PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Sunday, April 4, 2010

Ketidakadilan yang melawakkan..

Bercadang nak cerita tentang konvoi aku ke Perak bersama2 rakan sekolej aku tapi dispoilkan oleh sesuatu. Apa sesuatu tu? Sebenarnya seminggu dua ni fikiran aku masih memikirkan tentang isu pembuangan kolej bagi adik2 aku kat IZISH ni. Nampaknya semakin renggang la hubungan aku dengan pihak tertentu yang dulunya rapat sebelum aku bergiat aktif dalam politik kampus.

Rentetan dari kes buang kolej tu aku mempersoalkan beberapa persoalan di wall group kolej aku. Kalau nak tengok sila klik kat sini . aku sangat2 kecewa ketidakadilan berlaku kepada adik2 aku kat kolej ni. Ke mana perginya keprofesinalan selama ni?? hmm..adui..kuciwa2.. Jawapan yang aku terima pun sebenarnya tak menjawab pun kat situ. Hanya kata2 yang untuk memerli aku yang kononnya pejuang islam katanya..

Kalau adik2 baca entri ni a.zul nak pesan sememangnya jalan yang kita pilih ni jalan yang sukar n d penuhi duri. So nak dedah la sikit duri2 yang ada kat sini.hehe.setelah setahun aku bergiat aktif dalam politik kampus ni aku nak mendedahkan ketidakadilan yang berlaku kepada diri aku. Bukan untuk mengungkit. Aku cuma mengharapkan andai ada wakil dari pentadbiran yang membaca entry ni agar memikirkan semula langkah membuang adik2 aku ni. Semoga ketidakadilan tidak berlaku kepada adik2 aku ni. Cukup la aku je wakil yang menerimanya kat kolej ni..(ayat bajet sikit.huhu)

Mungkin apa yang aku alami ni takde la hebat mana pun. Biasa je berbanding sahabat2 seperjuangan yang lain. Tapi aku cerita je la ek..korang dengar je..huhu

Dulu sebelum aku bergiat aktif kat politik kampus ni sememangnya hubungan aku dengan dia amat akrab. Teringat kata2 dia dahulu kala. melangit pujian aku dapat.haha. Tapi sekarang? aku hanya diperli kononya pejuang islam. kesakitan pertama..

Dulu setiap apa yang aku lakukan untuk kolej tak akan dipersoalkan apa tujuannya. Tapi setelah aku bergiat aktif?? majlis berbuka puasa sunat secara berjemaah di pandang serong. Kursus pengurusan jenazah pun cuba dikaitkan. Sampai macam tu pandangan orang terhadap aku??kesakitan kedua..

Dulu aku hidup dengan aman. Takde sape nak kaco. tapi lepas aku aktif ni ada je orang nak berkenalan.haha. paling aku tak tahan bila dekat musim pilihanraya tu ada pulak nombor misteri yang mesej aku. Memang aku kena provok supaya melenting n bagi mesej2 kesat. Nasib baik aku buat bodoh je. malas aku nak layan. entah2 bukan sebab politik ke.mane tau..huhu.kesakitan ketiga..

Terus pulak dengan kisah motor aku disabotaj. Ada entri aku dulu tapi aku tak cakap apa sebenarnya berlaku. malas nak kecoh2 time tu. buang masa je..huhu. Skang pun aku malas nak cerita. Korang tengok je la hasil dia..haha...Tapi isu ni macam besar kan? aku harap takde sape yang ambil gambar bawah ni. Biar la jadi kenangan aku dalam politik kampus..kesakitan keempat..

GMUKM dikata penipu.Aku lak jadi mangsa..adui..huhu


Tq sebab membuatkan aku kena tukar kebuk hitam ni.haha

Atas ni sedikit duri2 yang mencucuk aku..tak berapa sakit pun.haha. Dalam masa duri2 ni mencucuk aku ambil tau gak perkembangan gerakan politik yang satu lagi kat kolej ni. jangan ingat aku tak tau cerita2 disebalik jentera2 tu. Aku tau banyak. Isu duit? dalam kocek aku je,haha. tapi aku senyapkan sebab aku pe ek? entah la..rase macam tak sampai hati je. Banyak isu2 tak sedap didengar yang berlaku kat kolej ni sejak tahun lepas. Tapi aku tetap senyapkan untuk kebaikan bersama. tapi ni yang dibalas? dalam berurusan dengan politik yang satu lagi kat kolej ni aku dah cuba melakukan seprofesional yang aku mampu. tapi bila masa penempatan kolej ni memang tak berlaku seperti yang aku harapkan..

Apa yang aku cerita kat ats ni semuanya berobjektifkan untuk mengharapkan pihak pentadbiran kolej untuk mengekalkan 3 orang adik aku kat kolej ni. Tak banyak pun. Bukan semua yang aku harap dapat stay. Aku pun paham masalah satu blok yang akan ditutup sebab renovation. 3 orang je yang aku harapkan. tu pun sebab diorang ni sangat2 sepatutnya dapat kekal kat kolej ni. Aku harap sangat pihak pentadbiran berlaku adil kepada diorang ber3 ni. Buat adik2 yang lain a.zul mintak maaf sangat2. Yang 3 ni je yang mampu a.zul top listkan..hmm..sori..a.zul tak terdaya...

Pertamanya bukan adik lagi pun. Dah jadi kawan pun. Panggil dia Apy je. memegang jawatan ketua blok K18A kat kolej ni. Aktif kolej bukan main lagi. Teringat aku satu malam tu aku sembang dengan Apy. Ade amoi cina lalu. Budak Blok A pompuan. Apy tanye die dapat kolej x. dia dapat stay katanya. Lepas tu dia tanye apy balik. tapi Apy kelu nak menjawab. amoi tu pulak dengan konfidennya cakap lebih kurang bunyinye " you mesti dapat punya la..ketua blok.sangat aktif ma..." Tergelak aku melihat kekonfidenannye.haha. tapi hakikat nya Apy tak dapat stay pun. Satu lawak yang dilakukan..seorang yang menyuruh budak blok die turun aktiviti kolej. tapi budak blok die liat nak turun. last2 budak yang liat tu yang dapat stay..lawak2..haha..

Selain aktif kolej. Syarat lain untuk dapat stay kolej ialah pointer tinggi. Yang kes dia ni bukannye pointer tinggi pun. Tapi pointer PALING TINGGI!! haha.. ni pun lawak jugak. 3.93 tu pointer dah melangit tapi still tak dapat stay kan? Nik Norimah namenye. budaknya pun kecik je. pelik la jugak kalau buang dia sebab takut dia mendatangkan ancaman kepada kolej. diri dia pun macam terancam je aku tengok..haha

Kes ketiga adalah kes yang pointer dekan. kolej sederhana aktif. Aku mula kenal si Sakinah ni pun time aktiviti kolej. time tu KESIZ kut. Ada cat2 bendera blok. Time tu la aku kenal dia. lepas tu dia jadi AJK Minggu Penghayatan Ramadan n banyak program2 kerohanian lain. Ada beberapa je aktiviti bukan kerohanian dia join. At least dia join gak kan? kalau nak diisukan asyik pergi ke prog kerohanian je n cuba open sikit pergi program2 lain. kenapa kita tak persoalkan orang yang asyik pergi program2 lain tapi tak pernah pergi program kerohanian? Yang penting di aktif dengan program kolej. tak kira la bentuk apa pun. tambah lagi pointer dekan. tak layak stay gak ke??huhu..

Ni je 3 orang yang aku harap sangat2 dapat stay. Yang lain tu aku berharap gak. tapi aku pun kena faham situasi kolej sekarang. Andai yang membaca entry ni terasa or ape ke. Aku mintak maaf sangat2. Entry ni berobjektifkan kepada luahan agar pentadbiran kolej berlaku adil kepada 3 insan yang aku nyatakan kat atas ni. Aku takde kuasa pape untuk membantu. hanya ni yang aku mampu lakukan..Harap sangat2 En Anuar n En Danny yang berkuasa dalam isu ni pertimbangkan semula penempatan diorang ber3 kat kolej ni. Semoga keadilan yang ditonjolkan akan memuaskan hati semua pihak..

wallahualam..

p/s : Sebelah ni aku ada buat vote untuk isu stay kolej ni. Hope korang boleh vote ek..

8 comments:

sarah said...

Tindakan pengecut apabila hnya berani sembur2 motor...zul,perbuatan terkutuk nii akan terbalas juga...kuang ajaq betul

Zulgeologist said...

uish..rilex2..aku pun rilex je..besa la..baru la layan..ada kenangan..haha

sarah said...

rilek tak bwa apa2..yg penting lawan tetap lawan,k ahh zul truskan dgn kerilekan ko

Kejernihanku said...

Salam..erm..aku sebenarnye ikut perkembangan korg ni since aku dah lame masuk group facebook kiz ni..aku tgk senyap2..boleh nmpk perubahan pada pihak pentadbiran yang tak seperti dulu, mungkin aku bukan orang yang sesuai untuk bercakap..andai ko berada di pihak yang benar..percayalah walau badai dtg mcm mana sekali pun..yang benar tetap akan mengalahkan yang batil cume tunggu masa dan bertahan..ok zul..aku sokong ko dari belakang..btw cian kat moto ko hehe..

budak comey said...

mmmg sdih gila bila tmbul isu kolej ni.. ap yg sy dgr, kolej yg bjiran dgn kolej sy telah mbuang sramai 18 org ajk surau kolej tsebut... ape ke hal smpai mcm tu skali... xleh publish r nnama kolej tsebut.. sy dgr hal ni pon dr kwn sy yg duk kat kolej bkenaan.. bkn kah org2 spt mreka yg dprlukan utk trus mndokong ummah dn trus mnyuburkn islam d kolej msg2? hadoiiii.. pning2... kalau bkaitan ngan kerohaniaan, keagamaan, surau dn sbgnya, mst akn dkaitkn dgn pihak yg menetang ptadbiran.. haiiyo..

Wallahualam

Zulgeologist said...

saufi : tq wei..doakan semua kuat..huhu

budak comey : ntah le..semoga mereka2 diberi hidayah..

suhana said...

saya adalah salah seorang mangsanya..tapi bukan ibu zain..huhu

Zulgeologist said...

yeah!! tahniah n takziah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang