara orang yang aktif program kolej di KIZ (IZISH) cuba mengerti apa yang diinginkan oleh pihak pentadbiran kolej. Dan yang paling penting aku telahpun memohon pandangan dari Pengetua Kolej aku yang merangkap pengerusi pengetua2 kolej ketika itu. Beliau (En Anuar Ahmad) jugalah yang meminta aku untuk membuat surat tersebut.  Namun ternyata usaha aku menghantar puluhan surat ke setiap kolej adalah sia2. Semua kolej memandang sepi surat dari GMUKM itu termasuk KIZ sendiri.

FASA SEMASA

Semasa PRK berlangsung pun sama. Di setiap kolej mempunyai cerita tersendiri. Namun yang paling ketara adalah di Kolej Keris Mas. Aku sendiri turun dari KIZ untuk cuba menyelesaikan permasalahan disana. Bagaimana kaunter SPKG yang berkaitan dengan merit Kolej boleh di buka ketika PRK? Setiap pelajar WAJIB untuk mendaftar terlebih dahulu di kaunter itu sebelum membuang undi. Orang yang menjaga kaunter itu memakai baju APIRASI dan di belakang mereka diletakkan poster calon ASPIRASI. Aku sendiri bertanya kepada salah seorang calon ASPIRASI ketika itu iaitu Saudara Alvin. Sememangnya kami kenal sebelum PRK lagi. Aku tanya kat dia “Pada pandangan u kaunter ni adil n sepatutnya di buka tak?” ternyata jawapannya juga merupakan jawapan orang yang mempunyai fikiran yang waras. Beliau pun kata tak adil buka kaunter dengan baju dan poster sebegitu. Satu perkara lagi yang menyakitkan hati. Rupa2nya bukan sahaja penghuni kolej diminta untuk mendaftar. Rupanya2 di belakang sekali kertas nama pelajar itu telah di letakkan calon2 yang perlu diundi oleh adik2 terutamnya 1st year. Sekali boleh kantoi pulak dengan kami. Memang diorang malu besar ketika itu. Terus tutup kaunter..

 Setelah terkantoi. kami rampas kad matrik pun diorang bagi. Orang dah salah la katakan


Seterusnya terdapat kolej2 lain yang berlaku bias.  Banyak lagi kes lain yang mungkin kecil dimata mereka tapi pihak GMUKM telahpun listkan semuanya yang korang semua boleh baca di sini. (http://gm-ukm.blogspot.com/2010/01/kempen-besar-besaran-bongkar.html)

FASA SELEPAS

Kita melihat keputusan PRK  lepas menunjukkan memenangi 15 daripada 35 kerusi yang dipertandingkan. Namun selepas kemenangan yang dikecap anda semua boleh melihat apa jawatan yang diberikan kepada MPP Mahasiswa yang telah menang itu? Tiada satupun jawatan Exco yang diberikan kepada mereka. Kemenangan calon GMUKM sebenarnya telah dinafikan kuasanya oleh pihak atasan sendiri. Mereka boleh dikatakan bergerak bersendirian tanpa sokongan dari pihak yang sepatutnya. Lihat sahaja kes Exco Kerohanian PMUKM yang jawatannya seperti digelapkan dengan perkongsian kuasa dengan jawatan Setiausaha iaitu Saudara Kamal Ali. Apa salahnya meletakkan calon GMUKM yang menang yang aku kira kita semua tahu lebih arif tentang selok belok agama terutamanya dari kerusi Fakulti Pengajian Islam dan Fakulti Pendidikan. Tapi hal itu langsung tidak berlaku.

Seterusnya isu buang kolej. Tahun lepas merupakan satu kejutan di kolej aku. Sangat pelik dan pertama kali berlaku di kolej aku isu buang kolej ini. Telah aku hebohkan di Fb mahupun blog tentang ketidakpuashatian aku. Bahkan aku sendiri telah berjumpa dengan En Anuar Ahmad dan En Danny Hamidon untuk memohon penjelasan.  Tapi boleh aku katakan disini jawapan hanya untuk berdalih semata. Isu Afizul selaku Ketua blok A yang dibuang kolej. Aku jumpa pengetua kolej untuk penjelasan. Jawapannya adalah mungkin ada kesilapan berlaku dan tak mengambil kira isu politik dan akan disemak semula. Tapi ternyata mereka sememangnya ingin membuang K.Blok itu. Seterusnya isu banyak budak kelab kerohanian di buang. Aku berjumpa dengan En Danny mohon penjelasan kerana tiada seorang pun budak tarian  yang dibuang berbeza dengan budak kerohanian. Tapi ternyata jawapan hanya untuk berdalih semata. Aku sendiri sangat sedih time jumpa En Danny hari tu. Sedih kerana mereka membuang semua yang berfikrah islam tapi mengekalkan yang aktif menari. Tak malu untuk aku mengakui airmata aku menitis dihadapan En Danny dek kerana kesedihan adik2 sefikrahku dibuang. Aku cuba untuk membela adik2 aku yang dibuang dengan melahirkan buah bicara aku di post blog aku. Korang boleh baca tentang  3 insan yang TIDAK SEPATUTNYA dibuang  di entry ini (http://ikutsukaatiaku.blogspot.com/2010/04/ketidakadilan-yang-melawakkan.html ).

Cukup la sekadar ini sedikit pendedahan aku. Dari apa yang aku dedahkan aku mengharapkan pembacaku sekalian menilai sendiri dengan akal yang waras tentang penyelewengan dan ketidakadilan yang berlaku dari pihak ASPIRASI mahupun pihak pentadbiran. Di kesempatan ini aku menyeru seluruh pembaca blog aku ni untuk mengundi calon GMUKM pada PRK akan datang. Tapi terpulang kepada anda untuk menilai mana yang lebih bagus tapi bagu aku GMUKM yang lebih jelas dalam memperjuangkan isu2 mahasiswa. Insyaallah aku dalam usaha untuk menulis tentang mengapa aku memilih GMUKM untuk didokongi. Nantikan kemunculannya.

p/s : Ada apa dengan 21Feb?? Ianya adalah hari lahir aku. So harap2 tahun ni aku dapat hadiah hari jadi yang sangat bermakna dari seluruh mahasiswa UKM dengan kemenangan GMUKM.hehe..TQ!!!

Boleh gak baca entry yang berguna ini

wallahualam...

BerGM Lebih baik!!~~




10 comments:

Anonymous said...

sakit hati kalau kenang-kenang balik ketidak adilan yang berlaku ni...rasa teranaiya bagai..tapi nak buat macam mana..hmm
semoga tuhan memberi petujunk kepada mereka yang menyalahgunakan kuasa tu...

Unknown said...

wah....semangat senior menyokong dri blkg dn depan. ni yang malu ni klu junior2 xbersemangat... doakan kejayaan kami..
Ber-GM Lebih Baik!!

Zulgeologist said...

Anon : tu la..xpe2..sakit hati pun kena tahan gak..best gak ape d buat macam2..CABARAN!! hehe

Bint Mohammad : mestilah..selagi korang memperjuangkan ISLAM. A.ZUL tetap menyokong..BerGM lebih baik!!

Anonymous said...

sentiasa menyokong kebenaran...
semangat dari a.zul..=)
kita nantikan 21 feb..

Zulgeologist said...

Anon : yeah..semoga sampai hadiah hari jadi untukku...hehe

Zulgeologist said...

Anon : Yeah!! moga aku dapat hadiah yang mantap tahun ni!! haha

Anonymous said...

pape je la bro..ak xtgok wakil mana,yg pnting calon tu baek,bertggungjawab,agama dia kaut aku undi,hatta aspirasi mahupun gm sekali..xsemua aspirasi itu jahat,dan gm itu semua nya baek..btw,tepuk dada tanya selera..aku xsmpailah kebulur nak study dkt ukm ni,maseh tenang walaupun isu dalaman tu sendiri berlaku dlm pentadbiran atasan.Kalau semua nak bantah,sampai bila lah kita nak terdetik nak bersyukur..wallahualam.Aku neutral,aku terima yang baek walau dari sudut manapun ia datang.Allahuakbar

Jali Bah said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

*Tepuk dada tanya Iman..
*Agama dia kuat

Zulgeologist said...

anon 1 : tq sebab memberi komen. aku x pernah cakap semua GM tu baik tapi aku just tekankan tentang majoriti n minoriti.tentang bantahan tu aku kira selagi ianya tidak selari dengan semangat keadilan maka sangat perlu kita bantah. So kalau semua tak adil? kena bantah semua la kan?hehe. Tapi aku tak cakap semuanya aku bantah. Tapi just SEMUA yang TAK ADIL sahaja.

Muhammad Rhazali : Kenapa lu remove komen tu bro?

Anon 2 : Sapa yang kuat agama tu?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang