PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Friday, February 18, 2011

Bahang PRK 4 : Pengalaman bersama GMUKM


Semalam merupakan hari penamaan calon. Aku semestinya tak berkesempatan untuk bersama turun berarak dengan gelombang ungu yang lain. Kerja bro. Lain kali buatlah penamaan time hari ahad ke.haha. Alhamdulillah dengar cerita dah menang 3 kerusi tanpa bertanding. Semoga kemenangan berterusan menyusul di setiap kerusi yang dipertandingkan kelak.

Untuk entry kali ni aku ingin ceritakan semula perkara2 yang aku lalui sepanjang aktif dalam PRK yang lepas. Saja je nak mengimbau kenangan lalu la katakan. Seronok melaluinya walaupun kadang2 sedikit sakit dan mencabar.

Pertamanya, hubungan dengan pentadbiran kolej. Sebelum aku bergiat AKTIF dengan GMUKM. Aku ni tersangat lah baik hubungannya dengan Pengetua Kolej En Anuar Ahmad. Dipuji melambung tinggi ketika ucapannya di program kolej. Pernah juga keluar dari mulutnya kalau aku sambung master boleh lah jadi felo kat KIZ (IZISH). Tapi selepas aku aktif apa yang aku alami? Paling aku sangat terkejut adalah program puasa sunat isnin khamis oleh kelab kerohanian kolej. Memang program tu idea dari aku yang juga merangkap duta GMUKM KIZ. Tapi kenapa pula hendak di katakan ianya semata2 berkait dengan politik? Turun berbuka berjemaah bersama tak pernah tapi nak banyak bunyi pulak. Bukan kat KIZ tu je aku ajak puasa sunat. Dengan budak geology dahulu dan sekarang ni dengan budak G&P Geotechnics Sdn Bhd pun baru je semalam kami berbuka ramai2. Begitu sempit pandangan seorang Tuan pengetua melihat amar makruf di kolej sendiri. Selain tu program kursus pengurusan jenazah juga dikatakan berkaitan dengan politik oleh seseorang di pentadbiran kolej. Kerana apa? Kerana ianya adalah idea dari orang yang tak sealiran dengan mereka.

Seterusnya pula tentang sedikit cabaran yang aku lalui tapi aku sendiri tak pasti siapa yang melakukan hal ini. Hal pertama ialah mesej dari nombor yang tak dikenali. Mesej2 tu semua membuat ayat2 provokasi agar aku melenting marah dan membalas dengan bukan2. Tapi dia silap orang kut. Aku ni bukan jenis yang senang nak melenting.haha. lagipun membazir kredit je layan orang macam tu. Seterusnya tentang motor aku. Di pagi kejadian antara orang yang bersama aku menyedari hal itu adalah sahabat baik aku yang juga orang kuat jentera ASPIRASI KIZ iaitu Piji. Aku sama sekali tak percaya kalau ianya dilakukan oleh budak kolej sendiri. Piji sendiri memberi gambaran beberapa kolej yang jenteranya lebih ekstrem  yang mungkin melakukannya. Tapi aku juga tak menolak kemungkinan pihak ketiga yang melakukan semua ni. Tapi apa2 hal pun ianya tetap pengalaman aku dalam berpolitik di kampus.

 GMUKM penipu?kenapa motor aku yang menjadi mangsa??waaaa...

Ada lagi isu yang buat aku sakit hati sampai sekarang. Isu buang kolej. Arghhh..  Geram betoi bila orang yang pointer PALING TINGGI di kolej tak dikekalkan sebagai penghuni kolej. Geram betoi bila orang yang SANGAT AKTIF di setiap program di kolej dicampak ke Kolej Zaaba. Kedua2 syarat utama kekal dikolej telah dipinggirkan semata2 kerana ingin memenuhi kehendak nafsu politik pihak2 yang berkaitan. Malas aku nak cerita lagi tentang isu ni. Bikin gua panas je der...

Namun dalam kesakitan tu pasti dan pastinya ada keindahan yang dilalui. SANGAT seronok bergerak kerja untuk ISLAM ni.  Di sinilah “wehdatul fikr dan wehdatul amal” dipraktikkan. Brainstorm bersama rakan seperjuangan hingga lewat malam. Berbincang untuk menghasilkan satu kesatuan fikiran seterusnya dipraktikkan di lapangan juga dalam amal yang bersama. Tak kurang juga yang sangat pemurah belanja rakan2 seperjuangan. Paling best dapat makan satay kajang free.hehe. Nak buat macam mane kan. GMUKM tak dapat makan percuma macam ASPIRASI. Keluar duit sendiri je la. Masih terlalu banyak kenangan2 yang boleh disingkap untuk menceritakan kebersamaan kami dalam bergerak kerja. Berbasikal, Berfutsal, Bersenamrobik, Mengedar kurma, Mengedar kad raya, Berpiket, Dihentak FRU, Diherdik pegawai keselamatan, berembun dipagi hari dan banyak lagi..wah seronoknya bersama mereka.

Dalam bergerak kerja dalam GMUKM ni juga yang merangsang aku untuk berfikir lebih kritikal lagi. Jika sebelumnya aku hanya mengerahkan Encik Otak aku ni untuk memikirkan perkara yang simple je tapi selepas bersama GMUKM memang banyak sangat perbezaannya. Encik Otak aku ni dikerah untuk memikirkan tentang perkara yang lebih mencabar dan tersangat rencam yang melibatkan banyak pihak, sebab dan akibat. Paling diingati teori segitiga Ammar.haha. Aku kira perkara yang macam ni lah sangat baik untuk perkembangan minda mahasiswa. Perlu berfikir lebih kritikal bukan hanya memikirkan isu yang hanya bersifat lokal semata. Dengan GMUKM ni bukan je fikiran dikritikalkan. Semua kena kritikal. Jiwa, fizikal, dan spritual semuanya kena turut serta diperkuatkan. SANGAT SERONOK bila hidup dalam keadaan mencabar dan tercabar. Teringat aku akan kata2 bapak natsir..

“Bisa ada percetakan yang mampu mencetak pemimpin, pemimpin tidak lahir dari bilik kuliah, tetapi tumbuh sendiri dalam hempas pulas kancah, muncul di kalangan rakan seangkatan lalu diterima dan didokong oleh umat"

Inilah yang aku alami dalam GMUKM. Sangat seronok untuk kami berhempas pulas dalam kancah masyarakat kampus. Lantas dalam kalangan kami lah yang kami angkat dan diharapkan diterima oleh masysarakat kampus untuk menjadi pemimpin di kampus. Cuba beza aku adalah aku tak berpeluang untuk merasai keseronokan cabaran yang diterima oleh semua calon GMUKM samada yang tewas mahupun yang menang. Terasa seperti tak lengkap pulak dengan ketiadaan cabaran tu. Namun apakan daya jelas aku tidak layak untuk menjadi hebat seperti mereka..huhu

Ok lah. Setakat ni coretan bahang PRK untuk kali ini. Kepada yang masih belum mendokong GMUKM di kampus aku seru agar kalian juga turut serta menghadapi cabaran ini. Dari cabaran sebeginilah kita akan belajar dan mengalami banyak perkara yang menarik.

“Jangan sekali bicara tentang perjuangan andai gentar mengharungi cabaran”

Wallahualam..







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang