PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Sunday, February 20, 2011

Bahang PRK 7 : Dari IZISH dan Geologist untuk Mahasiswa


Bahang Pilihan Raya Kampus semakin membakar. Sekarang aku ingin mencoret tentang calon2 yang lahirnya dari tempat pertama dan kedua yang aku kenal di UKM. Kedua2 tempat ini sangat membawa erti dan kenangan yang banyak sepanjang penghidupan aku di UKM semenjak 3 tahun lalu.

Tempat pertama yang aku jejaki adalah di Kolej Ibu Zain yang kini dikenali sebagai Ibu Zain International Student House (IZISH). Untuk kali ini ada 4 orang calon yang datang dari IZISH. Dari pihak GMUKM ada 2 wakil dan pihak Aspirasi ada  2 orang calon. Tapi untuk entry kali ini aku ingin menyokong kedua2 juniorku yang sedang berhempas pulas berkemen di pelusuk kampus.

Pertamanya Azida yang merupakan pelajar tahun 2 di FEP. Sekarang ni dia diletakkan sebagai calon GMUKM di kerusi UMUM tahun 2. Tahun lepas lagi dia telahpun menceburkan diri di arena politik kampus bertanding bagi kerusi FEP. Kekalahan dia pada tahun lalu langsung tidak mematahkan semangat nya untuk terus menerus memberi komitmen kepada GMUKM untuk membawa risalah ISLAM di UKM seterusnya menyelesaikan masalah kebajikan mahasiswa masa kini.  Pengalamanan  berorganisasi bersama2 adalah ketika bersama di kelab kerohanian dulu. Antara yang komited dalam gerak kerja islam di kolej walaupun agak sibuk di fakulti. Yang pasti agak tegas dalam menyampaikan hujah..cuak pun ado..hoho. Takpa2, apa2 pun kepada seluruh mahasiswa tahun 1 dan 2 anda di jemput untuk mengundi calon umum anda nombor 16.

Seterusnya junior tahun 1 Rizki yang juga dari FEP dan bertanding di kerusi FEP tahun 1. Aku tak kenal sangat pun dia ni. Tapi sempatlah berkenalan juga sebab dia juga merupakan antara yang aktif kat kelab kerohanian tahun ni. Aku dah grad kan? So aku tak kenal sangat la budak kelab yang baru2 ni. Yang aku yakin tahu dia rajin turun surau. Tu je maklumat yang aku tahu sebab kami jumpa pun kat surau je.hoho. Untuk seluruh mahasiswa FEP tahun 1 dan 2 jangan lupa untuk mengundi calon anda nombor 2.

Bagaimana dengan 2 orang calon ASPIRASI pulak? Aku nak cerita macam mana pun tak tahu sebab aku langsung tak eknal. Sekadar nama seorang Wilfred dan seorang lagi aku tak tahu. Yang aku tahu just keduanya bertanding di kerusi Fakulti masing2. Aku tau pun sebab aku tanya kawan aku ex jentera ASPIRASI Kolej. Sekarang pemantau je katanya.”poyo je  lu piji.haha”

Kini masuk pula ke tempat kedua yang penting bagi aku iaitu di banggunan Geologi. Jika tahun lepas Geologist mempunyai 3 orang yang bertanding tahun ni pun tak kurang menyengatnya kerana terdapat 2 orang Geologist yang bertanding. Sebelum aku menerangkan setiap seorang ingin aku singkap kembali tentang daya kepimpinan yang ada dalam teman sekuliah aku dahulu. Tak silap aku ada 6 orang yang terpilih untuk menjadi JAKSA di kolej masing2. Manakala untuk menjadi Pemudah Cara ketika MMP pula jumlahnya melebihi 10 orang. Junior pun ada yang mengikuti jejak langkah kami. Tak silap aku ada seorang yang berjawatan sebagai YDP JAKSA di KBH. Siswa pulak tu.mantap!! Power juga budak2 batu ni.haha.

Kembali kepada isu utama untuk memperkenalkan calon2 yang terdiri daripada pelajar kos Geologi. Pertamanya yang bertanding di kerusi UMUM tahun 3. Aida Rahayu yang badannya memang kecil sesuai dengan nama YM nya aida kecik. Tapi dengan tubuh yang kecilnya juga inilah merupakan  seorang srikandi yang berjiwa besar. Mempunyai kepakaran dalam bidang media dan designing. Dari segi komitmennya dalam gerakan islam juga tidak dapat dipertikaikan lagi dengan keterlibatannya dalam program yang bercorak islamik mahupun bercorak akedemik. Macam mana pula dengan program lain?sama je.tetap menjadi penggerak program berbagai bentuk. Lagi 1 yang aku respek adalah dia mampu buat usrah bersama rakan seGeologi. Pergh.. Ni yang aku tak mampu buat dengan budak kos aku yang lain. Setakat main futsal bersama mampu la.haha. Oleh itu kepada semua pelajar tahun 3 dan 4 UKM jangan lupa untuk mengundi calon anda nombor 10.

Seterusnya lagi sekali aku menyebut nama adikku yang seorang ni. Hazim yang sebelum ni telahpun aku ceritakan tentang keperibadiannya. Molek kiranya aku copy balik ayat2 aku yang telah aku tulis sebelum ini.hoho..
“Mungkin dari segi ilmu geologinya aku sedikit terkehadapan tapi dari segi ilmu agamanya aku adalah SANGAT JAUH di belakang.  Merupakan Jaksa Kerohanian KPZ hasil dari sahsiah diri dan keaktifannya di kolej kubu ASPIRASI itu. Dengan keaktifan di kolejnya itu aku kira cukup untuk menjadi sebab kenapa budak FST perlu mengundi beliau. Keaktifan di fakulti? Kompom la sangat aktif punya. Hasil dari tarbiyah dan pengajiannya dipondok membuatkan aku respek dengan dia. Dia antara contoh yang boleh kita jadikan ikutan yang sesekali tidak membuatkan kesibukan belajar ilmu sains ini menghalang dari kita faqih dalam ilmu keagamaan dalam meramaikan golongan PROTAZ (Professional Ustaz)”

Lihatlah warga FST sekalain ikon sebagaimana lagi yang anda inginkan dalam dunia saintis ini? Bukankah ikon yang faqih dalam bidang agam dan sains lah yang perlu di pilih untuk memimpin kalin. Oleh itu aku menyeru kepada seluruh pelajar tahun 1 dan 2 fakulti Sains dan Teknologi untuk mengundi calon anda nombor 4.

Lengkap sudah aku menceritakan tentang calon2 yang lahirnya dari 2 tempat yang berkait rapat dengan aku. So kepada seluruh mahasiswa aku mengajak dan menyeru kalian untuk membuat pilihan yang terbaik. Apa2 pun Ibu Zain dan Geologi tetap di hati.

Wallahualam..

3 comments:

Khairul Aiman Sahrom said...

terharu

eyamujahidah said...

aiman terharu?? jiwa kentang..hehehe... :P

~sememangnya geologi tetap di hatiku juga..

Zulgeologist said...

aiman : poyo la lu..

kak zan : sama la kita!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang