PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Thursday, May 19, 2011

Geologist : Mari Menjadi Ulul Albab!

Geology. Satu cabang ilmu sains yang sangat berkait rapat dengan Alam semesta terutamanya yang berkait dengan bumi. Kalau dalam bahasa Greek ianya gabungan antara suku kata Geo yang membawa maksud Bumi dan Logos yang membawa maksud perbincangan ataupun kajian. Maka boleh lah dikatakan Geology ini adalah kajian tentang bumi. Cukup untuk sedikit pengenalan. Mari kita melihat Firman Allah yang bermaksud:

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal
(Al Imran : 191)

Orang-orang yang berakal atau dalam bahas arabnya Ulul Albab. Korang boleh mencari sendiri berapa banyaknya golongon Ulul Albab ini yang diperkatakan oleh Allah swt. Tapi dari konteks ayat ini Allah memberi peluang yang sangat besar kepada kita yang menjadi geologist ini untuk menjadi Ulul Albab yang diperkatakan itu. Mengapa aku bercakap begitu? Memetik kuliah di tahun pertama Geologi UKM satu masa dahulu.

Geology is the study of the Earth, including its history, structure, character, composition, and the processes that have molded the planet and its condition since its origin.

Nah. Sudah jelas kita lah orang yang terpilih untuk melihat dengan lebih dekat lagi tentang Penciptaan langit dan bumi seperti di dalam surah Al Imran di atas. Jelas di sini history, structure, character, composition, and the processes that have molded the planet and its condition since its origin yang diperkatakan tadi semuanya mampu membuat kita menjadi Ulul Albab yang diperkatakan.

Kita bermula dengan subjek Geologi sejarah ketika di tahun 3. Kita lihat kepada teori pembentukan alam. Adanya Teori Nebular. Andai kita mengkaji dan ingin menjadi Ulul Albab. Dengan mudah kita akan bertemu dengan ayat ini :

“Kemudian Dia menuju ke langit dan langit ketika itu berbentuk asap lalu Dia berkata kepadanya dan bumi: ´Datanglah kamu berdua dengan tunduk atau terpaksa.´ Keduanya menjawab: ´Kami datang dengan tunduk.´”
(Al Fussilat : 11)

Nah. Jelas di sini sudah tercatat di dalam Al Quran berkurun dahulu sebelum teori ini ditemui. Sama kan dengan nota kuliah Prof Basir dahulu?




Seterusnya kita tengok pula slide berikutnya. Tentang pencarian asal hidupan. 

 

 
Special creation. Oldest and most widely acccepted hypothesis. Bersyukur juga kita kerana mempunyai professor yang cuba untuk meletakkan Islam di dalam bilik kuliah kita. Lihat slide berikutnya. 

  

Aku tahu. Korang tak berapa cekap dalam bahasa Inggeris. Haha. Mari aku tolong terjemahkan.


Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?
(Al Anbiya’ 30)

Sengaja aku merahkan perkataan Kami Pisahkan kat atas ni. Korang boleh kaji Teori Big Bang. Pasti berjumpa dengan ayat ini juga. Google je. Bukan susah pun.

Itu sedikit pengenalan untuk kita menjadi Ulul Albab. Masih banyak lagi yang kita boleh fikirkan untuk menatijahkan Ulul Albab yang diidamkan. Antaranya aku memohon geologist yang lain kut ada tak tercatat dalam Al Quran mahupun oleh Sejarawan Islam tentang berapa tahun sudah diciptakan nabi Adam agar kita mampu letakkan dalam jadual ni.


 Ke kat sini ke.

Berat juga persoalannya. Takpe. Sekecil2 benda dalam pembentukan bumi ni pun mampu menjana kita menjadi Ulul Albab. Kita melihat kitaran batu pun dah mampu membuatkan kita merasai betapa cantiknya penciptaan Allah swt ni. Adanya Bowen reaction series. Kenapa phaneritic rock mudah ditemui di daratan dan ianya berbutir kasar berbanding Aphanitic rock yang sebaliknya? Mudah je kan? Sebab perbezaan kadar pengerasan. Rapid or Slow je. Tapi tak ke itu pun dah menunjukkan Allah ni mencipta batu tu pun dengan sebegitu teliti. Batu metamorf pula. Macam mana pula dengan wujudnya mineral garnet menunjukkan kita sedang berada di zon metamorf tinggi seperti di penghujung Sg Mei dahulu? Detail. Sungguh detail penciptaan Allah swt.

Dari segi keindahan alam yang di war2 kan tentang cabang baru iaitu  Geologi Pelancongan. Tak ke itu sepatutnya membuatkan kita lebih kagum dengan ciptaan Allah. Proses sedimentation yang biasa tu pun boleh membuatkan orang tertarik dengan Grand Canyon. Apa pula ada dengan Langkawi Geopark selaku kawasan wujudnya batu tertua berusia kambria di Malaysia? Tidakkah hebat penciptaan Allah swt? Sehinggakan langkawi itu di angkat menjadi salah satu geopark di dunia.

Dari sudut tektonik pula. Adanya proses pengangkatan. Batu di Bukit Keluang Bukit Dendong dan Bukit Bubus dan kebanyakan batuan sedimen yang dulunya mendatar kini terdapat kemiringan. Adakah fenomena ini juga yang memusnahkan kaum nabi Luth satu ketika dahulu? Kisah Qarun yang di telan bumi? Adakah ianya berlaku hasil dari proses Tectonic Divergent?

Kita tengok pula dari sudut perubatan. Hot Spring yangg berpunca dari magma kalau di Volcanic zone dan dari geothermal heat kalau non volcanic zone. Apa hasilnya akhirnya? Tempat pelancongan dan PERUBATAN. Boleh google sendiri kegunaan berbagai mineral yang terdapat dalam air panas tu yang baik untuk kesihatan. Jadi dari magma lah punca asalnya kebaikan untuk kesihatan itu. Tengok batu lumpur(clay) pulak. Kotor kan ciptaan Allah ni? Tapi apa gunanya untuk perubatan? Boleh cari apa gunanya kaolinite, smectite dan montmorilonite yang kita belajar dahulu. Gadis2 pasti sukakannya!

Aku rasa sudah banyak aku melalut. Sebelum aku pergi ke penutupnya. Ingin aku mengajak  teman geologist dan pembacaku sekalian tarik nafas dalam2 dan ingat kepada Allah swt. Di bawah ini akan aku sertakan beberapa gambar yang Geologist UKM temui sepanjang berfieldork dahulu. Lihatah keagungan ciptaan Allah swt ini. Sambutkan ia dengan kalimah Allahuakbar!! Hebatnya ciptaan Allah swt..(Awas!! gambar ini akan menjadi biasa tanpa kehadiran Allah di dalam hati)

Pasir yang termendap cantik!

Lama2 akan jadi cantik macam ni ke?

Jumpa di daratan. Bermaksud dulu Malaysia ini adalah lautan. Bayangkan sebenarnya sebelah korang sekarang adalah rumpai laut. Boleh petik pakai tangan.

Dulu mendatar. Sekarang terlipat cantik. Tak mustahil kita juga akan terlipat sama.

Bagaimana Allah boleh membuatkan batu hitam ini terselit antara batu lain.

Di korok ini kalimah Allah dijumpai. Sayang gambarnya tiada.


Cukup sekadar ini perkongsian aku kali ini. Kepada geologist sekalian. Aku menyeru aku dan korang juga untuk bersama menjadi Ulul Albab yang diidamkan. Kita sangat begitu hampir dengan penciptaan bumi ini. Setiap satunya mampu mendekatkan diri kita kepada Allah swt. Setiap satunya tersusun rapi oleh Allah swt. Asalkan kita meletakkan Agama sebagai batu asas dalam kita melihat batu maka Insyaallah semua yang kita lihat akan menghadirkan insan Ulul Albab yang diperkatakan.

Wallahualam.

p/s : Kepada yang bukan geologist. Maaf andai istilah nya korang tak paham. Buat2 faham je la ye.hehe. Korang pun sama. Mari menjadi Ulul Albab!!

13 comments:

biztoone said...

terima kasih untuk peringatan ini :)nice entry

btw gambar pasir yg termendap tu kat mana? apehal aku tak pernah pergi? haha

entry ni buat aku rindu pada sesi pembelajaran la. haish

Atiqah Xd said...

korok tu kat teluk cempedak kan?

suka ati lu said...

ada le kalimah tu..cbe tgk tol2 dkt kaki mamat bju putih tu..

Anonymous said...

nice entry

Zulgeologist said...

black : aku pun x igt.tp tu bukan site la.otq pr site je.macam lawa lak.kami ambik la gambo tu.hehe. Aku tgh cari2 gambar ni pun sama.rindu siot.tambah2 time sesi malam.berfoya2.haha.siang tu xde la sangat.hehe

xd : entah le.x igt.may be la kut.pergh..alert!!

suka ati lu : oih.serius aku x perasan.ALLAHUAKBAR!!

Anon : TQ!!

Anonymous said...

terbaik la bro..ambe skang nak cari ayat2 al-quran untuk letak dalam tesis..klau ade kaitan2 dgn pemetaan ke,sedimen ke,bgtau la..

Al-Faqir Muhammad Hazim
Petroleum Geologist

Zulgeologist said...

Hazim : Insyaalah aku usahakan.goodluck!!

Anonymous said...

Penulisan yg baik..
aku geologist jgk..
hidup geology

Zulgeologist said...

Syukran..yeah...Hidup Geologist!!!btw ko geologist keje kt ne?

Anonymous said...

Salam. bro sy studnt pasum, sy brcdang nk smbung degree dlm geology, tp sy keliru sbb dlm geology bnyak cabang mcam geoscience etc. bro bleh terangkan x psal prospek kerja sbagai geologist ni?

Zulgeologist said...

salam.xdehal..boleh je..tp better kite borak kt fb or ym ke..boleh add aku ni_sape@yahoo.com...nk cite kat sini memang panjang le yob..huhu..

Unknown said...

replica bags delhi replica bags in dubai replica bags vuitton

Anonymous said...

kd 12
kd shoes
golden goose outlet
jordan shoes
air jordan travis scott
fear of god
kd shoes
yeezy
hermes outlet online
jordan shoes

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang