PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Monday, February 27, 2012

Persiapan Walimah

Bismillahirrahmanirrahim..

Sebelum kome baca lagi lanjut. Perlu di tegaskan di sini. Ni buka persiapan walimah aku. Ni persiapan walimah abang aku. So gadis2 diluar sana masih boleh terus berharap. Haha

Hujung minggu baru ni aku balik kampung. Matlamat utama adalah nak ambik parent  aku sempena nak bawa diorang pergi ke majlis walimatul urus abang aku nanti. Johor tu yob.. Boleh tahan jauh dia dari Kota Metropolitan Bota tu. Haha..

Selain tu ada kerja2  yang perlu aku langsaikan kat kampung. Maklum la nak buat kenduri kawen 11hb nanti. So banyak la benda yang kena di prepare kan. Awal pagi sabtu tu aku dah dengan gigihnya mengangkut kayu api untuk di buat bahan bakar time kenduri nanti. Memang tiap2 kali kenduri kami buat secara gotong royong. Maka dah agak berpengalaman la dalam bab persediaan kenduri ni. Maklum la dah 8 kali kot buat kenduri kawen ni. So mengangkat kayu adalah satu perkara biasa dalam kamus hidup aku sebagai adik bujang yang mithali. Cewwah….

Selesai kerja pertama masuk pula kerja kedua. Di sebabkan anai2 yang semakin mengganas di rumah aku tu. Maka ada certain tempat yang dinding bata nya perlu di pluster guna simen. Baru aku tahu simen kena campur dengan kapur untuk bagi dia stand lama sikit kat dinding tu. Ini semua angkara Prof aku tak ajar ilmu ni kat UKM dulu. Haha. Maka aku pun melaksanakan kerja itu dengan jayanya. Boleh tahan jugak hasil kerja pertama aku. Walaupun takde la besar mana pun tempat kena plusternya tapi jadi lah ada juga hasil tangan aku kat rumah tu.

Kerja ketiga pulak adalah mengecat tangga rumah. Yang ni aku buat dengan adik pompuan aku. Tapi kalau nak di bandingkan hasil kerja kompom la adik aku yang lagi kemas kan?. (Eh betoi ke Zul ni. Sejak bila pandai merendah diri?? Haha…) Alhamdulillah dalam pukul 12 lebih maka siap la semua kerja yang di suruh oleh My Big Bos.(Abah le).

Sempena kenduri kawen abang aku ni rumah tu ada lah mengalami beberapa perubahan. Mesti kome nak tengok apa perubahan nya kan? Ayat bajet sikit nih…haha.. Oleh itu aku dengan sukacita menjemput kome ke majlis kenduri abang aku nanti pada 11hb3 2012.



Bujang yang tinggal time raya 2011. Ada sorang yang baju kaler lain.Tu la yang nak kawen.Kami saje je boikot sejak jadi tunangan orang. haha

Sekian…

p/s : Nerbos nak jadi pengapit hujung minggu ni. Ambik berkat sikit.. haha

2 comments:

N.A.n.i said...

hehe.. boleh la kumpul aura pengantin..

Zulgeologist said...

hehe...tu la..mane tau untung2 dapat kawen cepat..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang