PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Wednesday, April 28, 2010

Yang terbunuh pastikan tidak dibunuh (updated)

KUALA LUMPUR 28 April - Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, polis kini dalam proses melengkapkan keterangan saksi bagi membolehkan kertas siasatan berhubung remaja mati tertembak oleh polis Isnin lalu, dihantar kepada pendakwa raya selewat-lewatnya Jumaat ini.

Beliau berkata, polis akan memanggil semula rakan allahyarham Amirulrasyid Amzah hari ini bagi mendapatkan keterangan penuh.

"Kita berharap dapat melengkapkan siasatan sebelum hujung minggu ini untuk kita hantar kepada pendakwa raya bagi membincangkan hasil laporan siasatan yang diperolehi,” katanya.

Beliau berkata, keterangan remaja tersebut telah diambil sebelum ini, namun masih terdapat maklumat-maklumat yang tidak jelas dan lengkap yang mungkin akan diperolehi pada hari ini bagi melengkapkan siasatan tersebut.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi di Seksyen 11, Shah Alam, Isnin lalu, Amirulrasyid Amzah meninggal dunia selepas terkena tembakan yang dilepaskan anggota polis peronda apabila remaja itu dikatakan cuba melarikan diri dalam satu sekatan polis.- Bernama

komen aku : amenda la polis sekarang ni. Ni memang satu kes yang sangat2 akan mencalarkan imej PDRM kita yang kononnya sangat2 bagus dan telus tu. Maaf aku cakap aku sendiri tak berapa nak menghormati diorang. Tapi apakan daya diorang yang berkuasa. Bukan semua polis yang teruk tapi bak kata pepatah aku untuk polis ni "memang kompom rosak susu setitik disebabkan nila sebelanga". Yang kat atas ni pulak kata polis yang akan siasat. Telus ke kalau polis siasat polis? apa kata tubuh jawatankuasa khas ke. baru la nampak diorang ni telus sikit walaupun hakikatnya memang tak telus pun.huhu.apa pulak kata anda?? Jom tengok pulak peranan media yang hanya menjaga nama diorang..Ni petikan dari UTUSAN MALAYSIA..

SHAH ALAM 26 April - Seorang remaja lelaki, Aminulrashid Amzah (gambar) berusia 15 tahun yang disyaki penjenayah mati ditembak setelah cuba merempuh anggota polis peronda ketika mahu memberkasnya di kawasan perumahan Jalan 11/2G, Seksyen 11, di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi, remaja terbabit yang memandu kereta Proton Iswara, mati akibat terkena tembakan sementara rakannya berjaya melarikan diri.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, sebelum kejadian, dua anggota polis peronda terserempak dengan kedua-dua suspek dalam keadaan mencurigakan.

Beliau berkata, kedua- duanya kemudian diarahkan anggota polis supaya memberhentikan kereta namun mereka enggan, sebaliknya memecut laju.

Katanya, ekoran itu, dua anggota polis terbabit bertindak mengejar mereka dengan bantuan sebuah lagi kereta peronda yang dinaiki dua anggota.

"Sejurus tiba di tempat kejadian, anggota polis itu telah melepaskan tembakan ke arah tayar kereta remaja tersebut bagi memaksa mereka berhenti. Kereta itu kemudian terbabas ke bahu jalan.


"Selepas terbabas, rakan remaja itu membuka pintu kereta lalu melarikan diri dan dikejar dua anggota polis peronda," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Khalid berkata, dua lagi anggota polis peronda kemudian memeriksa keadaan remaja itu tetapi terkejut apabila suspek tiba- tiba mengundurkan kereta dan cuba merempuh anggota polis berkenaan.

"Terkejut dengan tindakan suspek untuk mempertahankan diri, anggota polis berkenaan melepaskan tembakan ke arah suspek di dalam kereta," katanya.

Bandingkan dengan laporan polis oleh kawan si mangsa..

Pada 26/04/2010 jam lebih kurang 12:00 pagi saya keluar menaiki kereta kawan saya bernama AMINUL RASHID BIN HAMZAH pergi ke sek 7 Shah Alam kedai mamak Ali Corner untuk berjumpa dengan kawan saya bernama Mohd Basir yang mengalami masalah motor pancit.

Semasa hendak pergi ke tempat kawan saya, kami telah tergesel dengan sebuah kereta nombor pendaftar dan jenis kereta tersebut tidak ingat menyebabkan AMINUL RASHID menjadi takut dan melarikan diri untuk balik ke rumah di Sek 11 Shah Alam.

Selepas keluar dari kedai mamak, kami dikejar oleh beberapa buah m/sikal no. tidak ingat kemungkinan kawan-kawan kepada kereta yang kami gesel tadi.

Sampai berhampiran Bulatan Kayangan di Sek 12 Shah Alam, salah sebuah m/sikal tadi hendak memotong kereta kami tetapi terlanggar bahagian belakang kereta menyebabkan penunggang m/sikal terjatuh.

Oleh kerana terlaku takut, AMINUL RASHID memandu ereta dengan laju dan memotong sebuah kereta Polis MPV menyebabkan kereta polis tersebut mengejar kami.

AMINUL RASHID menjadi bertambah takut dan membawa kereta dengan laju tanpa menghiraukan keselamatan kami dan juga orang awam.

Kereta polis terus mengejar kami sehingga ke Stesyen Minyak Caltex Sek 11 dan saya terdengar tembakan bertubi-tubi mengenai tayar belakang kereta menyebabkan kereta yang dipandu AMINRUL RASHID terhoyong-hayang dan tergelincir dan masih dapat dikawal.

Dan semasa saya terdengar tembakan kali terakhir terkena pada kepala AMIRUL RASHID menyebabkan beliau jatuh diatas riba saya dan saya nampak bahagian belakang kepala AMINUL RASHID berlubang dan berdarah.

Kereta kemudiannya tidak dapat dikawal lalu terlanggar tembok rumah orang lalu berhenti.

Saya keluar dari kereta untuk menyerah diri saya dan salah seorang daripada anggota Polis menendang saya dan belakang dan kemudiannya Polis yang lain terus terus memukul dan memijak saya beramai-ramai.

Saya meronta-ronta dan dapat melarikan diri daripada anggota Polis tersebut lalu balik kerumah.

Saya mendapat cedera di tangan kanan, kaki dan sakit kepala.

Tujuan saya buat laporan adalah untuk menceritakan semula perkara sebenar yang berlaku ke atas diri saya dan kawan saya yang...





wallahualam..

1 comment:

Anonymous said...

berdisiplin tapi tak barakhlak...itulh hakikatnya..pndgn abg zul mcm mna?...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang