2 malam berturut2 aku menghadiri majlis perpisahan dengan teman2 seperjuangan di UKM ni. Semalam bersama dengan teman yang bergerak dalam lapangan di FST dan hari ni adalah teman yang bergerak di lapangan yang lebih menumpu pada Kolej aku IZISH ni. Sedih ke ek tinggalkan diorang?? ade la sikit2..layan2 kan je la diorang tu..haha
Pertamanya aku nak story tentang gerakan aku dengan gerakan kat IZISH ni. Dulu masa zaman KIZ nye aku bergiat di bawah Kelab Pembanggunan Sahsiah di bawah MEP kerohanian kolej. Ni la antara kelab yang aku aktif dulu. time 2nd year kelab tu dimansuhkan. Gabung terus dengan kelab kerohanian sebabnya kalau pecah pun same macam gabung je..huhu. Teringat time interview kolej ujung tahun 2. Felo tanye ape sumbangan yang anda nak buat sem depan? so aku ngan spontan je menjawab nak meningkatkan aktiviti kerohanian. Sah cakap kena la kota kan?? huhu.. so time tahun 3 ni aku duk kotakan la kata aku tu. walaupun bukannya ikhlas pun..haha. Boleh la sikit2. nak banyak2 tu takde la.senior la katakan.rilek sudah.hahaha.. 1 ungkapan yang aku tak setuju terutama kat kelab kerohanian ni. Senior ke junior ke ape ke. Semuanye tetap memikul tanggungjawab yang sama. kelab tu sebagai wasilah je ye dok? kalau takde kelab tu takkan la gerakan dakwah tu akan berkubur? pasti lah tak kan. So kepada adik2 yang bakal naik jadi senior2 otai ni a.zul dah pesan tadi pun. nak pesan lagi ni supaya aktif2 la kelab ek? sebab tak rugi pun aktif kat kelab ni. pengalaman dapat. pahala dapat. Yang penting ikhlaskan niat je..Semoga kelab kerohanian menjadi kelab terunggul kelak ye. kalau ade jamuan free lagi jangan lupa panggil a.zul..haha
Untuk gerakan yang lagi satu pulak aku takde la aktif mane pun. Sejak tahun 3 ni je mengada2 nak aktif sikit kat FST tu. Tak besar sangat pun peranan aku. Ade la turun sikit2 aktiviti.Tak kesah la ape perananya. Tapi korang tetap terbaik. Aku ni dah la baru je aktif tahun ni. Tapi korang dah mengajar aku macam2. Dah la macam kenal lame je..huhu.Susah payah bersama. Makan bersama walaupun korang asyik makan banyak dari aku je.haha. Kepada adik2 kat FST tu semoga istiqamah dengan ape yang korang buat. Kepada teman seperjuangan yang akan abis belajar tak lama lagi ingat lah lapangan kita lebih luas dan rencam lepas ni. peringatan untuk aku gak. Entah2 lepas ni aku la budak yang akan memakai suar pendek yang dikatakan..haha. Mintak2 la bukan ye..doakan bersama..
Akhirnya aku memohon ampun dan maaf sangat2 andai dalam kita semua bergerak kerja ada yang terasa ke. Teringat kisah kelmarin.. Adui..adikku yang terasa denganku..nasib le dapat senior gini..huhu. Sesungguhnya apa yang kita lalui ni akan menjadi kenangan bersama. Semoga pesanan demi pesanan dari aku terutamanya kepada adik2 di IZISH berpaksikan keikhlasan hati aku. Kalau ade yang baik tu amal2kan. tapi kalau tak baik tu buat bodoh je la ek. Satu hal lagi kepada semua yang pernah terkena gurauan2 aku tu mohon maap la ye. Semua tu untuk mengeratkan ukhwah je..cewwah.. Ish..ayat macam nak blah esok je.padahal exam pun x start lagi.haha. Sape suh korang buat majlis perpisahan awal2 sangat..hehe..
p/s : sesungguhnya aku mengasihi kalian kerana Allah..Kerana Allah kita berjumpa..kerana Allah kita bergerak kerja..Kerana Allah kita berpisah..(semoga hati aku benar2 mengatakannya)
wallahualam..
Aku adalah kamu, Kamu adalah aku, Yang perlu mencontohi Baginda dan yang pasti akan kembali menemuiNYA...
PENGUMUMAN!!!
1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe
2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..
3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.
2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..
3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.
Blog aku ni ossem ke tak ossem??
My top 10 entry
- Taubat?? Enjoy dulu...
- Ibrah dari labour room
- Airmata untuk Geologist
- KISAH 3 TETAMU RUMAH AKU. (AWAS!. kisah menyayat hati)
- Study sampai muntah??
- Oh Yeah!! Hulu Selangor
- NOTA UNTUK YANG BERGELAR STUDENT
- BACA KISAH INI. KEMUDIAN KAMU AKAN MENGERTI BETAPA MAHA ADILNYA ALLAH SWT.
- Isteri Curang
- Ada apa dengan geology?
Friday, April 9, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
adui..dato'2..da nak blah esok ke??
rilek2 la dulu~haha~
sorry sket eh..time a.zul tahun 2, kelab pembangunan sahsiah ade lagi ok..kite bendahari merangkap s/u takbertauliah kelab tu..tahun ni baru mansuh kelab tu..haih..syg kelab ke x ni?? :p
alamak2..kantoi sudah..x igt pun ade..sebab x aktif kut akibat dr bendahari die x aktif kut..haha
dulu senior kurang prihatin..nak wat camne~haha~
elle..xpe ls dulu je..tapi junior dulu n kini yg x prihatin?hehe
Post a Comment