Alhamdulillah selesai sudah pelancaran dan konvensyen Sukarelawan Pendidikan Rakyat “KAWAN”. Aku yakin dan percaya masih ramai yang tak tahu apa sebenarnya KAWAN ni. Mungkin ada yang beranggapan KAWAN ini adalah entiti yang lebih cenderung kepada golongan pendidik semata. Mungkin juga ada yang mengatakan ini adalah Program tuisyen percuma untuk pelajar sekolah. Salah semua itu. KAWAN adalah satu NGO yang membawa matlamat yang lebih besar dari itu semua.
Dengan bertemakan “Agama itu Nasihat” pihak Pimpinan KAWAN telah menggagaskan berbagai strategi untuk melahirkan umat yang sebaik umat. Kita melihat begitu bodoh dan hodohnya kelakuan masyarakat kini. Agama yang dianuti terus menerus dipandang sepi cukup sekadar pelengkap di I.C. Maka dalam kesedaran di atas kepincangan dalam usaha Dakwah ini maka KAWAN ini ditubuhkan untuk melengkapkan tugas kita sebagai abid dan khalifah di muka bumi Allah swt ini.
Antara tenaga kerja skuad KAWAN
Logo KAWAN
Mungkin ramai sangat dalam kalangan kita ini yang merasakan diri kita masih belum cukup layak untuk berdakwah. Kita merasakan masih ramai lagi orang lain yang mampu membuat kerja Agama ini. Kita merasakan begitu banyak lagi urusan lain yang perlu dibereskan dari sibuk memikirkan solusi kepada kepincangan masalah sosial ini. Jika anda adalah orangnya. Maka percayalah pemikiran anda itu salah. Kalau bukan kita yang melakukannya maka siapa lagi? Mengaharapkan Ah Chong mahupun Ramu??
“Dan siapakah yang lebih baik perkataanya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal sholeh dan berkata sesungguhnya aku ini termasuk orang-orang muslim”
(QS. Al-Fushilat: 33)
Inilah ayat yang aku sering putarkan kepada anak usrah aku mahupun teman2 ku tentang peri pentingnya dakwah. Lihatlah kawan2 sekalian. Begitu mudah sekali kita untuk mendapatkan perkataan yang terbaik dalam semua perkataan. Cukup dengan perkataan “JOM” apabila bertembung dengan kawan kita ketika kita hendak ke surau bersolat berjemaah. Bukankah itu sudah di kira sebagai sebaik2 perkataan?
“(Dan) Orang-orang yang beriman, laki-laki dan perempuan, sebagian mereka menjadi penolong kepada sebagian yang lainnya. Mereka menyuruh kepada yang baik dan mencegah dari yang munkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka akan diberi rahmat oleh Allah dan sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”
(QS At-Taubah: 71)
Tidakkah kalian mahu wahai kawan2ku baik lelaki dan perempuan untuk mejadi penolong kepada sebahagian lain kawan kita yang seakidah dengan kita diluar sana? Tidak mahukah kalian untuk bersama KAWAN untuk melakukan “Amar maaruf nahi mungkar”? Tidak mahukah kita tergolong dalam kalangan umatnya yang membantu Agama Allah? Lupakah kalian dengan janji Allah ini?
"Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu."
(Muhammad 47:7)
Anda masih berkira2 lagi untuk melakukan dakwah?adakah kita sudah bersedia untuk menerima azab dari Allah swt kerana tidak menjalankan tanggungjawab ini?Bukankah saban hari kita melihat kemungkaran?Maka dimana letaknya kesedaran kita wahai kawanku sekalian?
“Sesungguhnya manusia, bila melihat kemukaran sedangkan mereka tidak berupaya mencegahnya; maka tunggulah saatnya Allah akan menurunkan adzabnya secara menyeluruh...”
(HR. Abu Dawud)
Sedarlah wahai kita semua bahawa kita ini adalah sebaik2 umat. Berbunga-bunga hati kita apabila di puji SECARA LANGSUNG oleh Allah swt dalam firmannya yang bermaksud :
“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah.....”
(Al Imran 3 : 110)
Nah lihatlah kita adalah sebaik2 umat tapi bersyarat..dimana syaratnya?di ayat menyuruh yang makruf dan mencegah uang mungkar, dan beriman kepada Allah. Maka masih belum mahu memenuhi syarat tersebut?
“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar, merekalah orang-orang yang beruntung”
(Al Imran 3:104)
Allah swt telahpun menjanjikan golongan sebegini adalah golongan yang beruntung. Setiap apa yang kita dakwahkan itu telahpun memberikan kita saham kepada pahala kita. Ianya adalah berterusan. Lebih hebat dari program infinity downline!!
Rasulullah s.a.w telah bersabda, “Sesiapa yang mengajak kepada sesuatu kebaikan, maka dia mendapat sepertimana yang diganjarkan kepada orang yang melakukan kebaikan tersebut.”
(Riwayat Muslim)
Telah aku tampilkan beberapa nas2 yang sahih untuk tatapan kalian. Kini terpulang kepada kalian andai masih ingin berdiam diri. Namun andai telah terdetik di hati untuk mula mencabar diri untuk menjadi “khairu ummah”percayalah seluruh umat menunggu kehadiran idea dan tenaga dari kalian semua sebagai solusi kehidupan.
Aku mewakili Sukarelawan KAWAN yang kini telah membuka ruang dan peluang seluas2nya kepada SELURUH lapisan masyarakat untuk bersama kami menhayun kaki bergerak di lapangan umat. Berbagai langkah boleh anda lakukan untuk memulakan hayunan ini. Di sini aku listkan langkah2 yang boleh dilakukan.
1. Menyertai KAWAN di Fb Sukarelawan Kawan FC
2. Email kepada skuadkawan@gmail.com
3. Berhubung terus dengan Zul : 0132009781 ataupun Farid : 0136727827
Sebelum berakhir. Betoi ke KAWAN ni serius nak buat kerja dakwah?
KAWAN sangat SERIUS!! Ni antara langkah pertama KAWAN seawal sehari selepas pelancarannya. Terasa rugi? Jangan risau. Masih banyak lagi program yang menanti anda untuk menjadi tenaga penggeraknya..
Gerak kerja untuk Anti Valentine day
Adam yang baru memeluk Islam telahpun melakuaknnya. Di mana kita?
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment