Bismillahirrahmanirrahim..
Ini entry pertama aku selepas menyambut tarikh kematangan yang ke 24. Tapi matang ke?? Haha.. Ramai giler yang mendoakan aku agar cepat matang. Ceit. Aku matang gak ape..Ce kome tengok entri2 aku sebelum ni. Tak ke telah menyerlahkan tahap kematangan aku?? Haha..
Ucapan Terima kasih di Facebook aku
Cukup tentang kisah kematangan. So sekarang aku nak story sikit tentang 2 pengalaman berharga yang aku alami dalam minggu ni. (Mungkin ini akan lebih mematangkan kita)
Hari isnin baru2 ni. Aku bawa rakan G&P aku merangkap Geologist kat situ untuk training Parallel Seismic Test dekat site Kota Kemuning aku. Yang join hari tu mesti la jejaka kacak 3 serangkai G&P Aku,Apiz dan Shi dan di apit oleh Aki dan Fariza..Hampir pukul 5 kami selesai dan balik ke office menggunakan khidmat highway KESAS yang tol nya mahal tu.
Dari Kanan : Fariza, Shi, Saleh (contractor), Apiz, Aki (aku sebagai jurukamera)
Contractor sedang menjalankan tugas
On the way balik tu aku dah bajet akan menempuh jem terutamanya lepas KESAS nak masuk ke highway MRR2. Mungkin dalam suasana bergurau aku berdoa agar jalan tak jem. Tapi dalam hati aku memang serius.Aku siap cakap lagi kat Shi yang duduk sebelah aku. Memang mustahil la tak jem kat tempat tu. Memang pun biasa tempat tu akan jem mula pukul 4.30 petang. Tapi Allah maha kuasa. Tiada apa yang mustahil baginya. Tak semena2 perjalanan kami ke office berjalan lancar. Tanpa jem!! Ini memang pelik. Tapi tiada yang pelik dengan kuasa Allah. Ye dok??
Kisah seterusnya pagi tadi. Aku telah bersiap untuk pergi kerja dari rumah Yong aku. Puas aku mencari kunci kereta aku.. Merata rumah aku cari. Tapi tak jumpa. Sampaikan aku keluarkan semua baju dalam beg aku la. Huhu.. Tapi still takde. Aku pun masuk lagi ke dalam bilik anak sedara aku yang jadi port aku tidur semalam. Untuk kali ke berapa entah aku masuk. Cuma bezanya aku sedikit menenangkan fikiran dan ingat kepada Allah lantas berselawat ke atas nabi. Ketika berselawat tu Allah menggerakkan hati aku untuk melihat ke dalam tempat letak alat tulis anak sedara aku. Allahuakbar!! Kuasa Allah yang menggerakkan hati aku. Sememangnya kunci kereta aku ada dalam tu. Alhamdulillah!!. Tapi pelik jugak. Macam mane le kunci tu boleh menyorok ka situ…
Mungkin ada yang berpendapat ianya adalah kebetulan. Tapi harus di ingat tiada perkara yang kebetulan di dunia ini. Semuanya mengikut apa yang telah di atur oleh yang maha pengatur. Semoga setiap apa yang telah di atur oleh Allah swt untuk kita ini akan meningkatkan lagi keyakinan dan keimanan kita kepada NYA. Aku mengharakan agar 2 kisah ini mampu membuatkan pembaca merasai betapa dekatnya Allah bersama hambanya. Yang penting kita perlu sentiasa ingat kepadanya.
Wallahualam..
2 comments:
golden goose
nike air max 95
calvin klein outlet
yeezy boost 350 v2
michael kors outlet online
yeezy boost 350
lebron 15 shoes
jordan shoes
yeezy
hermes belts for men
visit here bag replica high quality important link replica bags additional info good quality replica bags
Post a Comment